Nuffnang

Showing posts with label kompang. Show all posts
Showing posts with label kompang. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Kompang real atau kompang CD??


Assalammualaikum semua..

Harap2 semua sihat ye. Ekceli semalam nak update, tapi tak de mood plak sebab dirundung kesedihan. Pagi semalam cha dapat tahu my ex roomate aka my bff baru je kehilangan anak dalam perut. Meninggal dalam kandungan sabtu lepas. dah la nak due 15hb ni, cha baru je pegang2 perut dia jumaat lepas ckp cepat2 kuar nanti ley p wedding auntie, semalam dapat tahu dia dah tak de. Sedih nya.. (Y____Y) first baby okeh, n my fren was very2 excited waiting this baby. Today baru induce utk keluarkan baby n kebumikan. Lama kan nak tunggu kuarkan baby. i can't imagine how if im in her shoes. Kendong baby for a few days yang tahu dalam tu tak bernyawa lagi. (Y_____Y) and one more thing kena berpantang macam orang bersalin but without baby kat sebelah. Ini lagi sedih.. (Y___Y) semalam dah nanges2, tapi hari ni ok dah. cha kena tunjuk semgt dpn dia, if kita sedih, dia beribu kali sedih kan. huhuhu. Al fatihah buat arwah. Tunggu ibu dan ayahmu di syurga ye sayang. Semoga tenang disana..

Okeh dear, itu anak orang if anak sendiri cemana. huhuhu. Itu takdir yg tertulis utk kawan cha kan, kita doakan yang terbaik utk dia dan kuatkan semangat dia. Mungkin ada rezki yang lebih di masa depan. Oh ya, hari ni nak tanya la pendapat korang. Pasal kompang di majlis perkahwinan. Cha konfius sekarang ni. Sebab nya hari tu kan cha quote harga pasal harga kompang ni sekali dia amek RM450 untuk majlis bersanding if sekali majlis berinai RM600. Mahal kan? Please cakap mahal sebab memang mahal pun!!. 

Tak ada ke yang RM200 ke skrang. Rasa mcm membazir plak cha rasa nak spent RM 600 tu semata2 utk kompang yg tak sampai sejam tu. Cha n ibu decide nak guna je kompang CD. senang keje sebab nya dah sekali dengan DJ and PA System kan. ape pendapat korang? oke tak guna je CD or kena pakai real kompang baru feel lebihhhhh? or sapa2 tahu kompang yang murah area shah alam bole tolong suggest... hehehe thanks darl...!

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “