Nuffnang

Monday, October 29, 2012

Wedding Progress 11 Days before The Day :)

Assalammualaikum semoranggg!!

heloooooooooooo!!! masih ada orang ke kat sini. Hehehe. tiup2 belog banyak habuk ni. Seminggu tak update. Memang orang nak kawen cm ni ea pesen nye. Hahaha. Harap semua B2B sihat sentiasa. Okey, actually terlalu byk sgt nak share ni. Banyakkk sgt ye. Banyakkk sgt. Eh dah le.. Orang paham tu. Hikhik. Wah tengok tickers, masih berbaki 11 hari before my wedding day. Perasaannn? op kos la nerves, gembira, sedih, happy eh happy tu gembira kan. Deyy ape da. Hehe. mostly yang cha terserempak kat ofis semua tanya preparation cm ne. So far semuanya under control lagi. Alhamdulillah. Yang tanya kat fb tanya saat meniti hari ni. HEEEEEE.. okey entry ni nak cerita semua yang terjadi last week ye.

1. WEDDING OUTFIT

Wah this part memang best. Sebabnya last 2 weeks cha n kanda p butik utk amek ukuran baju. n try fitting la kan. Yang bestnya kebanyakkan baju cha tak payah alter pun sebab ngam2. Cha selalu cakap kat kanda badan model. dia iyekan je, sedapkan hati tunang dia. Hahahaha. Cuma ari tu cha tak ley nak fitting baju reception uma cha. Which is dusty pink color. sebab kain dia kat branch lagi satu. waaaa.. sedih. Tapi tak pe, overal semuanya okeyh. Actually cha pilih je baju reception yg sedia ada sebab nya jimat n kaler yg nak dah ada. Dulu nak buat jugak baju baru, tapi rasa mcm membazir pun ada sebab my solemnization outfit cha dah tempah. itu baju idaman. so rasa dah cukup kot. Tak perlu nak membazir2. Kanda pun ckp mcm tu, beza pakai baju baru n lama, tetap cantik jugak. nama pun pengantin. Hehehe.. Oh ya terdapat perubahan untuk baju majlis berinai, ikut plan nak pakai songket kan, tapi bakal-mak-mertua nakkkkkk sangat anak menantu dia ni pakai baju jawa. So kita layaaaannnnn.. hehe..



apesalll cha nampak pendek disitu ye.. Arghhhh... okey tak pe itu tak pakai kasut kan kan kan... *sedapkan hati sendiri. masa first tergelak2 nak pakai baju jawa tu, sebabnya gila tradisional. lagi2 tengok muka kanda yg pakai topi tu. hahaha. siyes tak tahan.. Tapi tak pe, cha pun cucu jawa so tak salahkan puaskan hati bakal mak mertua. Yeayy! santek gak baju ni, n cha selesa, cuma aksesori nya nanti yg sarat.. hehehe.. adik cha kata badan nampak genit n montok bila pakai ni. addoooiiiiyaii.. untuk sebelah lelaki plak we decide to wear red color. 


Ni pun pilihan mak mertua. So tiada bangkangan dari pihak kami. Cha n kanda ikut je. Tak kesah pun. Mak nak yg terbaik utk anak menantu dia kan. untung mak dpt menantu mcm ni.. (^_____^)v


yang ni plak baju reception sebla cha. Harap maap la yer, gmbar kanda je ade. plus ni pun tak pakai sampin n tengkolok. nmpak gambar ni mcm kaler purple, tapi sebenarnya kale pink belacan atau dusty pink. heee.. tunggu majlis la nampak cha nye baju sekali.. hehe

2. KOMPANG

haaa.. yang ni propa betul kan. yang cha pernah share kat ENTRY NI.. hari tu mmg decide nak pakai CD je sebabnya semua dah fully booked. Then jiran tlg carikkan last2 dapat. Yeayyyyy! RM250 je pun. Syukur. At least tak ar nmpk muka pengantin monyok je tak de kompang kan? hehehe.. *kidding!. Alhamdulillah seronokkkk sangattt dah ada kompang reallll!

3. VIP DOORGIFT

okey yang ni semua cha da setel siap2 masuk box n kotak n labelkan. Senang.  semua perancangan utk VIP Doorgift dalam entry ni dah terlaksana dengan baiknya, Biskut2 tu pun dah selamat masuk jar, tapi cha letak dlm plastik kecik baru masuk jar. takut lemau. heee.. clever? yesss! hahaha.

4. SPONSOR

hehe part ni memang semua orang seronok kan.. kan.. Minggu lepas je cha dapat beberapa sponsor. Alhamdulillah rezeki semua ni. 

My cousin dah decide untuk sponsor telur yang nak diberi kepada tetamu. even telur biasa pun, kalau dah 1700 pcs banyak jugak kan. Dah meringankan sikit bajet ayah n ibu. Heee..
Makcik cha pulak sponsor barang2 hiasan yg nak dibeli utk bilik pengantin dengan bajet dalam RM500. okey la kan, dah lebih dari cukup tu. Alhamdulillah. 

Sorang makcik cha nak sponsor tapai untuk santapan hari tu. syiokkk faveret cha tapai pulut makcik cha tu. Gila sedap tu yg dia nak sponsor jugakk.. ada makanan feveret time wedding sure tak bangun cha kat meja makan beradap tu. eh eh.. buruk lantak ye cha ni.. hahaha

Pakcik cha plak awal2 dah bagitahu nak sponsor udang besar untuk buat hidangan pengantin tu. wahhh syookkk gilaaaaaaaa.. sebab nya dia mancing sendiri. Last week dia bagi 3kg untuk bagi cha makan dulu sebab katanya nanti pengantin tak dapat makan. hahaha.. so ktorg goreng la n makan.. nahhhh untuk tatapan korang.. hikhik..



5. TENTATIF PROGRAM

Hikhik. kemaen lagi ada tentatif bagai. Tapi ni semua utk guideline sebenarnya flow sepanjang majlis berlangsung. Rumah cha akan start busy dari jumaat malam sampai Ahad. Adik cakap ni mcm kenduri 3 hari 3 malam. Hahaha. tak lah. sebenarnya bukan mewah pun, sangat bersederhana majlis cha ni. Cuma kira mcm berkampung la kan. Selalu kalau orang dulu2 kan buat mcm ni, lagi2 orang jawa. Semua orang ada masa spent time together. yang datang jauh pun boleh check in hotel. hikhik

Jumaat: 
Pas isyak kenduri tahlil utk arwah atuk n nenek, dan selepas tu ada majlis berkampung untuk jiran2 menentukan tugas. n malam tu jugak malam berinai utk cha. pakai inai ler. :)

Sabtu: 
11 am - Nikah
2.30pm - Majlis Khatam Quran
8.30pm - Majlis berinai

Ahad
11.00 am - 5 pm = Makan
12.30 pm - bersanding

okey boleh dilihat hari yang sgt pack adalah sabtu. Full day kan? So harap2 semuanya okey nanti. Yeayyy!!

6. FINALISED MENU MAJLIS

Ini adalah salah satu perkara terpenting dalam majlis kawen kan. So hari tu ibu tanya cha menu ape yg cha nak. Cha ni memang penggila ayam masak merah. Kalau p uma org kawen mesti akan carik ayam masak merah. Kalau tak de mula ar mengamuk. Pernah satu hari ikut ibu p wedding kawan n jiran, 3-4 majlis dalam sehari, satu pun tade ayam masak merah. Gila bengang. hikhik.. emosii plak. So majlis cha ni, cha mmg decide nak kekalkan menu orang kawen yang dari dulu lagi org buat.

Nasi Minyak hujan panas
Ayam masak merah
Rendang daging
Dalca
Acar buah
sambal goreng (jawa)
air sirap.

buah tembikai (kot)
seeee?? semuanya yang mcm dulu2 kan. adik cha kata apesal guna air sirap, kuno sgt. hahaha. cha kata nak minum air sirap selalu feeling lebih kalau p rumah org kawen. sbb  tu air sirap dipanggil air uma org kawen. haha. yang sambal goreng tu plak kawan2 cha semua request nak makan. dorang jarang dapat makan sebabnya p kampung2 baru jumpa. see punya baik pengantin tunaikan permintaan korang. hahaha..

makk oiii.. panjangnya entry kali ni.. conclusion untuk seminggu punya entry. hahaha. ada lagi nak share ni. nanti la okeyh. cha tgh struggle utk hantar assignment ni. before my wedding day. insyaAllah sempat nanti cha nak tanya opinion korang semua tentang tudung nikah, dah try tapi need suggestion n opinion. Oh ya minggu ni jugak p amek baju nikah. tak sabarrrr! nanti cha bagi tease ye. hahaha.. menyampah! bajet retis nak bagi teaser ni. hehe.. orait lovelies, jumpa next entry!!!

Much love!!.

Notacomelsecomeltuanbelog: Dah nak dekat majlis ni makin susah nak jumpa kanda, rinduuu... :)

Monday, October 15, 2012

Rumahku, Syurgaku :)


 Assalammualaikum B2B dan Ex B2B sekalian alam maya.. 

Ngehh2.. kemaen lagi ayat. Selamat hari Isnin ye kawan2. Jangan Monday blues aje. Ikhlaskan hati bekerja kerana Allah. Aminn.. Okeyh, cha nak share progress wedding pun rasa nya tunggu semua dah complete la ea. Senang tgk final result. Hehehe. Now cha nak share perihal rumah. Alhamdulillah rumah yang cha duduk sekarang ni, akan digunakan untuk duduk bersama bakal-suami for coming 3 weeks sementara nak tunggu we all dapat beli rumah sendiri. Hikhik. Okeyh nebes dah ckp lagi 3 weeks. Actually rumah cha duduk ni kuarters kerajaan yang cha dah duduk lebih kurang setahun lebih. before ni cha duduk kuarters spital je. Tapi disebabkan cha rasa nak duduk alone without org len n pk nanti senang dah kawen even masa tu boipren pun tadak so cha decide amek je offer yg Bahagian Pengurusan Hartanah tu bagi. Dgr cerita sekarang susah dah nak dapat kuarters, syukur dulu amek. Hehehe

So dalam setahun lebih duduk situ, alhamdulillah ada sikit2 barang yg cha dah beli. Mcam dining table tu cha beli time 1st kenal kanda. Dia yg tlg agkt masa kat Ikea then bwk nek ke uma. Dining table tu yg buatkan cha melting sikit dgn sikap dia. HAHAHA.. sebab masa tu ktorg kawannn je. ngeeee.. Nak tunjuk gagah la tuh kan. Hikhik.. Then after bertunang hari tu, we all  dah bahagi2 kan siapa akan beli itu ini. Fair lah kan untuk tidak membebankan mana2 pihak. Alhamdulillah rezeki lebih sikit kami beli untuk melengkapkan semua keperluan. Dan sekarang rumah cha lengkap dengan segalanya. Alhamdulillah syukur, tak susah2 pk lepas kawen nanti. Okeyh ni gambaran rumah cha before masuk ari tu, tapi amek dari google n gambar nya sebijik pattern rumah cha.. heeeee..


Our sweet home...

Master Bedroom with attached wardrobe and toilet..

Bilik no 2 , 3, toilet dan stor..

Dapur!
Ruang fav adik2 cha dtg uma, boleh main order2 macam kat mamak..

Main hall
Dan setelah setahun lebih duduk, dan hasil dari perkongsian cha n kanda. Alhamdulillah semuanya lengkap sudah. Rumah cha sekarang.. 

Main Hall.. Abaikan kotak2 dan meja jepun tu. hahaha
 

Tiada LCD tv buat masa sekarang.. agagaga..  




My favorite dining table..

Master Bedroom.. Set bilik tidur ni kanda beli. 
Tunang dia ni reti golek2 aje.. bhahaha


Almari baju we all decide separate kan, sebabnya al maklum la baju perempuan kan.. 
mana muattt nak campur.. hahahaha.. This is future-husband wardrobe..


This is mine! aci tak? almari sampai ke atas woiiii.. 
Tapi tak sampai nak capai.. Cemana?? hahaha



Ehhh?? ni ghupa dalam bilik no 2.. 
Sementara ni jadi stor pusat utk wedding stuff. 
Later, insyaAllah akan jadi bilik tamu..


ni plak dapur kesayangan.. Tempat cha tunjuk skill masterchef.. Ececeh.. Alhamdulillah oven tu birthday present from ibu, cerek from ayah, rice cooker hasil derma iklas dari rumah ibu.. Ada slow cooker n blender angkut dari uma kanda ari tu hasil dari lucky draw kanda taun lepas dan 2 taun lps.. Hehehe berhabuk2 kotak tu, semangat kanda simpan.. Sweettt aje.. hikhik..


 Yang ni plakkkk?? peti sejuk kesayangan hamba. Sebabnya cha beli guna duit cha. Wakaka.. alala yg kanda beli pun kesayangan jugak okeh.. semualah kesayangan. Tapi ni syg lebih sebab ada fridge magnet gambar kitoranggg!! suka beno bukak peti ais sbb gmbar ni.. hahahaha.. 


Dan part last, tempat laundry. Yang ni kanda beli. Ive request for auto machine sbb bakal-isteri dia ni sgt pelupa. Pernah guna semi-auto tapi asik lupa tutup air je, dan kain terbiar smpai esok sbb lupa. Dan salah satu sebabnya cha ni kan part time student jgak, takut tak terkejar masa asek nk p tgk mesin. Aci tak alasan? hahaha


Okehhh setel.. Oh ya bilik no 3 tu plak kosong dan akan di jadikan bilik study kitorang. InsyaAllah. Syukur hal rumah dah selesai, cuma sekarang kitaorang sedang mencari2 rumah untuk dibeli plak. Doakan kami ye. Semoga murah rezki nak kawen ni. Morale untuk entry kali ni bukan lah nk menunjuk2 ye kawan2, tidak sama sekali, tapi cha tekankan bersiap sedia bfore kawen tu sanggaaatt perlu ye kawan2. Sebabnya takut nanti duit habis utk majlis, tapi kehidupan lepas kahwin tonggang langgang. Nauzubillah.Itu yg kita tak nak. Ayah cha selalu pesan bersederhana dan prepare apa2 yg patut utk kehidupan lepas kahwin. Alhamdulillah, i've done. Syukur atas bantuan bakal-suami yang sama2 cuba merealisasikan impian rumah kami. Even bukan rumah sendiri, tapi syukur sebab cukup serba serbi. Sekarang rumah sepah2 lagi tgk je gmbr kat hall kemaen kotak byk2, tunggu a week before cuti baru stat mengemas.ngeh3.. Perangai apakah ini chacha hoiii..

Wahhh setel dahhh. Serius lega. Kalau tanya orang yang dah setel hal rumah pun akan ckap menda yg sama. Semoga rumah ni akan jadi syurga buat kami. Dapat tempat berlindung dah cukup baik bukan? Syukur Alhamdulillah atas nikmat dan dipermudahkan urusan kami. Cha doakan hal dan urusan anda semua juga dipermudahkan ye. InsyaAllah. Jumpa next entry loveliesss!! eh lupa.. sila lah jemput ke teratak kami.. hikhikk

notacomel: dah dapat kad B2B Diyana. Thanks dear.. Kad santek. Maaf tak dpt attend sebab sama date kan.. But we pray for each other okeyh.. 


Friday, October 12, 2012

VIP Doorgift & Signage :)

Assalammualaikum B2B & ex B2B sekalian..

Salam Jumaat yang indah. Cuma cha tak berapa sihat hari ni sebab semalam kena injection untuk influenza. Tiap2 tahun mmg kena amek sbb utk protect dari flu n demam. Dasar antibodi tak kuat mmg cenggini ye tak? hehehe. Untungglah keje spital sbb injection ni diberi PERCUMA untuk staff. Hikhik. Okeh hari ni cha nak share tentang VIP Doorgift. As i mention before, bukan la VIP sgt pun, ianya refer kepada Rombongan Pengantin Lelaki yang datang masa reception nanti. Ekceli nak je buat sama mcm tetamu jemputan yg lain, tapi cha rasa mcm tak best plak. Rombongan pengantin sebelah lelaki tu kan kira dtg menghantar pengantin, jadi kita layan lebih sikit ye tak. By then, hari tu masa amek kad kawen kat KANDA & DINDA WEDDING CARD, cha terpandang 1 box ni comel n vintage plak. sesuai dengan tema langsir rumah. eh? ada kena mengena ke. hahaha


Then semalam cha pergi amek lak jar dari kak mai LURVERING. Cha dah tempah lama dah jar ni sebab masa tu promosi RM1 untuk jar+sticker+ riben. Murah kan? so cha tempah le 100 pcs. Hasilnya tadaaaaaa...




Comel tak, silalah cakap comel. Nampak romantik je kan. Cun kan? hahahaha *sedapkan hati.. Ekceli cha nak sticker tu lain, yg mcm ada bracket tu, *again! tapi kanda ckp tukar la mood plak, asek nak bracket tu je kan. Hahahaha. So decide amek ni. Ala2 omputih gitu. Hikhik. Okeh la tu kan, cha pk2 balik, cha ingat nak letak biskut dalam tu. Biskut ape? biskut yg dulu kecik2 kita semua suka makan... biskut ni... 

 

Ingat takkk? mestilah ingatkan.. hehehehe.. So akan nmpak meriahhh dalam jar tu kan. Hikhik. Semalam cha dah try masukkn jar dalam box tu, okeh la ngam3 je.. Ley letak sebijik telor lagi kot. Hahaha. Dasar pelahap semua nak masukkan. APTB ye chacha. Hehehe. 

Oh ya, semalam pun cha dah siapkan signage utk kerumah cha. Ekceli nak tempah mcm B2B len yg buat tu guna kad keras kan, sebab design ada bracket tu santek2 n comel2 aje...*bracket again?? hikhik Bila quote harga, makk oiii sekeping RM8, kalau nak print 10 pcs?? dah RM80? TAK BERBALOI. Bek print sendiri. Asalkan orang nampak tanda arah org nak ke rumah, jadilah. Lepas tu signage tu ke tong sampah jugak kan. Hehehe.. 

Untuk memudahkan kerja, cha amek soft copy time cha buat sticker ari tu, then letak je kat word. Tukar sikit TERIMA KASIH tu ke MAJLIS PERKAHWINAN. n siappp! malas nak bukak AI ke AP ke sebab cha mmg tak de masa nak design2 ni. esaimen menunggu tu ha... hikhik. Then dah edit sikit letak je arrow. n tadddaaaa... Jadi dah..


Senang kan? n jimat. Cha laminate je lagi senang. hehehe Alhamdulillah selesai dua perkara. Minggu depan insyaAllah cha p fitting semua baju kat butik, n amek ukuran semua. Kad2 semua cha dah edar n pos. Yang dah bagi alamat hari tu, nanti check ea. kalau sampai minggu depan tak dapat just let me know. Heee.. Oh ya hari ni juga ulang bulan pertunangan cha n kanda yg ke 8 Bulan. See the tickers...

Sekejap je 8 bulan. InsyaAllah bulan terakhir sebagai tunangan orang.. aminn... Semoga cinta kita utuh sampai syurga sayang..


bfore mngundur diri, nak tepek gambar anak2 angkat cha kat sini.. They're twin! sehari tak jumpa rinduuuu w0o0o0.. hehehehe

  


mamacha love both of you Faris n Firas! Jumpa lagi next entry lovelies!!..



notacomelsecomeltuanbelog: suka pulak  tgk entry byk gambar ni.. hehehe


Wednesday, October 10, 2012

Checklist 1 Month :)



Assalammualaikum semorangg!! hikhik.. sian belog berhabuk. Actually cha busy buat assignment sekarang ni, rajin update kat FB aje. Kanda pun busy dengan thesis nya. Kena setel semua before our wedding. Nanti cha download software utk Blogger ni kat BB ea. Sng nak update. Hehehe. Btw, wedding preparation dah almost done. 90% kot.. Alhamdulillah. Ni checklist yang dah di update..


Important Dates
Nikah: 10.11.12 
Berinai: 10.11.12 
Reception: 11.11.12
Bertandang: 18.11.12


Venue
Nikah: 
Shah Alam
Berinai:
Shah Alam
Reception:  Shah Alam
Bertandang: Kajang


Time 
Nikah:
11.00am
Berinai: after isyak
Reception:
11.00 am - 5.00 pm 
Bertandang:
12.00 pm - 4.00 pm

Theme Color
Nikah: 
Soft Gold
Berinai: Cream Jawa Attire.
Reception:  Pink & Grey
Bertandang:  Red

Important Things
Duit hantaran: Received!
Mas kahwin: DONE
Book Jurunikah:
DONE
Hantaran (Bride):   Done during Engagement
Hantaran (Groom):
Done during Engagement

Legal Documents
Marriage Course (P):
DONE
Marriage Course (L): 
DONE
HIV Test:
DONE          
App Form Groom: DONE
App Form Bride: DONE

Guest
Nikah:
relatives & close friends
Berinai: relatives
Reception: Mum & Dad friends, relatives, all friends
Bertandang:
Future in law relatives and friends

Food
Nikah: Chef booked! done!
Berinai:
Chef booked! done!
Reception: Chef booked! done!
Bertandang: Deposit done!

 
Menu
Nikah:
DONE
Berinai: simple dishes. Eg: mee, kuih etc 

Reception: DONE
Bertandang: DONE

Canopy
Nikah: Deposit done by mummy!
Reception:
Deposit done by mummy!
Bertandang: Consider Done by FMIL

The Cakes
Reception: DONE.
Bertandang: Free from catering..

Invitation Card
Nikah:
not related
Reception:
DONE & in progress for distribution [kandadinda wedding card]
Bertandang: 
DONE & in progress for distribution [kandadinda wedding card]

Tentative
Nikah: done
Reception:
done
Bertandang:
done

Guest Lists
Nikah:
Reception:
DONE
Bertandang:
DONE

Make Up Artist
Nikah: Done by B duet Andaman
Berinai: 
Done by B duet Andaman
Reception:   Done by B duet Andaman
Bertandang:
  Done by B duet Andaman

Henna Artist
Nikah: Granny do for me.. :)
Reception:
Granny do for me.. :)
Bertandang: TBC

Dais Theme
Nikah: DIY Dais by me n mom.. :)

Berinai:
Reception: Soft Pink & Grey
Bertandang: Red & White


Shoes
Nikah: Hantaran shoes
Reception: by B Duet Andaman.
Bertandang:
by B Duet Andaman

Maid of Honor & Bridesmaids
Nikah: Anita @ Manisa, Hakim
Reception:
Anita @ Manisa, Hakim
Bertandang:
Anita @ Manisa, Hakim

Family Attire
Nikah: RED
Reception: Pink for sibling, Grey for my parent. 

Khatam al quran: white for all siblings
Bertandang: TBC

Official Photographer
Nikah:  Done by 3Lonline Photographer
Berinai: Done by 3Lonline Photographer
Reception: Done by 3Lonline Photographer
Bertandang: Done by 3Lonline Photographer

Doorgift
Nikah: Not related
Reception: Apple lady tupperware, egg, muffin, mineral water.
Bertandang: glass jar with nuts inside

 
Bunga Pahar
Reception: DONE!

Bertandang: DONE!

Handbouquet
Nikah: DIY
Reception: done by B Duet Andaman
Bertandang:
done by B Duet Andaman

Entertainment
PA system: deposit done by daddy
Kompang:
CD
Playlist: TBC
Bertandang: Sponsor by Future Bro-in-law

Other Stuffs
Signage: DONE!
Bunting dan Banner: done!
Guest Book: DIY guest card! DONE!
Photo Booth: not necessary
Photo Canvas:
Giveaway by PHOTOBOOTH CORNER!
Welcome Signage: TBC
Bunga Manggar: TBC
Corsage: In progress
Centerpiece: DONE!

Room Deco
Wardrobe: DONE!
Bed: DONE!
Drapes and Curtains: DONE!
Bed Sheets: DONE!
Bed Skirt: DONE!
Table: DONE!
Mattress: DONE!


Honeymoon
Date:
20- 22 November 2012
Destination: Langkawi
Transportation: By Air Asia. Done! and viva car..

Accommodation: DONE!


Baju nikah
bff cha cakap estimate akan siap dalam raya haji. InsyaAllah. Wahh tak sabar sebenarnya. Orang cakap lmbt nye siap, sebab org len semua dapat baju nikah sebulan sebelum majlis. hehehe. Cha dah hantar awal2 ari tu tapi tak p ukur sebabnya takut badan naik. Badan cha ni tak tentu, cepat naik n susahhhh TURUN!. Tu yg takut, tapi Tak pela, harap2 semuanya okeh kan. Dalam 2 minggu bfore nikah, tinggal nak decide pakai shawl or tudung cemana. n hantar dry cleaning semua.  Heeeee.. Tak sabar!

Yeayyyyy! suka tgk checklist yg dah byk DONE! Alhamdulillah. Nasib baik preparation awal, so tak de kelam kabut dgn assignment semua. Wahhh dah boleh manage ni. Hikhik. Sekarang cha disiplin gila, balik dari ofis, terus masuk baju dalam mesin, masak n malam gigih buat assignment n siapkan DIY. wahhh hebat2.. Sangat motivated. praktis bfore menjadi isteri solehah. (^___^) Sebelum ni basuh kain pun 3 hari sekali kot. Hahaha.. Okeh nak p pejabat pos sat, pos kad2 korang. InsyaAllah next entry cha bagi korang jalan2 tgk rumah cha kat Putrajaya tu ea.. Till we meet again sayanggg...

Thursday, October 4, 2012

Cerita 5 dalam 1.. :)

Assalammualaikum semoranggg!!

Wah kemaen biarkan belog berhabuk ni. Huuuuu.. Actually byk sgt nak share ni. Seriuosly! Tapi banyak halangan nye. Plus kan, semalam atok cha baru je kembali ke Rahmatullah. Innalillah. Sangatt sedih sebabnya atok tak sempat tengok cha nikah.. Y______Y. Tapi tak pela, kami sekeluarga redha dengan pemergian atok. Semoga tenang disana. Al-Fatihah untuk atok.

Okeh girls, banyak yg cha nak share tentang progress wedding. Tengok wedding tickers sebla dah 37 hari, Makkkk oiii.. Kenapa cepat sgt masa berlalu ni. Hahahaha.. Okeh ni cha listkan progress.

KAD KAHWIN

 

Alhamdulillah semua dah siap ditulis dan ditaip. Dan proses mengedar kad pun dah dijalankan. Ayah dan setat balik kmpg bagi sedara mara n cha pun dah bagi kat kawan2 semua. Disebabkan doctor n juru xray kat sini kebanyakkan nye cuti tak ikut kita, baik cha bagi je dulu kan. Yang nk dipos pun cha dah siapkan setem semua. Selesai. Dan kepada BRIDE-TO-BE BLOGGER sekalian, cha nak bagi kad ni. Mohon isi borang kat atas tu ye, dgn address semua utk cha pos kad kepada anda semua. Isi tau.. isi tau.. heeeee

DOORGIFT

Okeh yg ni still pending lagi. Sebabnya final doorgift akan ada 1 day b4 wedding la kot. Finalised yg ayah cha nak letak dalam doorgift tu adalah seperti yg cha cerita dlam SINI dan ada 3 item akan diletakkan. Bekas APPLE LADY yg ada telur, muffin choc and mineral water kecik. Phewwwwwwww! berpeluh tengok. Tapi tak pela, ayah nak semua tu, ikutkan je. ngehhh3..

HIASAN BILIK TIDUR



Design ibu dah bagi. Lebih kurang mcm kat atas ni la. Cuma tirai tu atas lagi n dikembangkan lagi. Tengah2 letak canvas printing. Cha pun dah approve design n colour mestilah PINK! heeee.. As simple as i want. Heeee. n plus cha dah amek Canvas Printing yang menang giveaway dari The PhotoBooth Corner. Yeayyyyy.. Nanti cha review okeh. hehehe.. Tinggal nak beli cadar je sebab tirai tu ibu dah beli. Yeayyy... Tapi bilik cha dulu dah cat kaler purple, laaa ni malas nak cat lagi. Penat hoiii.. Jadinya bilik akan ada color pink n purple. Gasaklah... nanti tengok ape hasilnya ye..

VIP DOORGIFT

Ececehhh VIP tu. Tak ah mana ada VIP nk datang wedding cha. Ngeeee.. VIP Doorgift ni utk pihak pengantin lelaki yg datang.Tu je, nanti cha review ea bagi apa. Actually tak decide lagi nak letak ape dalam jar tu. Kanda tanak marshmellow. siap demand letak kacang. Hahaha.. Tapi bekas atau box tu cha dah beli mcm ni, corak vintage. Sebab sama dgn langsir rumah. Hahahaha. Dalam ni cha just letak mini jar yg tempah kat Lurvering dalam tu letak kacang (maybe) dan igt nak letak muffin. Cukup la kan..


BAJU NIKAH

Haaaaaa.. ini sure akan buat cha berdegup2 kencang. Sebabnya ari tu my bff call tnya nak beli chiffon tu sekarang mmg dah harga mahal, dulu murah masa awal tahun semeter RM16, then bulan lepas Semeter RM48 dan sekarang Semeter RM28, nak buat kain cha tu dalam 4 meter. So dia tanya cha nak beli ke tak, sbbnya takut la over bajet kan. Huuuu.. Cha minta 5 menet dok discuss dgn ibu n adik, then ibu cakap kalau itu dah jadi baju idaman hati, beli je lah.. Lagipun baju resepsi cha sewa je kan, so baju nikah ni ikut la pesen ape yg cha nak. Yeaay! so mintak bff beli je 4 meter. Ka chingggg! ka chinnnggg! bertambah bajet utk baju nikah. HehehehE. Okeh nanti dah siap cha review sikit ye baju nikah. Nak tengok partttt kainnnnn tu. AGAGAGAGA... Kalau korang tak sabar nak tengok, cha ni berjuta kali tak sabar okeh sayanggg!!

oh ape lagi ye tak citer. Dah kot semuanya. Nanti apa2 cha tulis lagi okeh. Korang semua jgn lupa isi borang kat atas tu ye utk wedding card. Dan cha nak say thankkkkksss sgt2 kepada yg bagi respon kemaen galak lagi kat entry sebelum2 ni. Cha tak sgka coretan yg sekadar suka2 ni menjadi tatapan utk anda semua. Thanks korang! Cha tak sangka yg follower cha dah 46 orang.

igtkan follower cha dua ketoi je. Budak ofis sorang n budak uitm sorang. Hahaha. Sebabnya belog ni cha buat sesaja as diari je. Tak mengharap orang baca pun sebab takut orang muntah baca. Ngehhhh3. Tapi dgn komen2 korang tu, cha rasa appreciate sgt dgn ape yg cha buat n buatkan cha rasa lagi semangat. Serioussss!! Thanks ye korang! Sayaaannngggg B2B blogger semua. Dan yg email cha tanya pendapat n sources dari mana semua yg cha buat, harap2 info yg cha bagi dapat bantu korang ea. Orait loveliesss!! see yar...

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “