Assalammualaikum Bloggers!
Pernah dengar Mermaid Skirt tak? Kalau you all nak tahu, salah satu trend fesyen yang sedang trending buat masa kini dikalangan para penggemar fesyen adalah koleksi mermaid skirt. Atau skirt yang juga dikenali sebagai skirt duyung ini direka dengan potongan yang menyerupai bentuk ekor ikan duyung dimana ia berukuran sedikit ketat pada bahagian pinggul dan loose pada bahagian lutut dan ke bawah. Ia berbeza dengan semua potongan koleksi skirts lain yang rata-rata berukuran loose dari bahagian pinggul ke bahagian bawah paras lutut. Dengan keunikan rekaan skirt ini lah yang membuatkan koleksi mermaid skirt menjadi sebuah fenomena di dalam industri fesyen tanah air kita baru-baru ini. Untuk padanan yang bersesuaian bersama rekaan skirts ini, anda boleh tampil bergaya bersama;
Pemakaian t-shirt seperti berikut.
Untuk padanan yang kasual seperti ini, koleksi mermaid skirt cotton adalah
pilihan yang paling ideal dan selesa.
Dan jika anda mahukan penampilan yang
lebih moden apabila ingin menghadiri undangan perkahwinan misalnya, padankan
koleksi mermaid skirt songket bersama dengan koleksi blouse Muslimah kegemaran
anda. Ia boleh menggantikan baju kurung yang selama ini menjadi ‘pakaian rasmi’
untuk ke majlis perkahwinan.
Atau jika anda ingin berjumpa
seseorang yang istimewa, padankan skirt mermaid ini bersama dengan apa jua tops
yang mampu menjadikan penampilan anda kelihatan lebih feminine.
Yang terakhir, gayakan koleksi skirt
duyung ini bersama kemeja untuk tampil bergaya dan elegan di tempat kerja! Cantik kan? Tak kiralah anda bertudung atau pun tidak, mermaid skirt ni memang sesuai dipakai tak kira siapa. Oh ya, apa yang lebih menarik, saya suka mermaid skirt ni kerana ianya membuatkan potongan badan saya lebih langsing jika dibandingkan dengan potongan skirt yang lain.
Tunggu apa lagi? Zalora menawarkan pelbagai pilihan Mermaid Skirt untuk dipilih.
Jom Shopping! :)
Comel pulak bila tgok...
ReplyDelete