Nuffnang

Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah, i am Mommy-to-be :)


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalammualaikum dan salam Ramadhan korang.

Alhamdulillah, dah masuk 8 hari kita berpuasa. Dan alhamdulillah minggu lepas dah settle paper terakhir untuk semester ni. Yeayyy! Jumpa semester depan yauww. hikhik. Okey la, tengok pada tajuk pun orang dah tahu kan. As i mention dalam last entry pun pasal good news tu mesti ramai dah syak. Tapi ramai ex- B2B dah tahu pasal cha pun. Kat fb n IG ramai dah suspect. hahahaha.

Alhamdulillah, cha dah pregnant. Baru je masuk 8weeks 4 days hari ni. Masa 1st dapat tahu hari tu pun dalam 4-5weeks rasanya. Tak berani nak bagitahu sapa2 sebab takut pape jadi. Tapi rasa nak menulis juga coretan kat belog supaya ada kenangan nak baca dikemudian hari. Orang ramai cakap jangan cakap kat sesiapa yang kita ni preggy, sebab kita tak tahu apa nak jadi dikemudian hari kan, tapi semuanya terletak pada takdir dan rezeki dari Allah sebenarnya. Cha pun just bagitahu family je. Kawan2 yg tak rapat mungkin dapat tahu bukan dari mulut cha. Biasa la berita2 macam ni tak boleh nak sorok. Lagi2 bab perubahan badan kan. hahahaha.

Okeylah nak cerita detik2 masa first dapat tahu. Cha ni tak berapa nak eksaited sangat bila period delay sebabnya lepas kahwin hari tu period cycle sume jadi ting tong. Nanti cha cerita pasal ni next entry k. Masa dah lewat period dalam 3 weeks tu cha dah rsa lain macam. Padahal kat rumah tu UPT kemaen beli sekali borong 20pcs tahu tak. tiap kali lambat sure buat. tapi this time lewat 3 minggu pun tak semangat nak buat. ahaha.

Bermula kisah pagi Jumaat tu cha buat la UPT for first urine kan. Masa tu tak berharap apa2 pun sebabnya past 6 months lewat pun tiap2 bulan buat mmg kuar 1 line ke. :( Pastu dah celup n biarkan la kat situ mandi2 n masa nak amek wuduk tgk kat sink. Ermm okey, 1 line je. Dah agak da. Pastu nak amek stick tu utk buang, cha tenung betul2, tgk mcm ada faint line je. Sampai pening okey tenung upt tu. Pastu mmg tenunggg lagi eh mcm ada je. pastu simpan n terus g kerja. Lewat masuk hari tu gara2 tgk upt okey. wakaka.


Pastu p kerja dok terngiang2 la tgk upt tu. tak tenang rasanya. tak sabar nak balik rasa nak buat lagi sekali. Dah sampai rumah, baru cerita kat husband, pagi tu buat upt pastu nmpak macam ada double line. Husband tak caya n suruh cha buat lagi sekali ptg tu. Cha pun buat la, n nmpk macam faint line lagi tp letak kat tmpat bercahaya baru nampak. Then hubby tanya,

Hub: Baby ada lagi tak upt ni?
Wife: err ada. kenapa?
Hub: Meh bagi kat b satu. Biar b try plak. nak tengok kalau negative, faint line ni nmpk gak tak if dekat cahaya.
wife: haaaa? biar betul. mana pena lelaki buat upt. kalau positive macam ne? *gelak2
Hub: hahahaha, kalau positive i mengandong anak u la. *sambung gelak.

Then cha bagi la husband satu upt n dia buat. Terang2 la negative nye kan. tapi berdebar gak tunggu line tu naik, buatnya positive tak ke konfius? wakaka. then husband compare kan cha punya upt n dia punya. n he said yg mmg nmpk 2 line cuma kabur sgt. Masa tu hati berbunga tapi tak simpan harapan sebab kdg2 terjadi chemical pregnancy. :'( Then decide nak guna digital clearblue tu je. Sbb dah beli bulan lepasnya. Mmg niat nak guna if keadaan mcm ni la. Kalau nak guna saja2 mmg tak la. Mahal woii. RM29.90 tu. Tapi sangat accurate. Ikutkan hati nak je buat malam tu, tapi sabarkan hati nak buat pagi sabtu tu.

Dah pagi tu terasa nak p toilet, terus tadah urine. Tak lena tido weh malam tu wa cakap lu. haha. lawak gila. Pastu terus amek UPT clearblue tu n celup. Dia kena tunggu dalam 3 minit macam tu baru keluar 'Pregnant' or 'Not Pregnant' n baru keluar brape weeks dah pregnant. Haa canggih na. hikhik. Dah tunggu 3 minit, masa tu tgh gosok gigi n cuci muka, tetiba keluar 'Pregnant'. ya Allah, Tuhan je tahu perasaan time tu. Syukur sangat. pastu tunggu plak dia keluar 2-3 weeks. 

Apa lagi, masa tu terus solat subuh n sujud syukur sangat atas pemberian ni. Pas solat cha p kat hall sekejap n buat menda ni. hikhik.


Comel kan? hahaha. Perasan!. Masuk bilik je, pastu husband terjaga n tanya. 

Hubs: Dah kencing? Dah try buat? *sambil tutup mata ni.
Wife: Oiitt ngigau ke apa. hahaha. 
Hubs: *buka mata. Dah buat upt ke syg? so cemana result?
Wife: Dah.. *nada lemah je kenkonon tak semangat. Pergilah tengok kat luar (hall)
Hubs: Negative ke? *bangun terus ke hall.

Selepas beberapa saat, Yesss! Alhamdulillah. Masuk bilik sambil peluk n cium isteri dia ni. hehehe. Indahnya saat itu. Kemaen senyum memanjang. Balik kampung terus la bagitahu ibu. Semua terkejut n seronok lagi2 adik beradik cha yg tak sabar2 nak anak buah. erghhh. In sha Allah, anak ni bakal menjadi cucu pertama untuk kedua2 belah keluarga. Mana tak eksaited. hikhik. Pastu korang nak tahu, cha ni addict gila nak buat upt kalau boleh tiap2 minggu sampai ke appointment doctor. dah obsessed kepada Pee-on-Stick (POS). maklum la upt tu ada banyak lagi. hahaha. Upt pun iolls beli kat groupon okey. hikhik.

 

Nampak kan beza dari 1st time buat upt yg ada faint line n sampai nmpk betul2 double line nya. yg bawah sekali tu korang tak payah tgk lebih2 sebab itu husband punya upt, terang2 negative. hahahaha. Semalam appointment pertama cha dgn klinik n dah buat buku pink!

Then p semalam supposedly cha dah 11weeks ++ tapi bila scan baby baru 8 weeks 3 days. Doctor bgtahu ini mungkin sbab irregular period dan tak tahu bila waktu subur. so EDD lagi terkedepan la kan. Alhamdulillah, semalam dapat tengok my little peanut with the heartbeat. Seronokkk sangat. Semoga awak baik2 je dalam rahim mama ye. Mama n papa love you baby :). Dr cakap semuanya okey, kantung okey, baby okey, heartbeat okey. in sha Allah okey. Dr n nurse baikk sangat. 1st check up satu badan dia check.  :)

Alhamdulillah atas satu lagi perasaan yang tak terungkap. one moment yg paling indah selepas nikah. ini lah dia dan hari2 mendatang akan membawa seribu moment pada bakal2 ibu kan. Kepada yang mendoakan cha, terima kasih banyak2. in sha Allah sesiapa yang sedang ber TTC tu im spreading the baby dust to all of you. Semoga ada rezeki kita semua melalui moment2 terindah dalam kehidupan. in sha Allah. Doakan baby dan mama sentiasa dilindungi dan diberkati sehingga akhir perjalanan hidup kami. Ameen.

notacomel: Macam tak percaya i am Mommy-to-be :)

42 comments:

  1. Tahniah Cha. jaga diri elok2 ye..excited pulak org lain yg preggy kn..
    doakan ana pn ada rezeki yg sama ye..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ana. In sha Allah. Doakan cha ye selamat semuanya. Selalu mmg mcm tu org lain preggy org len yg excited. hikhik.

      in sha Allah, sentiasa doa rezki ana pula lepas ni. *sambil tiup baby dust. heeeeee :)

      Delete
  2. sukanya baca post yg ni...comel giler siap compare upt...hehe...part husband nak buat upt tu pun comel...blh dia trpikir camtu ek...hahaha...btw, congrats cha!! ada morning sickness x?hehe..jaga diri baik2 ye...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. har har kelakar kan ayong. Tah cemana husband boleh terfikir nak compare kan upt negative. Doakan cha ye. in sha Allah pasni turn ayong plak. hehehe

      Morning sickness baru stat last week. n now bukan morning lagi, evening, night semua ada. Redha je ni dear. :)

      Delete
    2. hehe...aamiin...i like doa ibu mengandung..bertabah ye cha...besar pahala tu...=)

      Delete
    3. hehehe. in sha Allah. Tak pe org kata morning sickness tu baby kita sihat. bertabah dah ni demi anak kan. Allah turunkan byk pahala untuk ibu2 mengandung ni. in sha Allah. :)

      Delete
  3. Congrats Cha ! Seronoknyaa. So sweet je buat comparison camtu.
    Take care , makan makanan yang berkhasiat ok. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks dear! husband cha kalau nak kepastian mmg cenggitu. sanggup haa nak compare bagai. in sha Allah i will take care of myself. Part makanan ni lemah sikit sayang, sebab cha tak makan sayur. sedih bukan? sobb sobb.

      Delete
  4. Alhamdulillah...wahhh...tahniah azamy dan cha :) semoga ibu dan baby diberikan kesihatan yang baik -k.su

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak su. Alhamdulillah. in sha Allah perut dah besar nanti cha nak book akak kita set time buat maternity shoot plak ye. Doakan semuanya dilindungi. Ameen. :)

      Delete
  5. Tahniah cha. akhirnya cha cerita gak kat belog. ternanti2 post preggy dari cha. hihi. take care ye darling. morning sickness itu sangat indah sebenarnya. kita dilayan bagai permaisuri. gunakan masa itu sebaik mungkin. jaga makan dan jaga segalanya. :)


    baby cha nnt sebaya dengan baby nana nnt. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks nana. alololo ternanti2 post ye. aduhaiii ni feeling retis ni. wakaka. in sha Allah, doakan kesihatan cha ye dear. Tak sangkat morning sickness cenggini. tapi alhamdulillah boleh cope lagi. Layanan dari husband super duper best lah. bak permaisuri kata nana. hikhik. in sha Allah cuba jaga pemakanan juga skrang ni tapi selera tak berapa nak ada lagi ni. berat pun turun ni nana. :(

      aah baby cha, baby nana n baby dee semua sebaya la kan. Boleh buat group utk dorang plak nanti. in sha Allah. hikhik.

      Delete
  6. eee xpernah2 dibuat org laki nk buat UPT... lawak betol.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kannn? tak pernah2 dibuat orang lelaki buat upt. kenkonon eksperimen la bagai. buat nya positive? haa nayaaaaa. hikhik

      Delete
    2. itu kes luar biasa dh tu kalau positive...

      Delete
    3. hahahaha bini lap peluh kalau positive. sapa nak jaga siapa ni. wakaka. tapi negative pun perut husband dah melebihi kita yg preggy ni dee. wakaka

      Delete
    4. ckup 9 bulan.. compare sape punya yg lebih maju ke depan.. ahakz!

      Delete
    5. hahaha ya ampunnnnn. tak terbayang! silap2 dapat pingat PJK, Perut-Jalan-Kedepan. hikhik

      Delete
  7. tahniah chacha.. saila dh lama x berblog.. xtau apa citer terbaru semua blogger.. huhu.. tahniah again, jaga diri baik2 yer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankssss saila! tu la tgk lama jugak tak nampak saila kat dashboard. Honeymoon lagi ye. heeeeeee. In sha Allah, try to take care of myself. Youu tooo dear. :)

      Delete
  8. Tahniah cha...seronoknyer...dah nmpk heartbeat...cik mah still berdebar2 lagi..scan last week xnmpk heartbeat lagi...huhu...week lebih kurang ngan cha....jaga diri ye dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks cik mah! yeayyy! congratz juga utk cik mah. Baru tahu ni. Alhamdulillah, rezeki cik mah cepat dapat ganti. syukur. Memang berdebar2 cik mah. Masa 1st scan lagi berdebar, nampak kantung je. baby tak nmpak pun lagi :(. last week dah cuak gila nk p appointment semalam. semua rasa ada. Tapi alhamdulillah, bila nampak heartbeat dah lega. i know my little peanut was there. in sha Allah cik mah pun akan nampak nanti ye bila check up. jangan stress2 sgt tau.

      wahhh anak kita sebaya la cik mah. skali dgn nana n diyana. Tak sangka plak. hikhik. tak sabar pun ada. :)

      Delete
    2. kan.. murah betol rezeki cik mah.. cepat je dh ada baby baru...
      tumpang eksaited (^_^)

      Delete
    3. Alhamdulillah syukur juga dpt rezeki cepat..ltu lah..hrp2nya adelah heartbeat bila g scan minggu depan....yeah..bby2 kita sebaya....

      Delete
    4. kan dee. murah rezki cik mah ni. Alhamdulillah.

      In sha Allah, dapat tgk heartbeat dia tu dah rasa seronok sangat dah rasa. belum lagi baby besar kan? dah besar nanti rasa gerak2 semua. hikhik. Dah scan nanti cite kat blog ea. nak tahu gak perkembangan nya. yeaayyy nanti hantar anak masuk skola sesama ea. anak kita junior sikit dari anak dee n nana. hahaha

      Delete
    5. Aaa....doakan ye untuk cik mah...harap semua dipermudahkan n xsbar nk share kat blog...hehehe...yeah...t le pulak anak2 kita wat group..hehehhe

      Delete
  9. Replies
    1. Thank you mummy! doakan cha melepasi stage2 mcm awak ye. :)

      Delete
  10. COngratez dear... happy for u. :) tcare of urself and baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks Miss N! Ameen2. Thanks for your Du'a. Muah2 :)

      Delete
  11. Cha dear.Congratz3.Wahh...beshnye.Part due2 buat upt memang klaka okay.Hikss.Semoga cha and baby baik2 dan sihat.Amin.Congratz again dear.Sha tumpang happy. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks dear Sha! klakar la tak pena lelaki nak buat upt. Ameen.. Ameen. Doakan cha dan baby sentiasa dilindungi dan sihat sehingga akhirnya ye dear. In sha Allah pasni Sha plak come to our club. ehemmm ehemm. :)

      Delete
  12. Replies
    1. thanks tqah. in sha Allah, i will do that. doakan semuanya dilindungi. ameen.

      Delete
  13. alhamdulilah tumpang gembira..pekara paling bahagiakan..siapa x nak zuriat..syukur sgt.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah tira. Syukur, Allah mendengar doa hamba2 Nya. Doakan cha ea. :)

      Delete
  14. best nye... alhamdulillah.. mesti excited gile kan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, besttt sangat. memang eksaited gila. tp kaver buat2 biasa je. hehehe

      Delete
  15. Sweetnye entry ni.senyum sorg2..take care ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhik. sweet n lawak la sayang. hahaha. in sha Allah. doakan yang terbaik untuk kami ye. ameen.

      Delete
  16. hurmmm tahniah2.. byk2 tahniah ye cha...
    jaga baby elok2...
    jgn lasak2 sgt...hehe. pndai je cik bin nasihat org tp cik bin pn lasak jg mule2..hhihihi
    semua seronok kan dpt good news dr cha n cik mah jg..

    cik bin bace cume senyum2 jeee... maklum laa tgh sarat dh ni...
    perut dh nmpk surut ke bwh..tanda kepala baby dh kat bwh.. sakit wooo bile nk bergerak mn2...
    hrp2 sempat la mkn juadah hari raye... risau bersalin awl plak dr date edd tu..hihi..

    papepn take care tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik bin@ heeee. masehhh2.
      banyak pesanan ni. in sha Allah akan diikuti. senior M2B ni. hikhik

      Wahhh cik bin nak bersalin dah ea. semoga segalanya dipermudahkan. tak sabar nak tengok junior cik bin. hikhik.

      Delete

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “