Nuffnang

Tuesday, February 26, 2013

Travelog Cinta - Cameron :)



 

Assalammualaikum semorang!

Entry sebelum ni kemaen nak quickie bagai kan. Haha. Saje je hari tu nak try test wifi kat bilik penginapan. Ececeh. Orait hari ni bersambung lah entry travelog cinta cha ye. Agak2 nak muntah tengok gambar, mai la sini. Hikhik. Actually percutian ni tak dirancang pun.  Eh rancang jugak tapi tahun lepas. Sebabnya cha dah book rumah penginapan persekutuan (RPP) ni April 2012. Haaa. Siapa yang tak keje government mungkin tak tahu la RPP ni ape kan. 

Alah dia mcm rumah atau hotel atau tempat penginapan untuk kemudahan org gomen la. Macam maybank kn ada banglo la, apartment la yang benefit utk staff. haaa cenggitu la lebih kurang. Tapi kalau korang nak tau, bukan senang nk book RPP ni weh. Memanjannnggg full. Tu tahun lepas bernaseb baik dapat. Dapat pun p hari Jumaat. Belasah la kan. Hikhik. Gila lama nak setahun baru nak vacay kan. Hari tu pun cha dah terlupa. Naseb hubs ingatkan. Ngeh3. Then hari Jumaat tu kami bergerak la ke Cameron highland. Orang asek dok cakap cha ni p honeymoon bagai, padahal tak dapat honeymoon pun. Miss P plak datang. Ceh. Hikhik. So berjalan2 jela. Bak kata hubs, "alahaii niat nak pergi spent time together la bby, bukan pasal tu je." hahahaha. Okey fine. Hikhik. Dan ada sesuatu yang tak dirancang jugak berlaku sebelum nak p sini. Nanti cha citer okey.

Dari beranda bilik.. ada beranda okey. sukaaa!





Ni toilet. Muat lah nak mandi berdua, bertiga, berempat. hikhik







Pintu depan tu beranda..


Sampai je kat atas terus check in. Haaaaa tengok la bilik kami. Cantik kannnn.. kan kan... Beza betul bila tengok review blogger yang pernah pergi bfore this. Dia dah siap2 cat n upgrade semua. Siap ada wifi tu. Haaa best takk.. Harga nanti cha bagitahu okey. Hehehe.. 

Lepas angkat2 barang semua, terus siap2 nak berjalan. Kemaen petang tu p Kea Farm, p strawberry farm, jalan2 carik makan. Hehehe. Siap2 beli dinner sebab malam tu nk dok uma je sebab nk merasai malam di cameron highland kat bilik. Bhahaha.


Then keesokan harinya bangun pepagi dengan hasrat nak petik stroberi. Sebelum tu sempat la cha buat ali cafe pagi tu. Minum kat bilik aje isi perut. Cha check out pagi tu n terus ke Big Red Strawberry Farm. Kat sini sambung makan lagi. haaaaa. 











 Tengok tu.. tengokkkk. Ape yang cha dapat? Makan sconeee weh. Yang orang dok citer tu. Perghh best. Sedap dgn handmade jem stroberi. Terbaik lah. *Okey dah terliur saat menaip ni. hehehe. Lepas makan, berjalan2 shopping stroberi lah, bunga lah, pokok utk ibu lah, sayurlah.. Macam2 hal.. hehe




Then disinilah bermula menda yang cha nak ckp tu. Perkara tak dirancang nya adalah cha p sini buat Post Wedding Photoshoot sekali weh. Haaaa. Ingat lagi tak pasal Free Pre-Wedding dulu. Kak su n hubby berbesar hati nk shoot utk Post Wedding plak. n of kos lah for free jugak kan. hikhik. Haaaa ni nanti kita buat entry bergambar la k. N after that kami bergerak ke ladang teh n taman lavender kat atas tu. Tapi sayang sekali hujan renyai2 masa tu.Tak dapat shoot banyak2 kan. huhu. Sedih.. :'( Tapi tak pela, at least ada jugak gambar sweet2 gitu. *muntah! hehehe..






Okey la, pasal post wedding picture tu nanti cha share next entry k. Oh ye pasal harga RPP tu kan, cha amek yang bilik tau. Murah je RM25 je. Hehehe. Iye RM25 je ye... takde kosong pun kat belakang tu. Murah kan, n sgt berbaloi2. Cuma tak de tuala je. Yang lain semua okey. Untung n jimat u olls. HAHAHA. dah kawen pun still bajet2 gak kan. Nama pun ex bride to be u olls. Apepun it was fun even sekejap je. Thanks to hubby sebab melayan kerenah wife dia ni. Nanti bulan depan dah setat kelas dah tak ley berjalan sangat. Sob3. Okey korang, got to go! See ya! Assalammualaikum.


Friday, February 22, 2013

Cameron quickie update!

Assalammualaikum bloggers!

Quickie update from Cameron Highland! Hehehe
Sejukkkk skarang.
Rindu gila belog tercinta. Rindu juga pada korang semua.
Nanti kita citer pepanjang ea.

Much love lovelies!

Thursday, February 14, 2013

Travelog Cinta :)

Assalammualaikum semorangg!

Dah boleh start tiup2 habuk di belog kesayangan. Seminggu tak berhapdet. Kelaut azam nak update hari ye tak. Heeee. Sampai last week masa lepas  masak, dok men game kat ipad tetiba hubs monolog sendirian, "tak de update belog plak" . errr laki aku ni cakap dgn aku ke. Sekali intai kat lappy dia tengah tengok belog ni. Cehh. Stalker rupanya. Nak i sebut nama dia lattew. Hahaaaa. :)

Okey la, ingat tak kat ENTRY NI cha cerita pasal short vacation ke Genting. Dipanggil short sebab 2 hari 1 malam je u olls. agagaga. Nothing much to do kat Genting tu. Last year dah pergi main theme park. Yela tak kawen lagi itu jela boleh buat. Ni dah kawen nak spent masa kat bilik n mall plak. hahahaa. We decide gerak ke Genting hari Khamis yang kebetulan cuti Maulidur rasul kan terus ke hari Jumaat. The best part is, im driving till up there okey. Sila percaya. Nak tunjuk skill kenkonon. Tak naik cable car pun. Terus park kat First World Hotel nun. Hikhik. Sampai je kat sana terus self check in kat counter n msuk bilik. n tadaaaaa!


Dah puas geguling n solat zohor. Baru ktorang turun. Ape lagi pergi melepak kat dengan theme park tu. Masa ni kabus tebal sikit n tengok jam dah pukul 3. Ermmm rasa mcm membazir pulak nak masuk theme park if tak dapat main semua game, plus dah masuk lewat cenggini dia tutup pukul 6. Rugi rugi.. So melepak kat flying coaster tu sambil acah2 makan ubi kentang rebus ke bakar erk. Tapi mmg feeling2 kat oversea la ala2 korea dengan sejuk2 kan, makan kentang panas pun tadehal. Hikhik.





After that ktorang masuk dalam Mall nak p tengok Snow world. Sampai je tengok next session nak masuk ke snow world pukul 4.30 till 5.15pm. Wahh good! Terus beli tiket masuk. Harga masuk Snow World RM30 setiap seorang. Tapi if ada Genting World Card dapat la RM27. Jimat le jugak RM6 kan. Dah dapat masuk, ape lagi kemaennn posingggggg mcm kat Korea. Korea againn? hahaaaa. Dah byk kali mention Korea ni, ada apa2 maksud ke. Hubs sila alert. :p. Dah siap main2 salji dalam tu, baling2 kat hubs la. Ni memang buat mcm ghumah sendiri le. Sampai dah setengah jam dalam tu. Tetiba tangan dah beku, telinga hubs plak dah cramp. Eh telinga boleh cramp ke. Haaaaa. Then lepak2 jap baru masa habis. Kat luar boleh redeem gambar. Nak tahu rege gambar? Sekeping 8R bersamaan  dengan RM50. Mahal kan? oh ye mmg mahal. Tapi disebabkan dah masuk sini n rugi plak tak de gmbar, kami beli skeping untuk kenangan. Sekeping je ye. Takpela tunggu p Korea nanti boleh la tangkap gambar bebanyak kan. Korea again?? hikhik.. *pitam


 

Lepas beronok2 kat Snow World p jenjalan lagi dalam First World Plaza tu. Jalan sampai lebam, n penat p balik bilik. Punya semangat tengok Setia Hujung Nyawa, kul 7 dah terpacak kat atas katil. Hubs kemaen semangat tunggu. Sampai ke Genting nak tengok citer tu. Tak nak missed langsung. Haha. Then lepas maghrib we all turun lagi n terus p cari makan. Hubs ape pun tetap nak makan nasi, so p carik nasik. Harga toksa cakap le, mmg mahal. amek sikit or banyak rege sama. So ape maksudnya? dia suruh kita makan byk la kan. Hahaha. Hubs kata sekali seumur hidup boleh la makan nasi kat Genting ni. Sebab tu orang prefer makan fast food. Hikhik. 


Disebabkan sejuk kat situ, malam tu cha tidur awal okeh. Selubung bagai dgn selimut. Fuhhh. Tdur pakai sweater semua. Gigil2 okeh. Hahahaaa. Pastu esok paginye bangun dah lapar. Nasib la wife yang baik hati ni awal2 lagi dah prepare sardin n roti. Tinggal sapu je atas roti. Dalam pukul 11 dah gerak balik sbb takut hubs tak sempat solat jumaat. Phewwww. Penat but funnnn sgt. Pengalaman pertama pergi tempat sejuk2 bersama hubby. Hikhik. Next week insyaAllah sambung travelog cinta lagi. Ke mana? of kos tempat sejuk lagi. hahaha. Short vacay jugak. Yeaayyyy.. *lompat sampai bintang. 

Seronok rupanya berjalan2 dengan suami sendiri. Even 2 hari 1 malam pun sangat2 bermakna. Lepas p Honeymoon hari tu tak de berjalan jauh sangat. hikhik. Plus tak guna banyak duit pun berjalan. Kena pandai bajet la kan. heee. Paling seronok, Tak de siapa halang, takde siapa kesah. Even ramai or banyak2 mata memandang. Mebi dorang fikir mesti ktorang ni budak2 couple kot. Inai pun makin hilang dah. Hikhik. Thanks hubby sebab melayan kerenah wife mu ini. i love you moreeee. heee. Got to go lovelies!


Monday, February 4, 2013

Wedding Puan Cik Mah :)


Assalammualaikum sumoranggg! Selamat datang minggu baru, selamat datang Isnin. Jangan Monday blues bagai ea. Ikhlaskan hati bekerja kerana Allah s.w.t. In sha Allah. Semalam ingat nak update belog, duduk depan lappy dgn hubby menda lain yang ditengok. Tengok2 baju lar, survey2 pakej ape tah. Ke lauttt nak update belog kalau hubby kat sebelah. haaaaaa. hikhik.

As all you know, last week was the big day one of our bride-to-be blogger. Jenggg2.. cuba teka. Hahaa. Hek eley, semua orang tahu lah chacha, toksa le nak jengg jengg sangat. Hikhik. Yess, wedding Cik Mah. Alhamdulillah dah selamat menjadi Isteri kepada Fendi. Sabtu hari tu cha pergi reception Cik Mah but unfortunately tak dapat jumpa b2b lain. Sebabnya cha sampai dalam 2.30pm kalau tak silap. Sebab ada kenduri di rumah pakcik tengahari tu. Sampai2 je terus p depan pelamin. Nampak dah Cik Mah, terus lambai2. Harap dia ingat la muka daku ni lepas 2 bulan tak jumpa masa wedding hari tu. hikhik. 

Terus p peluk tium Cik Mah n dia cakap budak2 B2B lain semua dah balik. Baru je balik. Dangg! Rasa nak guling2 je kat depan pelamin tu. i'm late! Nak jumpa Puan Diyana pun tak dapat. Chaittt. Takpela, maybe next time kot dear. Hikhik. After that, ape lagi.... tangkap gmbar lerrr.. Tengok masa ni hubby cha memalu konon. Jauh duduknya..


 Lepas tu dah dekat n makin dekat...



n then cuba buat onar di majlis orang. Haha. mengada nak candid bagai. haaa amekkkk..


Dah puas tangkap gambar sampai orang dok pandang2, ape lagi bergegas ke meja makan. Just amek air n kek pisang je. Perut dah penuh makan kenduri sebelumnya. Duduk kat meja ada centerpiece DIY by Cik Mah. Omeyyy je kannn.. 


Minum2 jap, borak2 n gelak2 salam mak pengantin n dapat ni.


Terus ke jalan keluar n ape lagi, tulis guestbook le kan. Kemaen panjang nak wish okey. Kalah mak jemah bebel. haha. Sempat lagi nak pose dpn ni. View cantik kata hubby. Layankan je. hahahaa. 

 

Actually, pergi wedding Cik Mah ni selamber je dgn tak bawak kad. The worst part is tak bawak hadiah. Kelam kabut masa nak keluar rumah time tu, sebabnya cha tunggu hubby balik dari perbarisan Hari Wilayah. Beliau sampai uma dalam 12.15 terus mandi n zasss ktorang bertolak. Dah suruh hubby pegang paper bag yang ada hadiah n kad dalam tu, sekali dah sampai highway MEX baru dia teringat. haaaaa. Memang malas nak patah balik. Agak2 je dah masuk Kg Baru tu terus je carik. Memang kelakar. But Alhamdulillah sampai dengan jayanya. Ececehh. Okey, diucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Cik Mah dan pasangan. Semoga cinta kekal hingga ke syurga Allah. In Sha Allah. Mari doa sama2 cepat2 dapat baby. Heeeee. Aminnnnnn. 



Friday, February 1, 2013

Esok: Wedding Cik Mah :)



Assalammualaikum sumorang,

Salam Jumaat penghulu segala hari. Selamat hari wilayah juga. Senyum2 kepada semua bakal2 pengantin sekalian. Oh tidak lupa, pengantin lama juga. heeeee. Dah macam bagi ucapan kat radio plak. :) Alhamdulillah masih bernafas lagi kita kan. Syukur. Pagi ni lain dari yang lain sebabnya husband cuti tapi wife dia kerja. Sebab apa? husband keje wilayah okey, wife dia ni Selangor. Cuti umum ada yang tak sama. Chait.

Pagi tadi yang kelakarnya, cha siap2 nak p kerja mcm biasa. Husband plak lepas subuh tadi terus dok mgadap Ipad men game. Lepas buat air semua, n nk gerak p kerja, salam n muah3 mcm biasa la kan kat pintu pagar. Yang peliknya, kali ni husband di dalam pagar n cha di luar pagar. Selalunya husband akan gerak setengah jam awal before cha. Pagi tadi semuanya macam terbalik. Hubby siap babai2 lagi u olls n ulang ayat yang cha selalu cakap kat dia everytime dia nak p kerja. Haiii la suami. Sabar jela. Tergelak2 masa nak turun lif. 

Oh yar, berbalik kepada tajuk. Anyone yang pergi tak? Cha insyaAllah akan sampai cumanya akan lambat sikit kot. Sebab ada kenduri kat rumah pakcik di Setapak. Baru flyyy to Kg Baru. Ceh fly sgt ye kau chacha. hahaha. Memang rasa mcm nak jumpa semua Bride-To-Be di alam maya ni. Diyana p tak? Kalau yang p nanti if terjumpa tegor2 la ye. Cuma takut sampai lambat je korang semua dah balik. Huuu. Trademark esok maybe dengan handbagku yang kaler merah tu. hahahaaa. Kenkonon mcm blogger retis lah. Puihhh. Hikhik. Ape pun semoga segalanya berjalan lancar untuk Cik Mah. Enjoy your Big Day okey. Meh tepek sikit picture time cik mah datang wedding cha hari tu.. 


Heeeee.. Omeynyaaa. Rindu plak nak duduk atas pelamin lagi. Ehhhhhh?? hikhik. Babai korang!


“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “