Nuffnang

Tuesday, April 23, 2013

Macam-macam hado :)

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 

Assalammualaikum sumorangggg..

3 minggu tak berblog. Perghhh kalah retis cenggini. Busy kemain ye tak. Ya ammmpunn, nak kata tak de idea rasanya membuak2. Nak kata tak de gambar penulis belog ni camwhoree sgt. So apa lagi alasan? har har. Sampai husband sendiri tegur, "baby, bila nak update belog? last update 2 april kan" haaa nampak tak? nampak tak my number 1 fan? har har har. Okey sepanjang 3 minggu ni banyak sgt mende nak tulis.

Cerita 1


Masa awal bulan hari tu, cha diserang sakit gigi yang melampau tahap gaban. Okey fine sakit sangat. Gigi 2nd geraham tu berlubang plus berdenyut2. Masa sakit tu dtg siang, dapat MC and malam tu sakit balik. Menangis2 kat hubs tapi dia nak buat apa, suruh makan pill killer je la kan. Keesokan harinya, hubs suruh ikut dia ke ofis n pergi klinik dekat tanglin tu sebab tak ramai org. So pagi tu mmg berdenyut2 lagi gigi ni sampai kene kumur je. sakit weh. siyesly. Dah smpai klinik, 8.10am dah jumpa doctor. Pergh cepat klinik ni. Lepas doctor check2 dia boleh kata tak boleh nak cabut or tampal, sebab urat2 tu masih aktif or tegang. dia bagi ubat antibiotik je. Makk oi masa tu Tuhan je tahu. Rasa nak maki pun ada, cabut je dah la. Tak tahan gila time tu. huaaaaa. After that terus pulang ke rumah MIL. Lepak2 n tidur. Lepas 3 hari consume antibiotik, gigi dah tak sakit. her her her. Rugi air mata nangis2 sebab sakit kennn? Positively sakit tu kan penghapus dosa2 kecil. hehehe

Cerita 2


Masa hujung minggu 6 April plak, cha attend wedding my old friend. Tira nama dia or Merahitujambu. Wedding dia comel okey, daku dah merembat banyak menda masa kat Guestbook dia tu. Tapi semua dalam kereta. hahaha. Errr susah nak describe cemana kenal dia ni. Masa tu cha jadi skandal kepada boyfriend dia. Haaa gittew. kelas uolls panggil skandal. Puihh la. Hahaha. itu zaman skola ar, cinta monyet kan. Dapat contact Tira ni pun melalui friendster rasanya. Then we meet up n close la jugak. Pernah jumpa beberapa kali lepak2, makan2, karoke semua. Share cerita semua. haaa. Tak caya tengok ni, gambar 2010, time i kurus lagi tau. hahaha

Pastu dia jadi blogger n now femes jugak tau. ngeh3. Meanwhile, sekarang ni rasa macam kelakar pun ada, masing2 dah ada life sendiri kan. Ex boyf dia pun dah kahwin. Kami pun dah kahwin. So, conclusion nye cinta monyet tak kemana. wakakakaka. 

Cerita 3 


Errrr. ni as usual la kan. Tiap2 minggu hari Rabu, hari date cha kuar dgn hubby. So tentative sure makannn n movie. Haa last week cha redeem other offer The  Manhattan Fish market from Groupon. Kali ni Fish baked. Perghh sedapppp! me n hubby love it as well. ngeh3. Thanks hubby for the surprise yang tak jadi. har har. Nak buat surprise tapi bagitahu wife. Kelakar la syg. ^_^

Lately ni cha agak busy dengan assignment n paper project. So kekangan tu yang buat tak terupdate belog ni. heeee. *alasan. Kadang2 tu update kat IG n FB je. Okey korang, nak buat sambung buat kerja. Filing kat tepi ni dah memanggil. Dah tinggi menggunung, harap dapat ditarah menjadi bukit. har har har. Lately ni cepat sangat mengantuk. Tah kenapa. (-_-)v. Ok bai korang!

13 comments:

  1. oii..
    dah mkn puas2.. ngntok plak eh..... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha er er. pagi ni baru minum milo je. Okey tipu, dgn dua ketul karipap je. har har. oii oiii apesal belog dee tak boleh bukak ni. erghhhh

      Delete
    2. ape maksud xleh bukak??
      kat dashboard kuar x updates blog saya?

      Delete
    3. keluar kat dashboard, tapi tak boleh bukak. private belog ke dee?

      Delete
    4. sama la pun dgn cik bin... ssh nk dpt blog diyana ni.. rsnya diyana ter'privatekan blog kot.. cer cek setting...
      nk skodeng diyana pn ssh...heeeeeeee

      Delete
  2. Kak b datang melawat....chacha sudah 'gum' sikit..ha..ha

    ReplyDelete
  3. hai budak busy lama tak dtg sini hihi. dh ok ke gigi tu? gigi berlubang mmg sakit giler kan. nak makan pun seram.

    rajin-rajinla update blog ok :)

    ReplyDelete
  4. memula nk ucap terima kasih sebab dtg majlis tira ritu..lepastu terima kasih sudi jadi kawan tira..walau pon skandal ptt di hambat..ahahahha..ok itu joke..memang kenal farid tu mcm mna sejak kapel dgn dia..selalu je jumpa dia blk dgn junior..player betul dia tu..ahahah...ok itu cite lama dh berlalu..selamat jd laki n bini org dh kita..alhamdulilah..thanks syg

    ReplyDelete
  5. ceritera hikayat.. smpi ada 3 cerita.. bab makan tu sedap.. hehe.. suka baca blog makan2..bhuahahaha..

    ReplyDelete
  6. Chacha tgk link nie ye
    http://iezana.blogspot.com/2013/05/liebster-award.html

    ReplyDelete
  7. hye.

    i calonkan you untuk liebster award :)

    refer link kat bawah..gud luck darling.

    http://saya-mahu-kahwin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. rajinnya cha berjln2 mkn kat luar.. cik bin udah x larat seyy.. mls yahamat...
    klu abg ajak kuar, adeh mula la fikir, nk pki baju ape, tudung lg, nk gosok lg.. huhu

    ReplyDelete

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “