Nuffnang

Wednesday, January 30, 2013

Masak - Memasak :)



Assalammualaikum sumorang!


Acane weekend korang. Sure best kan? Cha? sure best jugak. Next entry cerita short vacay hari tu ye. Okey tajuk entry kemaen lagi kan. Surelah, as ex-Bride-to-be lepas kawen ni nak cerita ape lagi kan. Hal2 suri rumah le. *padahal review byk lagi pending. NGEHHH3. ya ampuunn. Nanti ye.. 

okey entry ni bukanlah nak share resipi ke hape. Cha ni bukanlah gheti sangat ikut2 resipi ni. Men campak2 je. Asal sedap. :) *eh nak resipi nanti request la ye.. haahaaa. pitam!. Hokey2.. Saja nak share sepanjang 2 bulan lebih dah kawen ni, memang akan masak la kat uma. Kadang2 je makan luar especially rabu, sebab cha n hubby akan tgk wayang malam rabu. So makan luar. Hikhik. Kalau dulu masak untuk sorang je makan, laa ni kena masak untuk 2 orang. Hubby cha memang jenis makan nasi je. Kalau tak dpt nasi mesti pas 2 ke 3 jam lapar balik. haha. Cemana lah wife dia ni tak bam bam sekarang. 

Kadang2 kan bila dah hari2 masak, tak tahu nak masak lauk ape dah. Serius okeh.Tapi tengok barang2 dalam fridge akan terpk je nak masak ape. Naseb husband jenis makan semua menda, kayu batu je tak makan kot. hikhik. Antara makanan yang selalu masak n sempat capture ni, 



Siakap sweetsour, telur masin, sayur campur. Pheuuuwww..


ni favourite husband, sambang udang tu. Apa2 berkenaan dengan udang dialah perabis.. haha


 Bila dah bosan asik masak local je, kenkonon dinner makan spaghetti plak.hikhik

 
  

 Yang ni first trial hari tu, husband n wife mmg gila makan pancake, nak beli kat mcd hari2 kopak poket, solution nye buat sendiri ler. n menjadi. Terus p beli maple syrup yg sebijik mcm kat mcd tu kan. Makan dengan butter, strawberry jam. Fuhhh leleh beb wa cakap lu. hahaha. Adik2 cha pun suka makan, dorang kata sedap mcm mcd. Oh mcd, sorry la dah kehilangan customer. hahahaha.. @___@


Kalau weekdays slalu akan masak utk dinner je, If terbgn awal baru masak utk bfast. Kalau tak roti dgn telor, roti telor o ape2 yg simple je. If weekend kat rumah sendiri, lunch n dinner akan masak la. Sekarang hubby pun kadang2 tolong gak masak nasi. Okey la tu kan. Better than nothing. Kalau ikutkan setiap kali pas masak mesti nak snap gambar, Kalay satu hari sekali masak, dah berapa byk gambar kan? boleh buat buku resepi. Hahahaa. pernah hubby cakap, "ni mesti nak masuk belog kan" danggg! kantoi disitu. Sekarang hubby rajin baca belog ai okeh. Malam tadi baca siap sebut kuat2 lagi. Chaittt. Malu la ittewwww.. Hahahaaaa.. My husband is no 1 stalker now. :p. 

Nak tau, sepanjang dah 2 bulan kawen ni, cha tak pernah masak kat rumah mak mertua. Tah kenapa, mak mertua tak kasi masuk dapur. Kadang2 segan jgak sbb kita makan je kan, tapi mmg kakak ipar pun ckp mcm tu. Dia pun tak masuk dapur. hikhik. Tapi hari tu minta mak ajar masak jantung pisang n dah reti tau! hikhik Okey la, dah post pasal makanan ni tetiba perut lapar plak. Hishhh. Nafsu makan kemaen lagi. hahaaa. Ingat ye, air tangan isteri adalah pengikat kasih sayang. Even tak pandai masak sekalipun mcm cha ni, at least kita cuba. Hubby pun cakap, makin lama dah makin improve. Boleh jadi Masterchef Putrajaya katanya. Puihhh. *muntah ijao. Hehehee..

Monday, January 28, 2013

Troli Pasar :)

Horeeeyyy.. Hubby belikan troli ni. Seronok kemaen lagi, sebab dah lama dok merengek sakit tangan pegang barang banyak. \(ˆ⌣ˆ)/

Can u imagine? Beli groceries n nak angkat naik tingkat 14. Even 2 orang pun tak cukup tangan. Now, dah senang. Nak p pasar lagi la senang, ala2 p supermarket gitu. ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌

Thanks hubby! ( ' ˘3ε˘`)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 22, 2013

Cuti = Genting? :)


 
Assalammualaikum sumoranggg!

Kemaen lagi orang baru2 kawen ni (2 bulan kira baru jugak ke?), hari2 nak tengok gambar kawen kan kan kan. Tak pernah puas rasanya. Eh biarlah, gambar kita kan kan kan. hikhik.. Wahhh hari ni dah Selasa kan. Esok Rabu then khamis cuti. Jumaat pun cuti juga. Sabtu lagi la cuti, ahad pun cuti lagi, isnin sambung lagi cuti. Kemaen kayaaa dengan cuti. Hahaha. Doctor cha pun cakap mmg negara kita ni kaya dengan cuti tau. Hikhik. For people yang makan gaji mcm cha ni, sape yg tak suka cuti ye tak? dapat spent masa dengan family especially dah ada husband sekarang kan. Lagi la seronok dapat berjalan berdua2 an. Eceh!

Di kesempatan cuti yang melimpah ruah ke ladang gandum ni, ape lagi kan si isteri2 yang comel sure amek kesempatan ngendeng2 kat hubby. Eleeehh! korang tak payah tipu la, sure punya ajak kuar le, jenjalan le, shopping ke. Kan kan kan. Termasuklah tuan empunya belog. Hari tu before final exam ada borak dgn hubs:

cha: i need vacation b. Really need that. Very stressful dgn final exam ni. 
hubs: okey, no problem. Bby nak p mana?
cha: nak p tempat sejuk pelish! Genting maybe? *sengeh2
hubs: Tempat sejuk? next month dah plan nak p Cameron cemana? 
cha: alahh tu bulan depan. Lambat sgt, nak bulan ni. Cuti Maulidurrasul n Thaipusam tu. 
hubs: okey kita check hotel dulu ye.
cha: hoyeahhhhhh!!

Guess what, masa check hari tu ada promotion utk PRE CNY - chinese new year. RM58 okey! tapi tu utk hari Weekdays. the rest yg available rate RM118. Kira murah jugak la. Last week cha try utk book tak boleh. Geram okey dah tak ley guna Visa debit card. Maklum le, kami tade credit card. Last2 mtak tolong kat boss pjam credit card dia. hahaaaa.. Selamber je, bos siap bagi 2 credit card dia, tgk yg mana available. Sporting habes doctor cha ni kan. Hikhik. Naseb la staff dia ni baik hati, tak misused. Ngeh3. 

And korang nak tahu the best part is? i got the room with RM78 rate only okey. Lihat? betapa jimatnya duit. Hahahaaaa. Alhamdulillah, dipermudahkan. Pulang kad dgn duit kat boss tetiba dia tanak amek. Dia kata kenapa murah sangat bilik yg cha amek? Yela nak compare dia yg pangkat Jusa C sure la daku nye hotel tu tahap cikai n bajet gila. Dia nye bilik selalu kalau book rate RM400 semalam. Fuyooo.. Hahaha. Eh duit hotel ni, cha paksa gak doktor amek. Segan ye. Nak p bercuti tapi atas duit org lain. Hahaaaa. Yeaaayy! dah boleh berhoneymoon lagi. Tapi cha pergi satu malam je, saja2 nak lepak atas tu. Hahaaaa. 




Kemaen suka nak jenjalan. Padahal tiap2 minggu hari Rabu mmg routine tgk wayang dgn hubby. Sebelum kawen dah mmg mcm tu. Hikhik. Oh teringat masa p Genting dgn hubby masa 13.12.11 dulu, Masa tu kan, baru 5 bulan kenal, n tade pape hubungan lagi dgn hubs. Cuma kawan2 je. Tak terfikir nak bercinta apatah lagi nk bertunang dgn mamat ni. (masa tu la) hahaha. Ajak kanda jenjalan kat Genting amek pakej bus yg 1 day trip tu sebab dah bosan tahap gaban. Tak tahu nak uat ape kan. Tak sangka plak masa ni dia dah in love dgn ai. Bhahaaaa.. Re cap balikk moment tu...





 

hikhik. N coming soon nak pergi lagi tempat kenangan bibit2 cinta berkembang kenkononnya. Tapi now akan pergi as husband n wife!. hoyeahh! tak sabar. Haha. Kemaen lagi, mcm jauh sgt genting tu kan. Hikhik. Okey lovelies! Take care! much love!

notatangan: mood ke laut ni. Malam ni nak masak sup daging tersedap didunia.. hahahaa

 

Monday, January 21, 2013

Weekend yang awesome!


Assalammualaikum semorang!

Ecececeh, entry before ni berjaya menggunakan henpon. Ngada kan? Hahaha.. Baru la sonang den nak berblogging after this. Boleh post mcm2 thru henpon je. (Mohon cubit budak ni kalau malas2 update lagi) hahaha.. Dah kawen ni, belog adalah tempat nak share everything, padahal byk lagi review wedding yang pending. Tunggu ada mood baru nak update ye. *belum pape dah malas. Chaittt.

Okey weekend lepas cha balik rumah parent kat Shah Alam. Haaa jauh nooo nak balik kampung. Putrajaya - Shah Alam ape ada hal kan. Hikhik. Balik jumaat malam semata2 nak tengok Maharaja Lawak Mega dgn family. Sabtu pagi plak, berkobar2 cha n husband nk p jogging. Mana taknya, lepas kawen 2 bulan ni, kemaen azam tahun baru nak jogging la, men badminton la, semuanya ke laut. Mebi sbb busy ari tu nak final kan. Yuhhuuu.. So baru ada masa nak jogging. Hahaha. Pagi sabtu ke Taman Tasik Shah Alam. Dalam pukul 7.30am gerak. Bawak adik cha, gedik n omel. Perghh omel lari laju weh dgn abg ipar dia, cha yang termengah2 kat belakang. Hikhik. Tasik ni best sbb dia bgth ktorg berapa KM dah lari.


See? kemaen jauh dah lari, dia bakar separuh roti canai je? danggg! Balik tu ibu buat plak kuah kacang n nasi impit. Hahaha.. Takpela, nak buat cemana kan. Layankan je. Asalkan keluar peluh. Ngeh3. Malam nye plak, ktorg pergi Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Yess! ni yg adik2 cha paling suka sbb kakak dia ni bermurah hati nak belanja. Alahhh ni sebagai token sebab dorg dah bertungkus lumus utk my wedding ari tu kan. *punya lambat nak repay back.Hahaaaa..

  


Semalam plak, pepagi dah gerak ke Putrajaya. Tapi singgah Ikea jap utk survey2 barang. Perkara pertama cha nak beli adalah bookshelf. Rasa berlambak buku tak tersusun, dgn buku2 husband lagi. Phewwww. Akhirnya dapat la bookshelf yg menarik hati. Tapi yg betul2 idaman hati tak dapat nak beli sebab tinggi 180 cm.  Cantik kan? tinggi n byk buku boleh letak..


tak lepas nak bawa balik dalam kete den. Huwaaa. Beli yg rendah sikit, but its worth. Tinggi dalam 110cm. Muat le kete saga cha tu. ahahaha.. 


Beli jugak cermin yg dah lama nak beli. Kira idaman hati jugak, tapi rasa mcm tak muat kete, dok ukur n pikir muat ke nak letak. Tapi mmg nakkkk sgt cermin ni dari dulu.. Harga pun RM 59 je. Murah kannn!


Then decide amek je cermin yang lain. Plus boleh ubah2 design nanti. Hikhik.. Harga utk 4pcs baru RM 49 je. Jimat la jugak..


Pilih2 barang sekali hubby cakap, "Baby, kita bawa kereta tau ari ni. Bukan lori." Senyum2 kambeng. dangg! tetiba baru wife dia ni teringat. Dgn beli bookshelf nye, cermin nye. Dah limit dah. Karang beli2 tak muat kete. Beli barang kecik2 je.. hikhik. Then semalam hubby tak sabar nak DIY bookshelf tu, terus buat. Padahal nak buat projek mengemas rumah n decorate sabtu nanti. Kemaen semangat weh. Haha.  Ni semua hubby yg susun. Daku dok tepi tengok je. Buku2 pun byk lagi dalam bilik malas nak kemas semalam. Hahahaaa.. Hasilnyaaaa.... Tadaaaaaaaa...


Oh thanks hubby tolong ketuk2 kan, thanks utk wifey sebab tolong baca arahan n arah2. Hahahaaaa. Seronok ber DIY dengan husband. Dulu beli meja makan kat IKEA jgak tapi time bujang, pasang sendiri. Jadi okeyy!.. hikhik.. Cermin tu sabtu nanti baru boleh buat sebab nak kene drill dinding dulu. Nanti ye, dah siap decorate baru tunjuk the whole. Eceeehh bajet Eric kau ni chacha. Hahaha. Okey lovelies! Selamat ber DIY utk rumah pula!


notacomelsecomeltuanbelog: Minggu ni kerja 3 hari cuti 5 hari. Seronok bukan? *goyang2 mcm shinchan..


Sunday, January 20, 2013

Ikea!

Tempat wajib pergi every month!

Today 1st time p dgn husband lepas kawen. N I got my bookshelf! Sukaaaa!

Thanks hubby!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 18, 2013

Alhamdulillah, dapat Ipad free :)

 

Assalammualaikum semorang!

Hari ni bangun lambat ye. Asek dok snooze alarm je, sekali tgk jam 6.50am. Gila dah lambat! Dang! Kejut hubs terus dia gelabah. Dah le dia nak isi minyak motor lagi. Sorry honey! kekenyangan sbb makan burger bakar malam tadi. hikhik.. Okey lar cerita pasal Ipad ni dah lama dah. Yeah cha dapat Ipad ni for free you olls. 

Actually kejadian ni berlaku pada hari Jumaat, 9 November 2012. Yeee, a day before my solemnization day. Pagi jumaat tu, cha still lagi keluar nak p cari fresh flower utk bilik, even ayah tak bagi. bhaha. Tapi cha balik dalam pukul 11am la, then terus kene kurung. After that, adik kata ada surat kat atas meja mekap tu. Masa ni, dah tak larat nak pk ape dah, surat ke hape ke, rumah dah sibuk kan? Bila masuk bilik nak solat, baru nampak surat tu. Tengok kat luar envelope ada chop PNB. Dalam hati terdetik, "oh ni mesti nak bagitahu dividen ni, or statement ke". So sambil menghenyakkan diri kat katil, sambil cha bukak surat tu. Baca sekali lalu, mcm tak faham. Dua kali baca terus duduk (dari baring2) tu n tengok lagi surat tu. Baca kali ke 3 terus tergamam n jerit2. 

cha: wehhh aku dapat Ipad weh. Yeayyy! yeayyy!
adik: (tengah baring2 main game kat hp) haaa? ahhh tipu lah ko kak.. manaaaa2..
cha: ni ha.. cuba ko baca.. serius wehh. tak tipuuu.. nama aku ni..
adik: (sambil amek surat) eiiiii ape ni kak.. mcm siot ahhh.. semua ko dapat ni.. hahaaa
cha: wahhh rezki kannn.. *jeling2 angkat kening..
adik: eh tah2 kena bayar weh. kne installment keeeee.. haaaaa
cha: errrr tak laaaa.. mana ada... *sedapkan hati..

Tiba - tiba, ibu terus masuk bilik,

ibu: kenapa ni.. kenapa jerit2 ni kak..
cha: hahaaaa tade pape.. ni haaa, kakak dapat Ipad..
ibu: laarrrr yeke. ibu ingatkan ape la tadi. terjerit2. Igtkan ape2 jadi ke. Risau ibu.
cha n adik: hahahahaaaa. mana adalahhhh.. 

Pas kejadian tu, ktorg bantai gelak. Mesti ibu fikir negatif kan. Mcm dalam drama2 kan, sehari sebelum wedding tetiba org mintak putus la, tak jadi kawen ke. sure ibu terkejut sbb cha mmg jerit gila2 dgn adik dah mcm kene sawan. Waakaka. Kelakar. Then pastu ape lagi terus kol bakal suami...

hubs: ye sayang, kenapa. Esok je lagi nak nikah. heeeeeeee
cha: eeeeeii bukanlah.. nak cakap ni. bby dapat Ipad.. 
hubs: yeke.. tah2 tak betul. mcm game gores n menang ke. Tak payah lah, karang tak pasal2.
cha: betul ni, envelope tulis PNB, letterhead pun PNB, siap ada alamat n no tepon. Dia suruh call utk confirmkan n bagi detail. Takkan tipu.
hubs: yeke? nanti cuba call tanya. Macam mana lak boleh dapat. Masuk ape2 peraduan ke syg?
cha: tak lah. Ni tulis sempena kempen labur oh labur. Tah ea. tak pernah tahu lak kempen ni. haha
hubs: tak pe, nanti call ye. Update kat b.. :)

Then ape lagi u olls, terus le cha call org tu. Terus tanya pasal ni. N yang paling best lepas bagi detail, org tu terus ckp boleh dtg ambil isnin. hahaaa. Ape lagi kan, isnin tu pas setel2 kemas rumah, petang tu cha kol akak kat PNB tu ckp nk dtg. Masa tu hubby ajak naik motor je p, sebab jem kan. Gila semangat nak p, sbb nak tengok betul ke tak Ipad. Dah le baru 2 ari kawen, naik motor plak. Oh suwitt sgt.. Hikhik. Bila balik dah sampai uma, ibu n ayah n adik2 semua dah dok tunggu. Dorang tak caya lagi. Bila bukak jeeee... Taraaaaaa!


Betul Ipad okey. Masa tu tak expect dapat Ipad ape. Just Ipad je. Bajet dapat Ipad 1 pun okey kan. Sekali tgk ada kamera semua bajet cm Ipad 2 la. So ape lagi, kemaen la keterujaan adik2 main n donlod memacam. Bila p survey n google, rupanya Ipad cha dapat adalah The New Ipad. it means Ipad 3 okey. Pergi celcom ari tu tgk ada Ipad ni, tengok rege, RM 2199 utk 32GB. Perghhh. Tak pernah daku ada gadjet semahal ni. Kalau duit sendiri, mmg tak lah nak beli kan. Sayang woooo duit. Lagi2 baru kawen ni. Bersederhana itu penting. heeeee..


Rezki kawen namanya ni. Alhamdulillah. Seronok! senang bawak p mana2 n kamera dia cantik. Tu yg p Honeymoon pun bawak. Nak on9 pun senang. Cuma kesian kamera yg cha beli dgn hubby. Igtkan nak guna masa honeymoon, last2 senang guna Ipad lagi. Yela didnt expect dapat Ipad pun kan. Rezki datang bergolek, siapa yg tanak. Memang betul pun kakak PNB tu ckap org yang dapat hadiah ni semua tak expect dorang dapat, including me. Kempen ni berdasarkan transfer duit melalui on9 ke akaun ASB yang melebihi rm2k. Kebetulan je kot. Syukur. Sekarang ni, hakmilik Ipad bertukar kepada pakcik ni, kemaen lagi sehari tak pegang men game kesayangan tak sah. adoii. 


Hubby cakap TUhan dengar doa dia, sebab ari tu cha bagi dia hint2 pasal Ipad ni. Rasa mcm syok je. Nak beli Ipad 2nd kat cousin, mmg naseb tak beli sbb birthday cha a week before wedding. So takut nak guna duit time kecemasan. Tu yg hold dulu. Tiba2 dapat for free. Memang seronok la dia. Selamat duit dia. Hahaha. Betul kan org cakap rezki nak kawen ni mencurah2. Syukur. Alhamdulillah. Who knows kan. Tunggu plak lepas ni mana tahu rezki anak plak ke kan. Aminn.. InsyaAllah, one fine day. Bubbye lovelies!
 

Thursday, January 17, 2013

Kad Perakuan Nikah :)

 Assalammualaikum semoranggg!!!


Yaaa ampunnn.. Sebulan weh tak update belog. Sebulan okey. Mananya azam tahun baru nk update belog hari2 ni. Danggg! Huuuu.. Tak pe2, im super duper busy last few weeks ni. Awal bulan dgn kerja utk clearkan n last week dgn final exam tolong husband buat thesis dia. Memang tak menang tangan u olls. Ehhh awal2 entry lagi membebel kemaen lagi. Hishhh. Apa khabar semua bride-to-be dan semua ex b2b.. Harap sentiasa dalam perlindungan Dia.

Alhamdulillah, tengok tickers kat sebelah sekejap je dah 2 bulan bergelar isteri. Rasa mcm baru semalam je neves2 nak kawen, rasa mcm baru semalam je 1st time cium tangan suami. Alahaaaii cepat kan masa berlalu..


ehhhh merapik sudahh.. hahahaa.. tajuk nak citer pasal kad nikah je. Oh yaaa, kad nikah ni lama dah dapat. al maklum le tuan belog yg kemaen busy ni kan.. Kad nikah ni siap lepas 5 hari selepas hantar borang permohonan. Tapi make sure sijil nikah dah siap iaitu 14 hari dari tarikh tok kadi submit borang nikah ke Jabatan Agama Islam hari tu. Kisahnya hari tu bulan Disember lagi, kanda demam, then makan ubat terus le baik. Cha lak terpaksa amek EL sebab jaga husband. Tetiba dia ajak p shah alam amek kad nikah terus disebabkan kitorang nikah ari tu tak dapat apa2 surat dari tok kadi. Surat nikah sementara semua dia tak bagi.

Bayangkan kitorang p honeymoon hari tu slamber je tade hitam putih, buatnya kena tgkap mmg honeymoon kat balai le. Ngeh3. Kad ni sebenarnya option je, tak wajib pun, tapi cha buat je utk memudahkan kami. Untuk 2 kad ni harga ialah rm40. Kena bawak gambar masing2 n salinan sijil nikah. Yang cha geramnya, gmbar passport yg cha bagi tak ler gemuk sgt, bila dia scan dia boleh kembangkan atau strech picture tu. Dah le muka daku tu nampak kembang semangkuk. T__T


Korang tengok le. Kembang kan. Hahahaha.. Lepas dapat tu terus ckp kat husband,

Wife: Eiii syg kenapa muka bby nampak kembang ni.. Alaaaaa..
Hubs: Eh tak la.. comel tu bby. Okey la tu..
Wife: Woiii cube bezakan gambar ni dgn yg real. *angkat kad letak sebelah muka.
Hubs: errrrrrr.. tak pela, gmbar je tu bby. Real lagi comel.. *senyum sinis. Eh muka b mcm budak2 kan. tengok ni. *letak kad kat muka jugak
Wife: ahhhh perasan. *buat2 tak pandang. Tau tak kad ni nak bagi anak cucu tengokk. (Y__Y)v
Kelakar pon ada. Pasal kad tu kemaen cha nak emooo. Hikhik. Okies, nanti update balik ye. Nak cuba update guna henpon jap g.. Thru email aje. InsyaAllah. Tungguuu!.. Minggu depan if tak de pape nak vacay ke Genting, lambat sgt nk tunggu next month ke Cameron. Ambooii kemaennn nak sejuk2 je ye.. Hahaha.. Okies.. kepada bakal2 pengantin especially Cik Mah, mohon berdebar ye.. hahahaaaa... Much love loveliessss!

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “