Nuffnang

Monday, June 25, 2012

Electrical Appliances DONE :)

Assalammualaikum B2B,

Kembali menulis lagi. Even tengah curi2 ni. Banyak sangat kerja la ni kat ofis. Dengan Final exam dis saturday. Hikhik. Btw ari sabtu lepas cha p exam untuk penolong akauntan. Wahhh kemaeeennn susah soklannya. Tapi tak pela, cha dah cuba yang terbaik, if ada rezki untuk panggilan interview, alhamdulillah. If not, mungkin bukan rezki kan. Hikhik. Okies dokies sibuk2 dalam exam n kerja kat ofis ni, tak lupa serba sedikit persiapan wedding. Less than 5 months ok. cepat je masa berlalu. Sabtu hari tu lepas abes exam, cha and kanda p tengok electrical appliance pula. Kat rumah cha skrang peti cejuk n washing machine housemate punya. So, haruslah beli sebab bulan ni kakak ni pindah dah. Baru kawen last week. Ngeeee..

Last 3 weeks cha n kanda dah survey2 kat Senheng Kajang, Putrajaya and some courts mammoth. Jadinya decide mahu beli kat senheng kajang aje. Dapat rebat jadi ahli senheng tau. Terusss buat membership card. RM 20 aje, tapi penjimatan nyer banyak juga. Hikhik. Jadinya semalam cha beli sebuah peti sejuk 2 pintu brand SHARP dan mesin basuh 6.5kg brand PANASONIC. tapi kan cha nak peti sejuk 2 pintu yang sejuk beku dia kat bwah, cuma semuanya mahal, tak de yang bwh 2k.  Yang mesin basuh pula, kanda nak beli semi-auto, katanya jimat air and electric n cepat siap. plus bersih dan terjamin. (katanya) dan for sure la bakal-isteri dia ni tanak kan? wakakaka.. bukan apa, ponat den na tunggu air penuh lah, nak  kena perhati selalu je. Banyak lagi kot keje nak buat selain tunggu depan mesih, wakaka. Jadinya decide beli auto sudah, lebih 2 ro 3 ratus je dong. ngeee.. So tak pelah, asal hadoooo... Apa yang sukanya diskaun as membership tu lebih dari harga kad. Jadi untung disitu.


Harga sebenar Peti sejuk SHARP 290Liter : RM1199 rebat member RM110 = RM 1089
Harga mesin basuh PANASONIC fully auto 6.5kg: RM599

For both, cha EXTEND warranty untuk 5 years, peti sejuk + dalam RM119, and mesin basuh RM104. Jadinya if rosak or nak ganti apa2 semua covered. termsuk labor cost. Okeyyhh la tu kan dari nak kena beli spare part sendiri. Ngeeeee.. Oh mesti korang terpikir, bykkkk nyer duit cha ni kan beli sekali gus. Tidak ye kakak2 dan adik2. Ni adalah hasil perkongsian cha dan kanda. Mana boleh beli semua ni, rabakkkk poket. hikhik. So kami share2 ler. Alhamdulillah, rumah dah semakin lengkap. Sukaaaaaaaa! Electric appliances lain semua cha dah ada time bujang2 ni. Periuk nasi, cerek, toaster, iron, electric oven. Kebanyakkan dapat time lucky draw and ada yang beli and ada yg ehsan ibu dan ayah. Bhaahaha.. Hari sabtu tu jugak cha angkut barang2 electric yang kanda ada, mcm slow cooker and blender. Dia pun dapat time lucky draw. Kumpul2 juga. Hikhik.


Okies, nothing left to reveal about my home sweet home. Semua sudah setel, tinggal ada la nak beli karpet and kanda ckp nak carik satu lagi sofa L-shape. Tengoklah cemane nanti. If ada duit lebih okeh la. Nanti dah kemas2 uma sikit cha reveal gambar interior rumah ea. sEkarang fokus untuk preparation wedding pula. eh silap untuk final exam dulu. ngeeeeee.. Chill babes!

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Thank you Allah :)

2 comments:

  1. bagus, prepare awal barang umah hehe

    salam kenal:)

    nora aira
    http://norapurplebridez.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee.. kena beli awal2 takut nanti dah kahwin susah pula nak sibuk2 cari kan..

      salam kenal juga. dah follow your blog.

      Anything nanti boleh komen2 ye.. Thanks!

      Delete

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “