Nuffnang

Tuesday, January 26, 2016

Cuti dan Wedding Berpisah Tiada :)


Assalammualaikum koranggg!

Gelakkan diri sendiri sebab dah 26hb baru nak update blog. Busy la kata ko. hikhik. Awal2 tahun mcm busy sikit. Ni baru selesai kerja2 dan ada hati nak update blog setelah sekian lamanya. miahahaha.

Minggu ni syok woo masuk kerja je dah Selasa. Minggu depan pun sama. dan minggu lagi satu pun sama tapi masuk Rabu. Syok kan? meh la kerja Putrajaya. hahahaha. Actually start new year aritu rasanya seminggu cha memang kerja dalam 4hari je. Ada hal tetiap minggu. hikhik. 

Cuti2 macam ni as usual la kan. Orang kahwin banyak. Last week pon pergi cousin's wedding kat A-Park. Tempat abang Sukri Yahya iols tu kahwin. hahaha. Merasa aura abang syuk disitu. auwwww. hihihi.


Nothing much. Just berharap sangat tahun ni memberi berjuta-juta kebahagiaan buat diriku dan sekeluarga. Oh ya dapat juga naik pangkat atau kerja yang lebih sikit dari sekarang ni. Bukan apa, kerja sekarang ni best cuma rasanya mentally rasa tak kuat. Nantilah cerita k. hahaha. Oh husband pun baru lepas pergi interview last week. Neves weh. Kalau dia dapat sure akan pergi training 9 bulan. Nangis tepi bucu katil lah haku nanti. sobbs sobss! Takpe tunggu result lagi 2 bulan k. Mana tahu pengorbanan tu akan memberi 1000 hikmah buat keluarga kami. Siapa tahu kan. 

Okeylah nanti update lagi. Oh ya last week cha ada buat Exam online PTD. Perasaan? Rasa memang tak dapat. Soalan math dia killer habis. Malam tu terus sakit kepala. Kahkah. Minggu ni in sha Allah plan nak short vacay bertiga. Harap menjadi. clue? Op kos nak makan scone febret! hahahaha. 

babai korang!


#MamaRayyanAfkar







Fenomena Koleksi Mermaid Skirt





Assalammualaikum Bloggers! 

Pernah dengar Mermaid Skirt tak? Kalau you all nak tahu, salah satu trend fesyen yang sedang trending buat masa kini dikalangan para penggemar fesyen adalah koleksi mermaid skirt. Atau skirt yang juga dikenali sebagai skirt duyung ini direka dengan potongan yang menyerupai bentuk ekor ikan duyung dimana ia berukuran sedikit ketat pada bahagian pinggul dan loose pada bahagian lutut dan ke bawah. Ia berbeza dengan semua potongan koleksi skirts lain yang rata-rata berukuran loose dari bahagian pinggul ke bahagian bawah paras lutut. Dengan keunikan rekaan skirt ini lah yang membuatkan koleksi mermaid skirt menjadi sebuah fenomena di dalam industri fesyen tanah air kita baru-baru ini. Untuk padanan yang bersesuaian bersama rekaan skirts ini, anda boleh tampil bergaya bersama;


Pemakaian t-shirt seperti berikut. Untuk padanan yang kasual seperti ini, koleksi mermaid skirt cotton adalah pilihan yang paling ideal dan selesa.



Dan jika anda mahukan penampilan yang lebih moden apabila ingin menghadiri undangan perkahwinan misalnya, padankan koleksi mermaid skirt songket bersama dengan koleksi blouse Muslimah kegemaran anda. Ia boleh menggantikan baju kurung yang selama ini menjadi ‘pakaian rasmi’ untuk ke majlis perkahwinan.

Atau jika anda ingin berjumpa seseorang yang istimewa, padankan skirt mermaid ini bersama dengan apa jua tops yang mampu menjadikan penampilan anda kelihatan lebih feminine.


Yang terakhir, gayakan koleksi skirt duyung ini bersama kemeja untuk tampil bergaya dan elegan di tempat kerja! Cantik kan? Tak kiralah anda bertudung atau pun tidak, mermaid skirt ni memang sesuai dipakai tak kira siapa. Oh ya, apa yang lebih menarik, saya suka mermaid skirt ni kerana ianya membuatkan potongan badan saya lebih langsing jika dibandingkan dengan potongan skirt yang lain. 

Tunggu apa lagi? Zalora menawarkan pelbagai pilihan Mermaid Skirt untuk dipilih. 
Jom Shopping! :) 





Thursday, December 31, 2015

Babai 2015 :)


Assalammualaikum Blogger.

hahahaha. mana tah azam nak update blog tetiap minggu ni hoiiii. :) eh apa kabar korang harap korang sihat ye. Cha sebenarnya baru baik dari batuk. tak fully recovered lagi pun still on ubat. :'). Batuk nak dekat 3 bulan weh on off. Sakit dada mak! huhu. So far semalam baru on Prednisolone n buat chest xray kat ofis. Alhamdulillah nothing serius. Dr claim bronchitis. huwaaa. Semalam makan ubat hari ni macam dah okey sikit batuk. Semua jenis petua tak jalan. Lemon dgn madu, teh o pekat, berbotol ubat batuk habis. tp nan hado. Kena telan dadah (pred) jugak baru okey. blerghhhh. yeayyy!.

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2015. Ya Allah cepat masa berlalu kan. Macam2 pengalaman pahit manis suka dan duka cha lalui dalam tahun ni. Ada waktu rasa down sangat dengan perangai manusia ada waktu kita rasa kitalah wanita terbahagia didunia. ecewahhh! hahaha. Kalau dikenangkan balik apa yang orang buat kat kita memang sakit hati, tapi marilah kita berlapang dada. Allah tahu kebenaran dan Allah tahu siapa kita. Mulut orang mana kita boleh tutup kan. :) 

Sekarang rasa much better. Duduk ofis rasa harmoni sangat. Alhamdulillah. Syukur berkat kesabaran, Allah bagi manis pada hujungnya. hihihi. Kalau buat summary untuk 2015 rasanya banyak spent masa bersama keluarga je. Tapi rasanya tahun ni banyakkkk sangat berjalan. Berjalan dalam Malaysia je pun bukan obersea! hahaha. plg kelakar repeat pergi negeri yang sama je weh. PD rasa 3 kali, Melaka 2-3 kali jugak, JB 2 kali, Pahang sekali. Plg banyak pergi Shah Alam n Kajang la. Tiap2 minggu. Kampung la katakan. mihmih.

dan Tahun ni checklist pun semua dah dapat. yeayyyy lagi sekali. hihi

√ One Longchamp bag
√ Tefal

hahaha. yeayyy! Cha paling berterima kasih kat Husband sebab paling banyak dengar masalah, suka duka kat ofis selama ni. dan yang paling banyak support wife dia dalam kata2 semangat untuk terus kuat. hoyeahh! Dan terima kasih juga tunaikan wishlist handbag tu. Alhamdulillah. Semoga makin murah rezki ya sayang! :)

Azam tahun baru? next entry k. Elehhhh ingat orang nak sangat baca entry kau ke chaaaaa! hahaha.

Babai korang! muahciked

#MamaRayyanAfkar

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “