Nuffnang

Saturday, May 19, 2012

Checklist Perkahwinan

1. Date/time: 
Nikah -10 th November 2012, time: TBC
Resepsi - 11 th November 2012, (bersanding 12.30p.m)
Bertandang -  18 th November 2012, (bersanding 12.30p.m)

2. Venue: 

Nikah: Bride's residence, Shah Alam
Resepsi: Bride's residence, Shah Alam
Bertandang: Groom's Residence. Kajang

3. Guest Count: 
Nikah: family members around 100(+-)
Resepsi: 2000 pax
Bertandang: 1000 pax

4. Color Theme & concept:

Nikah: Soft Gold + Cream
Resepsi: shades of  Pink Belacan + Grey
Bertandang: TBC


8 - 6 BULAN SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  3. Tentukan lokasi majlis perkahwinan dan menempahnya jika perlu.
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. 
  5. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. 
  6. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. -my own house- Putrajaya
  7. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
  8. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
  9. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
Bagi pengantin lelaki:
  1. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. - (akan diberi 3 bulan sebelum majlis)
5 - 4 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
    Me
    Him
  2. Menempah jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

    nikah & outdoor
    resepsi & outdoor
    bertandang & outdoor
  3. Membeli rantai tangan untuk acara batal air sembahyang. -done
  4. Membeli cincin nikah untuk lelaki.
  5. Tempah caterer & menu. 
    Nikah -Masak sendiri diketuai oleh Wak Wok
    Berinai-Masak sendiri diketuai oleh Wak Wok
    Resepsi - Masak sendiri diketuai oleh Wak Wok
    Bertandang -Anjung Serai Catering - deposit done!
  6. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. -in progress!
  7. Tempah pelamin. - B Duet Andaman - Sijangkang
    Nikah - DIY By me and mom
    Resepsi 
    Bertandang 
  8. Tempah DJ & karaoke.
    Resepsi 
    Bertandang
  9. Pilih lagu untuk resepsi & bertandang.
  10. Tempah kompang.
    Resepsi
    Bertandang
  11. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
  12. Beli/tempah baju family.
  13. Resepsi
    Pink (pihak perempuan) for resepsi 

  14. Beli bunga telur/bunga pahar. -done! Nilai 3
  15. Beli bunga manggar.
  16. Tempah kek 3 tiers.

    -
  17. Beli/tempah doorgift.
    VIP doorgift (paper bag, bekas telur, 1 item)
     Adults doorgift
    Kids doorgift -
  18. Tempah henna/inai 
  19. Sediakan aturcara majlis.

     Resepsi
    Bertandang
  20. Sediakan pembahagian tugas.
    Resepsi
    Bertandang
Bagi pengantin lelaki:
  1. Facial/body treatment:
    Normal facial & spa
Bagi pengantin perempuan:
  1. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.  
  2. Facial/body treatment:
    Facial treatment -
    Spa/body treatment
    Hair treatment
3 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. 
  2. Tempah banner/bunting. 
  3. Tempah signage.
  4. Tempah poster. 
  5. Mengesahkan tempahan di hotel/dewan/taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. 
  6. Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau hospital. 
  7. Hantar/sediakan legal documents:
    Kursus kahwin
    HIV Test
    Borang Kebenaran Nikah
  8. Pre-wedding photoshoot+save the date video (rasa mcm tak perlu)
Bagi pengantin lelaki:
  1. Maklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  2. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
  3. Facial/body treatment:Normal facial & spa
Bagi pengantin perempuan:
  1. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. 
  2. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
  3. Intensive facial/body treatment:
    Facial
    Spa/body treatment
     Hair treatment
  4. Tempah band??
  5. Buat I/C baru, tukar alamat
  6. Buat passport.
  7. Beli cadar bilik pengantin & deco. -done! deco beli sikit2
  8. Beli korsaj untuk family.
2 - 1 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Membeli barang kemas.
  2. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. - include dalam pakej.. 
  3. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. 
  4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
Bagi pengantin perempuan:
  1. Tempah candy buffet untuk resepsi??
  2. Photobooth corner???
  3. Beli sexy lingerie.
3 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
  2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. 
  3. Sediakan guestbook corner. - DIY Guestcard and postbox. in progress!
Bagi pengantin perempuan:
  1. Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda.
  2. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti.
2 MINGGU SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Hias bilik tidur 
  2. Dental treatment
Bagi pengantin perempuan:
  1. Full face threading
  2. Brazillian waxing???
3 - 1 HARI SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  1. Membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran -dah bagi habis masa bertunang
  2. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
  3. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
  4. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. 
  5. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
  6. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
  7. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  8. Pedicure/manicure.
  9. Pakai henna/inai- 
Bagi pengantin lelaki:
  1. Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan. 
Bagi pengantin perempuan:
  1. Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  2. Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERKAHWINAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:
  • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
  • Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:
  • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN
  • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.



3 comments:

  1. wahh...aq lak y xsabar nk kwen~muahaha

    ReplyDelete
  2. tarikh kita sama (^_^)
    cuma saya insya-Allah nikah & resepsi hari yg sama...

    sedey laa cmni xdpt nak attend majlis awak (T_T)

    good luck ye dear~

    ReplyDelete
  3. duLu penah pLan nk engage 10 Nov taw..tp xjadik sbb Lambat sangat.huhuhu

    tp tarikh cantek kan. 10-11-12 =)

    ReplyDelete

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “