Nuffnang

Wednesday, January 30, 2013

Masak - Memasak :)



Assalammualaikum sumorang!


Acane weekend korang. Sure best kan? Cha? sure best jugak. Next entry cerita short vacay hari tu ye. Okey tajuk entry kemaen lagi kan. Surelah, as ex-Bride-to-be lepas kawen ni nak cerita ape lagi kan. Hal2 suri rumah le. *padahal review byk lagi pending. NGEHHH3. ya ampuunn. Nanti ye.. 

okey entry ni bukanlah nak share resipi ke hape. Cha ni bukanlah gheti sangat ikut2 resipi ni. Men campak2 je. Asal sedap. :) *eh nak resipi nanti request la ye.. haahaaa. pitam!. Hokey2.. Saja nak share sepanjang 2 bulan lebih dah kawen ni, memang akan masak la kat uma. Kadang2 je makan luar especially rabu, sebab cha n hubby akan tgk wayang malam rabu. So makan luar. Hikhik. Kalau dulu masak untuk sorang je makan, laa ni kena masak untuk 2 orang. Hubby cha memang jenis makan nasi je. Kalau tak dpt nasi mesti pas 2 ke 3 jam lapar balik. haha. Cemana lah wife dia ni tak bam bam sekarang. 

Kadang2 kan bila dah hari2 masak, tak tahu nak masak lauk ape dah. Serius okeh.Tapi tengok barang2 dalam fridge akan terpk je nak masak ape. Naseb husband jenis makan semua menda, kayu batu je tak makan kot. hikhik. Antara makanan yang selalu masak n sempat capture ni, 



Siakap sweetsour, telur masin, sayur campur. Pheuuuwww..


ni favourite husband, sambang udang tu. Apa2 berkenaan dengan udang dialah perabis.. haha


 Bila dah bosan asik masak local je, kenkonon dinner makan spaghetti plak.hikhik

 
  

 Yang ni first trial hari tu, husband n wife mmg gila makan pancake, nak beli kat mcd hari2 kopak poket, solution nye buat sendiri ler. n menjadi. Terus p beli maple syrup yg sebijik mcm kat mcd tu kan. Makan dengan butter, strawberry jam. Fuhhh leleh beb wa cakap lu. hahaha. Adik2 cha pun suka makan, dorang kata sedap mcm mcd. Oh mcd, sorry la dah kehilangan customer. hahahaha.. @___@


Kalau weekdays slalu akan masak utk dinner je, If terbgn awal baru masak utk bfast. Kalau tak roti dgn telor, roti telor o ape2 yg simple je. If weekend kat rumah sendiri, lunch n dinner akan masak la. Sekarang hubby pun kadang2 tolong gak masak nasi. Okey la tu kan. Better than nothing. Kalau ikutkan setiap kali pas masak mesti nak snap gambar, Kalay satu hari sekali masak, dah berapa byk gambar kan? boleh buat buku resepi. Hahahaa. pernah hubby cakap, "ni mesti nak masuk belog kan" danggg! kantoi disitu. Sekarang hubby rajin baca belog ai okeh. Malam tadi baca siap sebut kuat2 lagi. Chaittt. Malu la ittewwww.. Hahahaaaa.. My husband is no 1 stalker now. :p. 

Nak tau, sepanjang dah 2 bulan kawen ni, cha tak pernah masak kat rumah mak mertua. Tah kenapa, mak mertua tak kasi masuk dapur. Kadang2 segan jgak sbb kita makan je kan, tapi mmg kakak ipar pun ckp mcm tu. Dia pun tak masuk dapur. hikhik. Tapi hari tu minta mak ajar masak jantung pisang n dah reti tau! hikhik Okey la, dah post pasal makanan ni tetiba perut lapar plak. Hishhh. Nafsu makan kemaen lagi. hahaaa. Ingat ye, air tangan isteri adalah pengikat kasih sayang. Even tak pandai masak sekalipun mcm cha ni, at least kita cuba. Hubby pun cakap, makin lama dah makin improve. Boleh jadi Masterchef Putrajaya katanya. Puihhh. *muntah ijao. Hehehee..

Monday, January 28, 2013

Troli Pasar :)

Horeeeyyy.. Hubby belikan troli ni. Seronok kemaen lagi, sebab dah lama dok merengek sakit tangan pegang barang banyak. \(ˆ⌣ˆ)/

Can u imagine? Beli groceries n nak angkat naik tingkat 14. Even 2 orang pun tak cukup tangan. Now, dah senang. Nak p pasar lagi la senang, ala2 p supermarket gitu. ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌

Thanks hubby! ( ' ˘3ε˘`)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 22, 2013

Cuti = Genting? :)


 
Assalammualaikum sumoranggg!

Kemaen lagi orang baru2 kawen ni (2 bulan kira baru jugak ke?), hari2 nak tengok gambar kawen kan kan kan. Tak pernah puas rasanya. Eh biarlah, gambar kita kan kan kan. hikhik.. Wahhh hari ni dah Selasa kan. Esok Rabu then khamis cuti. Jumaat pun cuti juga. Sabtu lagi la cuti, ahad pun cuti lagi, isnin sambung lagi cuti. Kemaen kayaaa dengan cuti. Hahaha. Doctor cha pun cakap mmg negara kita ni kaya dengan cuti tau. Hikhik. For people yang makan gaji mcm cha ni, sape yg tak suka cuti ye tak? dapat spent masa dengan family especially dah ada husband sekarang kan. Lagi la seronok dapat berjalan berdua2 an. Eceh!

Di kesempatan cuti yang melimpah ruah ke ladang gandum ni, ape lagi kan si isteri2 yang comel sure amek kesempatan ngendeng2 kat hubby. Eleeehh! korang tak payah tipu la, sure punya ajak kuar le, jenjalan le, shopping ke. Kan kan kan. Termasuklah tuan empunya belog. Hari tu before final exam ada borak dgn hubs:

cha: i need vacation b. Really need that. Very stressful dgn final exam ni. 
hubs: okey, no problem. Bby nak p mana?
cha: nak p tempat sejuk pelish! Genting maybe? *sengeh2
hubs: Tempat sejuk? next month dah plan nak p Cameron cemana? 
cha: alahh tu bulan depan. Lambat sgt, nak bulan ni. Cuti Maulidurrasul n Thaipusam tu. 
hubs: okey kita check hotel dulu ye.
cha: hoyeahhhhhh!!

Guess what, masa check hari tu ada promotion utk PRE CNY - chinese new year. RM58 okey! tapi tu utk hari Weekdays. the rest yg available rate RM118. Kira murah jugak la. Last week cha try utk book tak boleh. Geram okey dah tak ley guna Visa debit card. Maklum le, kami tade credit card. Last2 mtak tolong kat boss pjam credit card dia. hahaaaa.. Selamber je, bos siap bagi 2 credit card dia, tgk yg mana available. Sporting habes doctor cha ni kan. Hikhik. Naseb la staff dia ni baik hati, tak misused. Ngeh3. 

And korang nak tahu the best part is? i got the room with RM78 rate only okey. Lihat? betapa jimatnya duit. Hahahaaaa. Alhamdulillah, dipermudahkan. Pulang kad dgn duit kat boss tetiba dia tanak amek. Dia kata kenapa murah sangat bilik yg cha amek? Yela nak compare dia yg pangkat Jusa C sure la daku nye hotel tu tahap cikai n bajet gila. Dia nye bilik selalu kalau book rate RM400 semalam. Fuyooo.. Hahaha. Eh duit hotel ni, cha paksa gak doktor amek. Segan ye. Nak p bercuti tapi atas duit org lain. Hahaaaa. Yeaaayy! dah boleh berhoneymoon lagi. Tapi cha pergi satu malam je, saja2 nak lepak atas tu. Hahaaaa. 




Kemaen suka nak jenjalan. Padahal tiap2 minggu hari Rabu mmg routine tgk wayang dgn hubby. Sebelum kawen dah mmg mcm tu. Hikhik. Oh teringat masa p Genting dgn hubby masa 13.12.11 dulu, Masa tu kan, baru 5 bulan kenal, n tade pape hubungan lagi dgn hubs. Cuma kawan2 je. Tak terfikir nak bercinta apatah lagi nk bertunang dgn mamat ni. (masa tu la) hahaha. Ajak kanda jenjalan kat Genting amek pakej bus yg 1 day trip tu sebab dah bosan tahap gaban. Tak tahu nak uat ape kan. Tak sangka plak masa ni dia dah in love dgn ai. Bhahaaaa.. Re cap balikk moment tu...





 

hikhik. N coming soon nak pergi lagi tempat kenangan bibit2 cinta berkembang kenkononnya. Tapi now akan pergi as husband n wife!. hoyeahh! tak sabar. Haha. Kemaen lagi, mcm jauh sgt genting tu kan. Hikhik. Okey lovelies! Take care! much love!

notatangan: mood ke laut ni. Malam ni nak masak sup daging tersedap didunia.. hahahaa

 

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “