Nuffnang

Thursday, December 13, 2012

Review: Majlis Berinai & Resepsi

Assalammualaikum sumorang..

Alhamdulillah mood menaip sudah kembali. Hehe. Tak tahu nak review yg mana satu ni. So review je lar yg mana ada gambar. Sebab nya review tak de gambar rasa mcm pointless. macam makan nasi tanpa sambal. Hahahaha.. Okey, lepas entry before ni cerita pasal nikah, n sekarang cerita pasal malam berinai ye. Malam berinai berlangsung hari yg sama pada hari nikah tu. So kanda dtg rumah malam tu siap kat rumah cha. Persalinan yang dipilih supposedly SONGKET mcm yg cha cerita kat entry INI dan pastu mak mertua teringinnnn nak kami pakai baju jawa. So kami layankan je demi mak. Dia kata jarang orang nak pakai, so bila dah pakai rasa omeyy plak.. hahaha.. tak caya tengok la ni.. hikhik


 

Malam berinai tu tak sangkaaaa sangat ramai yg datang. Pada asalnya cuma sedara mara n jiran terdekat sebab nya sesaja nak buat, sekali haaaaaa.. amek kau. kemaen ramai weh org datang. Nasib la kat rumah cha bukan catering, tapi masak. So mmg dah standby makan. siap lauk utk kenduri esok nya pun dikeluarkan mcm rendang. takut org datang tak dapat makan. Pheuwww.. Cha kuar dari rumah n kek pelamin, gila terkejut tgk orang ramai. Meja dah disusun sampai separuh khemah yg dipasang tu. dengan ujan renyai2 nye lagi. Unexpect yg orang ramai datang jugak. Alhamdulillah, tetamu yg datang tu kan rezeki. Betul?? heeee.. 

Keesokan harinya plak, hari yang dinanti. Kemaen lagi. MUA lak datang awal gila. Dia kata takut sesat. hehe.. so bfast dgn kak june n borak2 jap. stat mekap pukul 10 lebih. Tapi ni MUA lain dari nikah n berinai, adik kepada owner bridal tu. After dah siap, masa ni dah tak rasa neves sgt pun. Okey je. Gelak2 dgn pengapit. Dapat lak pengapit daku yang gila. Memang bantai gelak je la kan. Hahaha.. hilang keayuan daku. Cisss.. Pengapit cha ari tu kawan time kat UiTM. Nita nama dia. Dulu ktorg dok bilik sebelah2 tapi cha mmg selalu menempek kat bilik dia lepak tgk cter korea. Wakaka. So cha nak dia jadi pengapit sebab dia gila-gila. n cha comfort dgn dia. 

My bestfren @UiTM.. Mira & Nita
Lepas kak june siapkan cha, dia pergi rumah belakang utk siapkan kanda. Masa ni lah, ramai kawan2, sedara mara dtg menjenguk bilik pengantin. Hiiii.. Femes rasanya semua nak tgkap gmbar. Haha. 


Mira n her fiance!
then dalam 12.30 mcm tu, kanda msg yg dia dah siap tunggu kat hujung rumah, org kompang pun dah ada kat situ. So cha ckp kat adik bgth org kat luar utk standby. Dah kuar dari uma, kemaen kompang bunyi. Masa ni baru rasa mcm berdebar, sebab semua orang pandang okeh. Maluuu tapi seronok. Plus dari jauh nampak kanda. Alalala.. hensemnya suami kite.. Hahahaha.. *gedik betul.. Yang paling kelakar, cha jalan laju gila, Nita pun ckp woooii laju gila ko jalan. Hahahaaa.. nampak tak sabar nak p kat laki lattew. hikhik..

Pas jalan sampai depan pintu gerbang, DJ tu minta kitaorang berhenti sat. Ada selawat. N baru jalan balik smpai ke pelamin. Masa tu kan rasa mcm lambattt sgt nak smpai kat pelamin. Jalan dah le lambat, dah tu khemah pelamin ujung skali, khemah ke 9. So nak melepasi 8 khemah kat depan, mmg panjang lol. Hikhik. Dah sampai kat pelamin, ape lagi, kemaen haaa senyum. Then ada silat2 pastu upacara merenjis. Hikhik.


My childhood bestfren. My Designer for Solemnization Outfit


B2B Blogger Cik Mah with her fiance!!

 Pas merenjis, kami dipersilakan utk makan beradap. Haaaa.. the best part of my wedding ni, cha tabik spring kat DJ yang di hired utk majlis cha. flow majlis sgt teratur n i love it. Plussss, dia ikut susunan lagu yang cha dah listkan. Masa nak ke meja makan beradap, turun dari pelamin keluar lagu Anuar Zain- Sedetik Lebih. Haaaaaa.. feeling tak. Gila tak feeling. Syok wo0oo.. dgn husband pegang tangan ke meja dgn lirik "kasihku, ku amat mencintai kamu......... " Fuhh feeling macam wedding masuk TV live mcm Dato Siti. Ngeh3.. Cuba korang bayangkan. hikhik.. Then after tu kami makan...







Haaa yang makan ni pun lawak gak. Cha n kanda siyes lapar, pastu suruh kanda kupikkan udang utk cha makan. Wakakaka.. DJ tu standby kat sebelah ktorg, dia bagi sign if ktorg dah habis makan. Yang bestnya DJ ktorg ni ada walkie talkie. Dia akan bagi isyarat dgn org yg jaga lagu. Tu yg syokk. n masa cha makan, lagu2 yg dimainkan mmg ikut mood makan. yg best our love song Penghujung Cintaku pun ada. Makin semangat okey ktorg makan. 


Then ktorg makan dalam 10 minit, n bg isyarat mata kat DJ tu. Dia ckap la yg ktorg nak potong kek lak time tu. Then Cha n kanda bangun je, kuar la lagu Marc Anthony - My Baby You.. wahahaha.. mmg ikut list. Masa ni plak, feeling2 mcm dlm citer omputih. Romantik la konon. Alalalala.. Best wo0o00.. Semua org bgn n kerumun nak tgk. Siyes masa ni kan perasaan tu rasa happy n syahdu sgt. Sebabnya lagu tu memainkan peranan penting dalam emosi nk potong kek. Hahahaha.. ayat ape ni. blasah je la. asal korang paham. Hikhik. 



Lepas potong kek tu, ape lagi, suap2 la kan. As usual. Arghh.time ni stress sebab ape suap2 ni mana kenyang. sikit sangat, dah la kek cantik n sedapppppp! rugi2.. haha. After dah potong2 kek kan, tiba DJ tu cakap.

DJ: okey En Saiful Azamy. Sayang isteri tak? (sambil hulur mic)
kanda: Mestilah sayang. senyum2  simpul
DJ: okey kalau sayang, boleh en pegang tangan isteri encik dan ikut saya.
kanda: (pegang tangan cha n ikut DJ tu)

Tau tak ktorg ke mana? ktorang ke tempat DJ tu. yang letak2 speaker semua tu kan. Tiba2 kan dekat skrin monitor tu ada terpampang DUA INSAN. haaaaaaaaaa?? masa tu rilekss chacha. rileksss. hikhik. Then ape lagi, soal jawab bersama DJ. tanya la mcm mana ktorang kenal, ape yg membuatkan ktorg syg each other. panggg...! dah mcm dalam MELODI okeh. Time tu kantoi la yg ktorg ni kenal kat FB, even satu UiTM, satu kos dan pernah satu kelas tapi tak pernah jumpa. Pelik kan. Tu la, jodoh tu dekat je sebenarnya. hikhik.. after that ape lagi, atas permintaan kami diminta utk menyanyi. Pergghhh.. masa tu kan syok gak, nyanyi rasa mcm tanak bagi mic. Bhahaha.. okey kidding. hikhik. Oh if sempat cha post video ktorg nyanyi hari tu okey. 

After that, ktorg p khemah, salam2 dgn org yg datang. Minum n touch up sikit n kuar outdoor. Yang outdoor nye review nanti cha buat lain la ea.. ni pun dah panjang sgt dah. Muntah pink korang baca. Haahaha. Btw gambar2 kat atas ni ada yang OP bagi sikit ari tu, dari kawan2 n yang best nya OP cha yg bagi Free Pre Wedding hari tu pun datang. n gambar2 kat atas ni adalah daripada mereka. Thanks kak su n abg mat sebab dtg n contribute gmbar. Really appreciate it. 

wahhhh gila panjang entry kali ni. Entah ada org baca ke tak. Tah2 suami yang baca, Stalker pakcik tu. Hikhik. Okey, cha nak siapkan quiz online plak n go through final exam paper. Nak review majlis bertandang gambar tade sgt, insyaAllah review honeymoon dulu ea. Hahaha.. Banyak perkara jadi masa honeymoon tau dak. Adoiiyai.. Take care semua kesayangan cha!! Yang sedang sibuk buat persiapan, selamat berDIY.. Rindu nak buat preparation tu semua tau.. huhuhu..

notahatikecil: mcm tak caya dah jadi mantan B2B.. hikhik..

31 comments:

  1. eh ade gmbar cik mah lah..hehehhe...sukanya flow wedding cha...seronok ngan lagu2 yg cik mah pun suka..n mmg ingt nk wat mcm tu juga...cha ade no phone dj???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee mestilah ada syg.. seronok okey awak dtg.. mcm mimpi.. *tepuk2 pipi.. hikhik..

      seronok dgn dj ni. sbbnya dj ni dulu handle wedding cousin kat KL last year.. terus amek dia.. Tapi no phone tu cha tade sbb kezen n pakcik yg handle dgn org ni.. nanti cha cuba dptkan ye dear.. insyaAllah... yang terbaik utk B2B..

      Delete
  2. komen skali lagilah..hehhe...cntik tgok cha ngan persalinan jawa tu....kek pun cantik ade bunga2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, persalinan tu suit dgn cha n kanda. make up pun cantik.. hehehe..

      hikhik.. kek tu dah le sedap! jiran yg buatkan.. siap fresh flower tu.. dia simpankan kek sekali lesap tau tak.. last week cha order lagi sekali utk birthday adik.. kek yg sama, balas dendam tak dpt makan.. hahaha

      Delete
  3. best3
    mmg romantik habis laa cha (^_^)

    sedap kek.. nak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheee.. best2.. mmg impian dari dulu nak lagu2 cm tu dee.. siap dah kumpul lagu dari masa blaja kat uitm. Alhamdulillah, impian terlaksana..

      kek memang sedap dee!! like crazyy.. hehehe..
      meh dgt umah, cha order lagi.. hikhik

      Delete
    2. hehe bila laa agaknya tu kan...
      inshaa Allah bila kita2 free eh.. hehe

      Delete
    3. hehehe insyaa Allah ada masa nanti kita boleh set up masa ke... Ajak yang lain2 skali... hehehe..

      Delete
  4. cha boleh nk share sapa sha pnya dj tu..mcm best la..katmne sha cari ye..please share info kt ana ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je ana... Cuma contact no tu pada cousin n pakcik cha.. Dorang yang handle PA system ni sbb amek dari wedding my cousin last year..

      InsyaAllah nanti dah dapat cha share ye dear..

      Delete
  5. arghhhhhh.... siyes best. tergelak baca entry cha ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaaa.. best kan flow dia. Alhamdulillah everything goes well.. Cha yg taip pun tergelak2.. but this is the true of me.. Memang gila-gila.. naseb hubby dapat bertahan.. hikhik..

      Delete
  6. Replies
    1. hehehe mmg best dear.. syokkk je.. rasa teratur sgt majlis ari tu.. without sound yg merepek2.. alhamdulillah.. dipermudahkan... :)

      Delete
  7. Due2 baju comel.Wahh...siap ade sesi menyanyi.Best dapat vendor sporting ni.Btw, salam kenal dear. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks dear.. hehe.. tu lar, PA system yg sporting habiss.. syokkk... hikhik

      Delete
  8. aduhaiii cantiknya head dress jawa awak tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, puas hati zila.. Syukur.. Hikhik..

      Delete
  9. cantik.. paling suka tengok mekap cha masa malam berinai.. nice sgt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks fara.. cha pun suka tengok.. rasa tanak cuci je muka time tu.. rasa mcm org len pun ada jugak.. hikhik

      Delete
  10. series mlm berinai tu cantik sgt....semua2 cantik....
    jelez sgt2...huhuhu...pape pn....congrate yerk...


    salam pkenalan...
    *eila
    http://laracintahatiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cantik semuanya dear.. syukur.. They make my day.. hikhik..

      Jangan jeles2 ye... insyaAllah masa awak nanti mesti lagi gorgeous.. hikhik... thanks for the wish..

      salam perkenalan juga dear.. :)

      Delete
  11. Replies
    1. alhamdulillah.. ehhh ko tgk depan2 kan masa malam berinai tu.. aku kan krisdayanti malam tu.. hikhik.. muahhh!

      Delete
  12. wah.. sangat cantik n sangat teratur flow majlis.. suke2.. especially baju jawa tu.. cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semua yg dirancang berjalan dgn jayanya dear.. syukur.. wahh suka baju jawa tu kan. unik.. hikhik..

      Delete
  13. wah awak pun november bride ye..congrats dear!!
    make-up malam berinai awak memang cantik sgt..naik seri pengantin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks amani. Awak pun ye bride november. Tahniah juga ye.. Alhamdulillah, seri pengantin ea. Hikhik.. *Blushing..

      Delete
  14. puan chacha,saya follow sini :)) sama2 xB2B :)) lps ni byk bnd psl life as a wife boleh share sama2 :)

    anyway,baju awk cantik sungguh..sarat dgn manik..sgttt cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear. Alhamdulillah, selesai bergelar isteri kita ye.. nanti boleh share ape2 info kan kan...

      Delete
  15. Done follow Puan Chacha..suka malam berinai tuh..cntik sgt! :) eh,suka nikah jugak..sanding pon..suka semua la!hehehe :)

    jmput follow Dila, b2b dr Penang :)

    ReplyDelete

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “