Nuffnang

Monday, October 29, 2012

Wedding Progress 11 Days before The Day :)

Assalammualaikum semoranggg!!

heloooooooooooo!!! masih ada orang ke kat sini. Hehehe. tiup2 belog banyak habuk ni. Seminggu tak update. Memang orang nak kawen cm ni ea pesen nye. Hahaha. Harap semua B2B sihat sentiasa. Okey, actually terlalu byk sgt nak share ni. Banyakkk sgt ye. Banyakkk sgt. Eh dah le.. Orang paham tu. Hikhik. Wah tengok tickers, masih berbaki 11 hari before my wedding day. Perasaannn? op kos la nerves, gembira, sedih, happy eh happy tu gembira kan. Deyy ape da. Hehe. mostly yang cha terserempak kat ofis semua tanya preparation cm ne. So far semuanya under control lagi. Alhamdulillah. Yang tanya kat fb tanya saat meniti hari ni. HEEEEEE.. okey entry ni nak cerita semua yang terjadi last week ye.

1. WEDDING OUTFIT

Wah this part memang best. Sebabnya last 2 weeks cha n kanda p butik utk amek ukuran baju. n try fitting la kan. Yang bestnya kebanyakkan baju cha tak payah alter pun sebab ngam2. Cha selalu cakap kat kanda badan model. dia iyekan je, sedapkan hati tunang dia. Hahahaha. Cuma ari tu cha tak ley nak fitting baju reception uma cha. Which is dusty pink color. sebab kain dia kat branch lagi satu. waaaa.. sedih. Tapi tak pe, overal semuanya okeyh. Actually cha pilih je baju reception yg sedia ada sebab nya jimat n kaler yg nak dah ada. Dulu nak buat jugak baju baru, tapi rasa mcm membazir pun ada sebab my solemnization outfit cha dah tempah. itu baju idaman. so rasa dah cukup kot. Tak perlu nak membazir2. Kanda pun ckp mcm tu, beza pakai baju baru n lama, tetap cantik jugak. nama pun pengantin. Hehehe.. Oh ya terdapat perubahan untuk baju majlis berinai, ikut plan nak pakai songket kan, tapi bakal-mak-mertua nakkkkkk sangat anak menantu dia ni pakai baju jawa. So kita layaaaannnnn.. hehe..



apesalll cha nampak pendek disitu ye.. Arghhhh... okey tak pe itu tak pakai kasut kan kan kan... *sedapkan hati sendiri. masa first tergelak2 nak pakai baju jawa tu, sebabnya gila tradisional. lagi2 tengok muka kanda yg pakai topi tu. hahaha. siyes tak tahan.. Tapi tak pe, cha pun cucu jawa so tak salahkan puaskan hati bakal mak mertua. Yeayy! santek gak baju ni, n cha selesa, cuma aksesori nya nanti yg sarat.. hehehe.. adik cha kata badan nampak genit n montok bila pakai ni. addoooiiiiyaii.. untuk sebelah lelaki plak we decide to wear red color. 


Ni pun pilihan mak mertua. So tiada bangkangan dari pihak kami. Cha n kanda ikut je. Tak kesah pun. Mak nak yg terbaik utk anak menantu dia kan. untung mak dpt menantu mcm ni.. (^_____^)v


yang ni plak baju reception sebla cha. Harap maap la yer, gmbar kanda je ade. plus ni pun tak pakai sampin n tengkolok. nmpak gambar ni mcm kaler purple, tapi sebenarnya kale pink belacan atau dusty pink. heee.. tunggu majlis la nampak cha nye baju sekali.. hehe

2. KOMPANG

haaa.. yang ni propa betul kan. yang cha pernah share kat ENTRY NI.. hari tu mmg decide nak pakai CD je sebabnya semua dah fully booked. Then jiran tlg carikkan last2 dapat. Yeayyyyy! RM250 je pun. Syukur. At least tak ar nmpk muka pengantin monyok je tak de kompang kan? hehehe.. *kidding!. Alhamdulillah seronokkkk sangattt dah ada kompang reallll!

3. VIP DOORGIFT

okey yang ni semua cha da setel siap2 masuk box n kotak n labelkan. Senang.  semua perancangan utk VIP Doorgift dalam entry ni dah terlaksana dengan baiknya, Biskut2 tu pun dah selamat masuk jar, tapi cha letak dlm plastik kecik baru masuk jar. takut lemau. heee.. clever? yesss! hahaha.

4. SPONSOR

hehe part ni memang semua orang seronok kan.. kan.. Minggu lepas je cha dapat beberapa sponsor. Alhamdulillah rezeki semua ni. 

My cousin dah decide untuk sponsor telur yang nak diberi kepada tetamu. even telur biasa pun, kalau dah 1700 pcs banyak jugak kan. Dah meringankan sikit bajet ayah n ibu. Heee..
Makcik cha pulak sponsor barang2 hiasan yg nak dibeli utk bilik pengantin dengan bajet dalam RM500. okey la kan, dah lebih dari cukup tu. Alhamdulillah. 

Sorang makcik cha nak sponsor tapai untuk santapan hari tu. syiokkk faveret cha tapai pulut makcik cha tu. Gila sedap tu yg dia nak sponsor jugakk.. ada makanan feveret time wedding sure tak bangun cha kat meja makan beradap tu. eh eh.. buruk lantak ye cha ni.. hahaha

Pakcik cha plak awal2 dah bagitahu nak sponsor udang besar untuk buat hidangan pengantin tu. wahhh syookkk gilaaaaaaaa.. sebab nya dia mancing sendiri. Last week dia bagi 3kg untuk bagi cha makan dulu sebab katanya nanti pengantin tak dapat makan. hahaha.. so ktorg goreng la n makan.. nahhhh untuk tatapan korang.. hikhik..



5. TENTATIF PROGRAM

Hikhik. kemaen lagi ada tentatif bagai. Tapi ni semua utk guideline sebenarnya flow sepanjang majlis berlangsung. Rumah cha akan start busy dari jumaat malam sampai Ahad. Adik cakap ni mcm kenduri 3 hari 3 malam. Hahaha. tak lah. sebenarnya bukan mewah pun, sangat bersederhana majlis cha ni. Cuma kira mcm berkampung la kan. Selalu kalau orang dulu2 kan buat mcm ni, lagi2 orang jawa. Semua orang ada masa spent time together. yang datang jauh pun boleh check in hotel. hikhik

Jumaat: 
Pas isyak kenduri tahlil utk arwah atuk n nenek, dan selepas tu ada majlis berkampung untuk jiran2 menentukan tugas. n malam tu jugak malam berinai utk cha. pakai inai ler. :)

Sabtu: 
11 am - Nikah
2.30pm - Majlis Khatam Quran
8.30pm - Majlis berinai

Ahad
11.00 am - 5 pm = Makan
12.30 pm - bersanding

okey boleh dilihat hari yang sgt pack adalah sabtu. Full day kan? So harap2 semuanya okey nanti. Yeayyy!!

6. FINALISED MENU MAJLIS

Ini adalah salah satu perkara terpenting dalam majlis kawen kan. So hari tu ibu tanya cha menu ape yg cha nak. Cha ni memang penggila ayam masak merah. Kalau p uma org kawen mesti akan carik ayam masak merah. Kalau tak de mula ar mengamuk. Pernah satu hari ikut ibu p wedding kawan n jiran, 3-4 majlis dalam sehari, satu pun tade ayam masak merah. Gila bengang. hikhik.. emosii plak. So majlis cha ni, cha mmg decide nak kekalkan menu orang kawen yang dari dulu lagi org buat.

Nasi Minyak hujan panas
Ayam masak merah
Rendang daging
Dalca
Acar buah
sambal goreng (jawa)
air sirap.

buah tembikai (kot)
seeee?? semuanya yang mcm dulu2 kan. adik cha kata apesal guna air sirap, kuno sgt. hahaha. cha kata nak minum air sirap selalu feeling lebih kalau p rumah org kawen. sbb  tu air sirap dipanggil air uma org kawen. haha. yang sambal goreng tu plak kawan2 cha semua request nak makan. dorang jarang dapat makan sebabnya p kampung2 baru jumpa. see punya baik pengantin tunaikan permintaan korang. hahaha..

makk oiii.. panjangnya entry kali ni.. conclusion untuk seminggu punya entry. hahaha. ada lagi nak share ni. nanti la okeyh. cha tgh struggle utk hantar assignment ni. before my wedding day. insyaAllah sempat nanti cha nak tanya opinion korang semua tentang tudung nikah, dah try tapi need suggestion n opinion. Oh ya minggu ni jugak p amek baju nikah. tak sabarrrr! nanti cha bagi tease ye. hahaha.. menyampah! bajet retis nak bagi teaser ni. hehe.. orait lovelies, jumpa next entry!!!

Much love!!.

Notacomelsecomeltuanbelog: Dah nak dekat majlis ni makin susah nak jumpa kanda, rinduuu... :)

11 comments:

  1. wah dah tinggal bape hari ni.. mesti makin nebes ngan tak sabar ni kan? hee doakan majlis cha nanti berjalan lancar ye.. mase kenduri nnt mesti tak bape selera nak makan kan, makan sikit je..hee jadinye elok makan udang puas2 dulu :)

    ReplyDelete
  2. seronoknye dah makin dekat da mjlisnye. Last2 minit ni la bz, take care tau si darah manis.semoga semuanye berjalan dgn lancar :)

    ReplyDelete
  3. yeay dah ada kompang... saya pulak yg xsure ada ke x.. sob2

    cantik laa baju lelaki yg dusty pink tu.. loike~

    selamat m'bz kan diri... hehe

    ReplyDelete
  4. dup dap dup dap. HIHI. menghitung hari je kawan kita sorg ni kan. cha, baju yang kebaya tu cantik. :)

    ReplyDelete
  5. mane boleh jumpa la...darah manis...he..he

    ReplyDelete
  6. errkk.. dah tggal 11 hari ye.. tak lama dah majlis kita.. banyak cha dah settle.. saya doorgift baru sebahagian je settle.. T__T

    ReplyDelete
  7. seronok baca..risau x dpt dtg..sepupu tunang masa tu..abah plak suh pegi sepupu tunang..tension ok..blh gaduh di buatnyaa..=_=" nk sgt pegi cha kawin..=_=

    ReplyDelete
  8. nak ayam masak merah!!my feberettttttttt!! :p

    ReplyDelete
  9. woww... kaler baju reception belah laki nmpknye sama la cha.. sbb tunang kite suke nau kaler merah ... tp merah n itam skit2 .. pd lace tepi2 tu .. hihi

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. a'ah laaa cah! montoks gitu!! hehe.. kad mane tak tau la nak amek bile kat koooo!

    ReplyDelete

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “