Nuffnang

Wednesday, May 30, 2012

Rumah dan Perabot :p

Assalammualaikum B2B,

Hellloooo new week! ngeeeee... Sekejap je dah nak habis bulan 5 kan. Tup2 lusa bulan 6 dah ni. Haiyo0o0. Times running lol. hikhi. Btw ari ni nak cerita pasal rumah plak. Yela preparation lepas kahwin nanti kan. Takkan asek dok pk pasal b4 kawen je, dah kawen nanti dok melangut je ke. HEhehehe.. Orait for this time being, i dengan kanda decide duduk je rumah i kat Putrajaya tu dulu. before we all proceed utk mendapatkan rumah sendiri. Actually okeh jugak sebab save budget dok kuarters tu dari cari uma sewa sekarang yang dlm 500++ sewa nya kan. Untunglahhhhhhhhh keje government.. (@________@)

So, hari tu kanda ada cakap yang nak beli set katil baru, and kitaorg bahagi2 kan nak beli ape. Here is the list:

me: Peti sejuk, sofa dan rak tv
him: set bilik tidur, mesin basuh n tv

kat rumah dulu i dah beli set meja makan kat IKEA, so dah jimat disitu. ngeeee. Hari sabtu lepas i dengan kanda pergi la tengok kat set katil n sofa n kanda berkenan. Jadi we all decide untuk beli je terus. malas nak fikir2. boleh proceed perkara lain. Sebab before ni we all dah survey dalam 4 kedai juga tapi this one bagi best price la. without transportation charges... sukaaaaaaaaaaa! Then semalam, perabot tu semua sampai. Kanda datang rumah sekejap tolong susun n tengok barang sampai. yang kelakar nya muka dia nampak kesian je sebab jeles i dapat tido kat katil baru dulu. bhahahaha..

Next week insyaAllah i nak p survey peti sejuk plak. huaaaaa... poket rabakkkk wo0o0o0o.. ngeeeee.. tapi tak pela, ni untuk masa depan kan. ngeeee. Sekarang mood happppyyyyy dapat katil baru pemberian kanda. hikhik... ingat nak pasang cadar yang i beli hari tu. tapi tak sampai hati la. Sbab cadar tu rege RM 188, agak mahal bagi i. hehehe. disebabkan ianya fully cotton  n bunga kecik2 jadi i rasa tunggu dah ada suami baru mau pasang. hikhik.. harussslahh mencari cadar baru ni.. ngeeee..

p/s: kesian tgk muka kanda tak dapat rasmi katil baru. Sbr ea syg, another 165 days. hehehehe


Wednesday, May 23, 2012

Survey Kad Kahwin :)

Assalammualaikum B2B,

Wahh hari ni nak update pasal kad kahwin pulak. Actually dari bulan selepas tunang ari tu dah survey. Tapi tak decide lagi. heeeeee.. now rasanya dah tiba masa untuk cari even lagi 5 bulan, tapi rasanya should be work out. sebab apa? takut lah if nak buat kad tu takes time la, artwork problem la, itu lah, inilah. ada juga baca B2B yang buat kad tersilap sana sini, nak betulkan dah tak sempat kan? so we must be prepared okeh. tips ni. hikhik

btw, i ada beberapa kriteria yang perlu dititik beratkan untuk carik kad. Hari tu ibu ada cakap nak murah ambil je kad yang sekeping tu. i rasa lebih kurang je kad kahwin yang sekeping and berlipat. so i tanya kanda nak buat sekali dengan i ke, then he agreed. okeh done. so bilangan kad might be 1000pcs for my side and 500 pcs for his side.

Probably, criteria yang i nak seperti ini.. (apesal ayat skema sgt chacha hoiii) hikhik

1. Bajet i untuk sekeping kad not more than 40sen. Cukup kot. sebab rasa membazir pula spent byk2 duit kat kad yang akhirnya org buang. (adik i selalu marah i ckp berkira, tapi ni duit aku hoiii, kalau bajet RM1 sekeping utk 1000pcs dah RM1000. Orang buang mcm tu je duit i. Sob3.. nak kumpul RM1000 tu pun payah hokeh.. T___T)

2. i nak kad i tu tak de gambar pengantin or kartun ke or wutever. rasa mcm semak plak. plus nanti kad tu org buang, abes gmbr i yg comel2 masuk tong sampah. hikhik. lagi satu sebab ada orang pesan kat i, bahaya letak kad, takut ada org dengki nak santau ke ape ke, amek gmbar kat situ je pun boleh. kesahihannya i tak tahu la. mintak simpang. Nauzubillah.

3. i nak kad i tu ada element classic n elegan. nampak mcm soft je. paham dak? lebeyh kurang picture kat ateh tu le. rasa sweeettttt je kan? hikhik. kalau boleh nak ada elemen or corak lace or dolly paper. suka2..

Then yesterday, kanda suruh buka satu website ni dan ada designnya oke jugak la. cuma i nak jugak pergi kedainya, nak pegang n tengok jenis kertas semua. tak sangka pulak kanda do some homework for our wedding. sangat membantu u olls. hikhik.. plus tetibe je kanda ckap mcm nak buat kad tu kaler GOLD and BLACK. tah ape ghupenye, tapi kita tgk mcm mana ea. i nak PINK juga.. hikhik.. by then still searching lagi and next week dah boleh singgah mana2 kedai yang ada dalam checklist. kene tunggu i abes test dis weekend. Eh bulan depan dah final! huaaaa.. heavy sungguh. orait darls! nanti i ada masa nak share our wedding planner book pula. DIY before tunang ari tu. easy yoooo.. hikhik.. and my DIY Guestcard is in progress!! nanti i share juga. I tak beli GUESTBOOK mcm all B2B. Bajet lari lol.. n kanda tak bagi beli. hehehe..  chill babes!

Monday, May 21, 2012

Honeymoon :)

Assalammualaikum B2B,

hoyeahh ari ni dah isnin dah kan. Cepat je masa berlalu tengok2 dah 21 May. Haiyo00o0.. Cuak plak tengok tickers kat seblah tu. Pejam celik pejam celik je dah tgl less than 6 months for my wedding. Ngeeeeee.. suka+taksabar+cuak+takut dan macam2 perasaan. hikhik. btw hari ni nak share pasal honeymoon. wahhhh kauuuu cahhhh, kahwin pun belum tapi kemaen pk nk honeymoon. hehehe..

alalalala kalau u olls pun tetap akan fikirkan semua ni kan. plus nak booking awal2. dapat murah n save budget! wink wink! Actually, kanda suruh tengok2 if ada yang murah2 nak p Langkawi ke sebab kanda takut nak p oversea. (tak faham kenapa nak takut, nek kapal terbang jugak) hahahaha.. by than, i teringinnnnnnnnnnnnnnnnnnn sangat nak p Pulau Redang. Dulu i pernah terdetik untuk honeymoon kat Pulau2. One of it is Redang. ngeeeeee..

tadi ada survey2 jugak, Langkawi pun oke juga. Flight and hotel dalam less than 1k. oke la kot. Boleh beli coklat banyak2. heeeeeeeee.. tapi i prefer morreeee to Redang.. Oh honey, plis read this! i want redang. hikhik.. nanti boleh berlari2 ditepian pantai, tengok matahari terbenam, jalan beriringan kat pantai, hirup angin sepoi2 bahasa. wahhhh heaven kan? (kuat verangan la chacha ni.. ) ape pun tak kesah lah nak p mana2 pun kan? asalkan bersama the one i love most everytime. everywhere. honeymoon kat rumah pun oke je. heeeeee.. but for sure, February 2013 we will go to Cameron. Hikhik. dah siap booking n byar. Guna rumah peranginan utk government servant tu. cuma lama sgt nak p honeymoon tunggu bulan 2. dats it! \

If all of you prefer mana nak p honeymoon?

chill peepsss!

Sunday, May 20, 2012

Tema dan Bunga Pahar

Assalammualaikum B2B,

Hari ni ada kesempatan nak share tema untuk my wedding nanti. Ekceli kan i adoreeeee sgt colour blue turqoise or baby blue. memey dari 1st nak theme colour ni. sebab nampak sejuk je mata memandang. by then bila dah decide, tetibe my cousin yang nak kawen bulan 6 ni amek theme blue jugak. jadi ibu cakap tak best la nak buat kaler sama, pada tahun yg sama plak. huhuhu..

jadinya untuk tidak menghampakan ibu, maka bertukar la tema kale i. Tetiba rasa nak stick juga pada PINK! againnnn???? masa tunang ari tu color PINK PURPLE. hehehehe..

kanda pun cakap "bby dgn kaler pink ni mmg tak ley pisah ea?". okfine. sentapppp disitu. tapi bila i cakap bukan pink teranggggg, tapi pink belacan n masa kat butik i tunjuk kale tu, tetiba dia kata sweet jugak.. wakakaka.. approved yauuuww!!

then termaktub la tema khemah n pelamin i maybbeeeee kaler PINK and GREY. mcm ni lah... 




cantikkkk tak? cantikkkk tak? please say YESS! hhahahahaha.. i suka combination dia yang nampak mcm classic english gituuu.. hikhik.. and for ibu pula, dia nak rumah ala2 vintage plak. suka hati la ibu, asal bahagia. ari tu dah beli kain langsir kat jakel. kemaen semangat.. ngeeee.. 

bunga telur untuk kat pahar pun i dah beli hari tu masa jalan2 kat nilai. murah ye kawan2. and rupanya mcm ni la jugak. vintage. heeeee.. 




sekotak RM30 beli satu kotak percuma satu. 


= harga sekotak RM 15 utk 50pcs.
= 1 pcs dalam RM0.30 je. Murah! murah.. 

kat area shah alam je 1 kotak dalam RM50 jadinye sebatang RM1. ngeeee.. jimat kan? hoyeah! and i rasa nak tambah sikit riben kat bunga tu nanti, utk nampak crowd. ngeeee... okies dokies! 

Saturday, May 19, 2012

Welcome! welcome!





Assalammualaikum,

waahhhh punya lama i nak built belog ni. sekarang baru tertunai. Bayangkan la, start nak buat before engagement lagi, ni dah 3 bulan tunang baru dapat realisasikan. ecececehhhh.. ayat sgt metafora.. heeeee...

okeh belog ni dicipta khas untuk segala progress utk my wedding day. InsyaAllah i will share everything here. Plus semua yang i pena DIY time engagement dulu pun akan share juga.InsyaAllah. Tapi mengikut kepada kesenangan dan kelapangan i. Maklum la, B2B ni full time worker, part time student. Jadi masa tu sgt pack. Hehehe.. 

sebenarnya nak cakap, beruntung siapa2 yang dapat well prepared for their engagement. Plus for me, tak la well prepared sgt sebab decision was made within 3 weeks. so buat mana yang sempat. hikhik. But Alhamdulillah, everythings going smoothly. hikhik.. 

orait.. nanti i share beberapa tips and DIY okeh. i ada mentor utk B2B ni sebenarnya. kak kina ex B2B yang byk share everything. Plus i byk amek idea dia utk wedding but ada la ubah sikit. Thanks kak kina! 

Checklist Perkahwinan

1. Date/time: 
Nikah -10 th November 2012, time: TBC
Resepsi - 11 th November 2012, (bersanding 12.30p.m)
Bertandang -  18 th November 2012, (bersanding 12.30p.m)

2. Venue: 

Nikah: Bride's residence, Shah Alam
Resepsi: Bride's residence, Shah Alam
Bertandang: Groom's Residence. Kajang

3. Guest Count: 
Nikah: family members around 100(+-)
Resepsi: 2000 pax
Bertandang: 1000 pax

4. Color Theme & concept:

Nikah: Soft Gold + Cream
Resepsi: shades of  Pink Belacan + Grey
Bertandang: TBC


8 - 6 BULAN SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  3. Tentukan lokasi majlis perkahwinan dan menempahnya jika perlu.
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. 
  5. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. 
  6. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. -my own house- Putrajaya
  7. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
  8. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
  9. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
Bagi pengantin lelaki:
  1. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. - (akan diberi 3 bulan sebelum majlis)
5 - 4 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
    Me
    Him
  2. Menempah jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

    nikah & outdoor
    resepsi & outdoor
    bertandang & outdoor
  3. Membeli rantai tangan untuk acara batal air sembahyang. -done
  4. Membeli cincin nikah untuk lelaki.
  5. Tempah caterer & menu. 
    Nikah -Masak sendiri diketuai oleh Wak Wok
    Berinai-Masak sendiri diketuai oleh Wak Wok
    Resepsi - Masak sendiri diketuai oleh Wak Wok
    Bertandang -Anjung Serai Catering - deposit done!
  6. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. -in progress!
  7. Tempah pelamin. - B Duet Andaman - Sijangkang
    Nikah - DIY By me and mom
    Resepsi 
    Bertandang 
  8. Tempah DJ & karaoke.
    Resepsi 
    Bertandang
  9. Pilih lagu untuk resepsi & bertandang.
  10. Tempah kompang.
    Resepsi
    Bertandang
  11. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
  12. Beli/tempah baju family.
  13. Resepsi
    Pink (pihak perempuan) for resepsi 

  14. Beli bunga telur/bunga pahar. -done! Nilai 3
  15. Beli bunga manggar.
  16. Tempah kek 3 tiers.

    -
  17. Beli/tempah doorgift.
    VIP doorgift (paper bag, bekas telur, 1 item)
     Adults doorgift
    Kids doorgift -
  18. Tempah henna/inai 
  19. Sediakan aturcara majlis.

     Resepsi
    Bertandang
  20. Sediakan pembahagian tugas.
    Resepsi
    Bertandang
Bagi pengantin lelaki:
  1. Facial/body treatment:
    Normal facial & spa
Bagi pengantin perempuan:
  1. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.  
  2. Facial/body treatment:
    Facial treatment -
    Spa/body treatment
    Hair treatment
3 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. 
  2. Tempah banner/bunting. 
  3. Tempah signage.
  4. Tempah poster. 
  5. Mengesahkan tempahan di hotel/dewan/taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. 
  6. Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau hospital. 
  7. Hantar/sediakan legal documents:
    Kursus kahwin
    HIV Test
    Borang Kebenaran Nikah
  8. Pre-wedding photoshoot+save the date video (rasa mcm tak perlu)
Bagi pengantin lelaki:
  1. Maklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  2. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
  3. Facial/body treatment:Normal facial & spa
Bagi pengantin perempuan:
  1. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. 
  2. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
  3. Intensive facial/body treatment:
    Facial
    Spa/body treatment
     Hair treatment
  4. Tempah band??
  5. Buat I/C baru, tukar alamat
  6. Buat passport.
  7. Beli cadar bilik pengantin & deco. -done! deco beli sikit2
  8. Beli korsaj untuk family.
2 - 1 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Membeli barang kemas.
  2. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. - include dalam pakej.. 
  3. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. 
  4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
Bagi pengantin perempuan:
  1. Tempah candy buffet untuk resepsi??
  2. Photobooth corner???
  3. Beli sexy lingerie.
3 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
  2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. 
  3. Sediakan guestbook corner. - DIY Guestcard and postbox. in progress!
Bagi pengantin perempuan:
  1. Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda.
  2. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti.
2 MINGGU SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Hias bilik tidur 
  2. Dental treatment
Bagi pengantin perempuan:
  1. Full face threading
  2. Brazillian waxing???
3 - 1 HARI SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran -dah bagi habis masa bertunang
  2. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
  3. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
  4. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. 
  5. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
  6. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
  7. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  8. Pedicure/manicure.
  9. Pakai henna/inai- 
Bagi pengantin lelaki:
  1. Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan. 
Bagi pengantin perempuan:
  1. Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  2. Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERKAHWINAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:
  • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
  • Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:
  • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN
  • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.



“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “