Nuffnang

Thursday, March 14, 2013

Post Wedding - Cameron Highland :)


Assalammualaikum sumorangg! Ini amaran keras ye, entry ni penuh dengan gambar. Sesiapa yang allergic tengok gambar bebanyak mohon beredar. hahaha. Cha just nak share picture masa jenjalan kat Cameron hari tu. Macam yang cha cerita kat ENTRY INI pasal kebetulan nak buat Post Wedding by Matsu Fotoshoot kan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar even hujan masa kat ladang teh tu. Redah jugak la nak gambar cantik kan. Heee. Okey bebel banyak pun tak guna kan. Korang mesti dah meluap2 nak tengok gambar. *Ecececeh perasan ingat ramai peminat la tu chacha oi? haaha. Special thanks to kak su dan abg mat sebab realisasikan impian cha nak buat post wed kat Cameron. Ini memang impian yang nakkkk sangat cha buat disebabkan dulu ingat pre wed nak buat kat sawah padi or tempat2 hijau. Tapi nan hadooo. Buat kat Taman Botani aje. Hijau jugak kan. Ala2 picnic gittewww. hehe. 

Alhamdulillah rezeki kan. Thanks banyak2 MatSu Fotoshoot sebab sudi buat  Pre Wedding dan Post Wedding ni for FREE. Sangat2 appreciate. Teruja kitaorang sebab dapat gambar cantik2. Mana pernah tangkap gambar cecantik, paling cantik dalam ipad je. Hahaha. InsyaAllah ada rezki dah preggy nanti o dah bersalin boleh hired them pulak. Hee. Hari tu AYONGZAID ada tanya recommendation. Highly recommended dear with that price. heee. 

Kalau korang nk tengok hasil2 nya pergi sini:


Okey u olss. GTG, See yar. Enjoy the pictures!







 
















notacomelsecomeltuanbelog: Post wedding lagi best u olls. Boleh peluk2 dengan kekasih halal. Shomelnyaa. *tutupmukadgnshawl

Tuesday, March 12, 2013

Penangan Groupon :)

Assalammualaikum semorang!!

Harap2 sihat la hendaknya ye. Ya Ampunnn kemaen malas nak update belog. Padahal banyakkkk sangat cerita nak story ni. Ehhh? Bahasaaaa dah kelaut meh. hahaha. Ni nak update cecepat sebab curi2 masa kat ofis ni. haaaa. Nak share gambar post wedding tak bawak plak kabel. Hishhh. Semakin lupaaa lepas dah kahwin ni. Dang!

Okey la entry ni nak cakap pasal husband cha. Oh agak2 nak muntah baca sila tekan butang X diatas ye. Alahaiii tak de la nak cerita ape pun. Tapi sejak akhir2 ni husband cha ni kemaen suka beli Groupon.Kalau dulu, kemaen dia tak caya ON9 ni weyh. Kata tipu la, ape la. Haaa sekarang tengokkk. ngeh3. Last week hari Jumaat tetiba dia call,

Hubs: baby, b beli groupon. Nanti kita p ea
Wife: Beli ape ye syg? best tak. *hati tertanya
Hubs: alaaahh b beli yang fish manhattan tu la. Tengok macam sedap je. Kita p Ahad ni ea. sempena birthday b n 4 bulan ulang bulan perkahwinan kita
Wife: wahh greaattt! *dok konfius birthday sapa yg kena belanja ni. hahaha

 

Balik je rumah, kemaen senyummm memanjang je laki haku ni. Rupanya kannn dia nak buat surprise la kenkononnya pasal groupon tu. Tak penyabar, nak jugak cakap lepas beli tu. hahaha. Lawakkk!. Susah nak tengok lelaki romantik2 cenggini tapi bila sesekali buat tu. alololo, melting plak. haha. Lepas tu tengah lepak2 tengok tv tetiba,

Hubs: Baby nanti boleh buatkan belog untuk b boleh tak?
Wife: Belog? nak buat ape plak.
Hubs: alaaa nak kumpul semua yang kita pernah beli kat Groupon. B nak tuliss tentang makanan yang kita makan semua.
Wife: larrrr tu je? ada ke orang nak baca? hahahaha *gelak kuat2
Hubs: Ada lar. Suruh kawan2 blogger baby baca. 
Wife: Hekk eleyyy. hek eleyy. Sibuk aje. hahaha. Takpela, guna je blog baby tu. Suami isteri kan satu. Nanti bby bagi password semua.
Hubs: betul ni? tapi b segan la nak tulis. Nanti tak de orang nak komen. Letak gambar je boleh. *senyum2
Wife: Tak kisah la org komen ke tak, yang penting we share something. Nanti dah ada anak cucu tunjuk kat diaorang. Atok makan ni, kau hado? hahaha
Hubs: haha nanti ajar la eaaaa... 

haaaaaaa korang tengok la. Penangan groupon sampai nak buat belog kau. Kelakar pun ada. Eksaited pun ada. Ni sure hubs baca punya entry ni. So tak payah nak memalu update entry ye. Bebudak belog lagi suka kot kalau husband dorang pun nak join buat. Cuma mungkin kekangan masa kan. Agak2 nampak belog isteri awak ni berhabuk, tolong le update ye. hahaha. Tak sabar plak nak tengok 1st entry from hubby. hikhik. Oh ye, semalam beli lagi satu groupon dari Rasamas. Hubby nk try burger ni.


Macam sedap. Tunggu la next week baru redeem n review k. Bab2 makan ni part hubs lah review. Ponat den nak taip, silap2 terliur time tengok gambar. wakaka. Okey korang, kalau sempat petang karang cha bagi entry bergambar tentang post wedding hari tu. Ohh maaiii semua comel2 tau. Sekarang tengah gigih buat ni plak...


Haaa sabar naa. Dah siap nanti cha share. Ni pun beli kat Groupon jugak. Makk aihh dah jadi keluarga groupon plak ni. Boleh jadi Duta ni. Hahahaha. Okey lovelies! Take care, Assalammualaikum!

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “