Nuffnang

Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah, i am Mommy-to-be :)


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalammualaikum dan salam Ramadhan korang.

Alhamdulillah, dah masuk 8 hari kita berpuasa. Dan alhamdulillah minggu lepas dah settle paper terakhir untuk semester ni. Yeayyy! Jumpa semester depan yauww. hikhik. Okey la, tengok pada tajuk pun orang dah tahu kan. As i mention dalam last entry pun pasal good news tu mesti ramai dah syak. Tapi ramai ex- B2B dah tahu pasal cha pun. Kat fb n IG ramai dah suspect. hahahaha.

Alhamdulillah, cha dah pregnant. Baru je masuk 8weeks 4 days hari ni. Masa 1st dapat tahu hari tu pun dalam 4-5weeks rasanya. Tak berani nak bagitahu sapa2 sebab takut pape jadi. Tapi rasa nak menulis juga coretan kat belog supaya ada kenangan nak baca dikemudian hari. Orang ramai cakap jangan cakap kat sesiapa yang kita ni preggy, sebab kita tak tahu apa nak jadi dikemudian hari kan, tapi semuanya terletak pada takdir dan rezeki dari Allah sebenarnya. Cha pun just bagitahu family je. Kawan2 yg tak rapat mungkin dapat tahu bukan dari mulut cha. Biasa la berita2 macam ni tak boleh nak sorok. Lagi2 bab perubahan badan kan. hahahaha.

Okeylah nak cerita detik2 masa first dapat tahu. Cha ni tak berapa nak eksaited sangat bila period delay sebabnya lepas kahwin hari tu period cycle sume jadi ting tong. Nanti cha cerita pasal ni next entry k. Masa dah lewat period dalam 3 weeks tu cha dah rsa lain macam. Padahal kat rumah tu UPT kemaen beli sekali borong 20pcs tahu tak. tiap kali lambat sure buat. tapi this time lewat 3 minggu pun tak semangat nak buat. ahaha.

Bermula kisah pagi Jumaat tu cha buat la UPT for first urine kan. Masa tu tak berharap apa2 pun sebabnya past 6 months lewat pun tiap2 bulan buat mmg kuar 1 line ke. :( Pastu dah celup n biarkan la kat situ mandi2 n masa nak amek wuduk tgk kat sink. Ermm okey, 1 line je. Dah agak da. Pastu nak amek stick tu utk buang, cha tenung betul2, tgk mcm ada faint line je. Sampai pening okey tenung upt tu. Pastu mmg tenunggg lagi eh mcm ada je. pastu simpan n terus g kerja. Lewat masuk hari tu gara2 tgk upt okey. wakaka.


Pastu p kerja dok terngiang2 la tgk upt tu. tak tenang rasanya. tak sabar nak balik rasa nak buat lagi sekali. Dah sampai rumah, baru cerita kat husband, pagi tu buat upt pastu nmpak macam ada double line. Husband tak caya n suruh cha buat lagi sekali ptg tu. Cha pun buat la, n nmpk macam faint line lagi tp letak kat tmpat bercahaya baru nampak. Then hubby tanya,

Hub: Baby ada lagi tak upt ni?
Wife: err ada. kenapa?
Hub: Meh bagi kat b satu. Biar b try plak. nak tengok kalau negative, faint line ni nmpk gak tak if dekat cahaya.
wife: haaaa? biar betul. mana pena lelaki buat upt. kalau positive macam ne? *gelak2
Hub: hahahaha, kalau positive i mengandong anak u la. *sambung gelak.

Then cha bagi la husband satu upt n dia buat. Terang2 la negative nye kan. tapi berdebar gak tunggu line tu naik, buatnya positive tak ke konfius? wakaka. then husband compare kan cha punya upt n dia punya. n he said yg mmg nmpk 2 line cuma kabur sgt. Masa tu hati berbunga tapi tak simpan harapan sebab kdg2 terjadi chemical pregnancy. :'( Then decide nak guna digital clearblue tu je. Sbb dah beli bulan lepasnya. Mmg niat nak guna if keadaan mcm ni la. Kalau nak guna saja2 mmg tak la. Mahal woii. RM29.90 tu. Tapi sangat accurate. Ikutkan hati nak je buat malam tu, tapi sabarkan hati nak buat pagi sabtu tu.

Dah pagi tu terasa nak p toilet, terus tadah urine. Tak lena tido weh malam tu wa cakap lu. haha. lawak gila. Pastu terus amek UPT clearblue tu n celup. Dia kena tunggu dalam 3 minit macam tu baru keluar 'Pregnant' or 'Not Pregnant' n baru keluar brape weeks dah pregnant. Haa canggih na. hikhik. Dah tunggu 3 minit, masa tu tgh gosok gigi n cuci muka, tetiba keluar 'Pregnant'. ya Allah, Tuhan je tahu perasaan time tu. Syukur sangat. pastu tunggu plak dia keluar 2-3 weeks. 

Apa lagi, masa tu terus solat subuh n sujud syukur sangat atas pemberian ni. Pas solat cha p kat hall sekejap n buat menda ni. hikhik.


Comel kan? hahaha. Perasan!. Masuk bilik je, pastu husband terjaga n tanya. 

Hubs: Dah kencing? Dah try buat? *sambil tutup mata ni.
Wife: Oiitt ngigau ke apa. hahaha. 
Hubs: *buka mata. Dah buat upt ke syg? so cemana result?
Wife: Dah.. *nada lemah je kenkonon tak semangat. Pergilah tengok kat luar (hall)
Hubs: Negative ke? *bangun terus ke hall.

Selepas beberapa saat, Yesss! Alhamdulillah. Masuk bilik sambil peluk n cium isteri dia ni. hehehe. Indahnya saat itu. Kemaen senyum memanjang. Balik kampung terus la bagitahu ibu. Semua terkejut n seronok lagi2 adik beradik cha yg tak sabar2 nak anak buah. erghhh. In sha Allah, anak ni bakal menjadi cucu pertama untuk kedua2 belah keluarga. Mana tak eksaited. hikhik. Pastu korang nak tahu, cha ni addict gila nak buat upt kalau boleh tiap2 minggu sampai ke appointment doctor. dah obsessed kepada Pee-on-Stick (POS). maklum la upt tu ada banyak lagi. hahaha. Upt pun iolls beli kat groupon okey. hikhik.

 

Nampak kan beza dari 1st time buat upt yg ada faint line n sampai nmpk betul2 double line nya. yg bawah sekali tu korang tak payah tgk lebih2 sebab itu husband punya upt, terang2 negative. hahahaha. Semalam appointment pertama cha dgn klinik n dah buat buku pink!

Then p semalam supposedly cha dah 11weeks ++ tapi bila scan baby baru 8 weeks 3 days. Doctor bgtahu ini mungkin sbab irregular period dan tak tahu bila waktu subur. so EDD lagi terkedepan la kan. Alhamdulillah, semalam dapat tengok my little peanut with the heartbeat. Seronokkk sangat. Semoga awak baik2 je dalam rahim mama ye. Mama n papa love you baby :). Dr cakap semuanya okey, kantung okey, baby okey, heartbeat okey. in sha Allah okey. Dr n nurse baikk sangat. 1st check up satu badan dia check.  :)

Alhamdulillah atas satu lagi perasaan yang tak terungkap. one moment yg paling indah selepas nikah. ini lah dia dan hari2 mendatang akan membawa seribu moment pada bakal2 ibu kan. Kepada yang mendoakan cha, terima kasih banyak2. in sha Allah sesiapa yang sedang ber TTC tu im spreading the baby dust to all of you. Semoga ada rezeki kita semua melalui moment2 terindah dalam kehidupan. in sha Allah. Doakan baby dan mama sentiasa dilindungi dan diberkati sehingga akhir perjalanan hidup kami. Ameen.

notacomel: Macam tak percaya i am Mommy-to-be :)

Sunday, July 7, 2013

I'm still here :)

Assalammualaikum sumorang.

Apa khabar semua. Harap2 masih ada yang mengingati. Ececeh. Hikhik. Nak dekat 2 bulan jugak tgk belog ni berhabuk kan. Huwaaaa super duper busy lately ni. Now tengah busy study for last paper this semester.

Ya ampun kesayangan ku, yg ada siap inbox tanya kenapa tak update belog, oh kurasakan seperti retis plak. Hahaha. *mohon tampar chacha ni. Hikhik. Just post this entry to let all readers know that im still alive. Im still here okey. Hehehe. Banyakkkkkkkkkkkkk sangat mende nak share dengan korang tau. Tapi nanti okey. Tunggu paper jumaat ni baru cha share sikit2.

Siapa yang ada kat fb n instagram tu tau la perkembangan selama 2 bulan ni. Rutin sebagai isteri, pekerja, pelajar tu byk tanggugjawabnya kan. Memang kene sabar banyakkkkk sangat. Haaa nampak tu tu byk nye kkkkkk tu maksudnya byk la tu. hahaha

Alhamdulillah pejam celik dah 8 bulan kahwin. Time flies kan? Hehe. Hidup terasa lebih teratur tp kadang2 caca marba jugak. Hahaha. Alhamdulillah, nanti nak share dgn korang 1 good news. In sha Allah. Nanti kita cerita next entry ye. Ni taip pun short form n typo je byk. Post entry kat ipad je. Hubby tgh tgk Repeat tgk showdown mlm tadi kat lappy. Bajet hoppers sgt lattew. Hahaha

Okey dearries, in sha Allah nanti cha menaip lagi ea. Doakan semuanya dilindungi Allah. Ameen.

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “