Nuffnang

Thursday, November 26, 2015

Temuduga Penolong Akauntan W27 :)




Assalammualaikum Blogger kesayangan. hihi

Okey lah ni selang sehari update. harap2 bukan hangat2 tahi ayam la kau ni cha. bahahha. Actually kan nak update semalam, tapi tak sempat. Gelabah dapat mesej dari SPA untuk panggilan temuduga. Ingatkan dia panggil next year ke kan sekali tahun ni. Miahahaha.

Gigih check tarikh sebab tengok tarikh kawan yang dapat interview ni mostly 23/12/2015, ada yang 21/12/2015 macam tu. so dengan konfiden nya rasa, 'oh turn aku mesti lebih kurang mcm tu' rileks ah. Bila nak check kat phone, dengan line lembap nya gigil jugak nak tengok tarikh tu. Sekali nahhhhh 2 Disember 2015 weh. Nasib kau lah cha. hahahaha. Seminggu lagi. Oh mannnn! nak prepare apa ni even tahun ni masuk kali ke 3 pergi interview SPA. 

Frankly speak, kalau interview Penolong Akauntan W27 ni memang akan buat aku debor habis. Entahlah ea maybe sebab dia spesific kot compare yg cha pergi tahun ni Penolong Pegawai Antidadah S27 dengan Penolong Pegawai Penerangan S27 hari tu. Yg lain haritu boleh cakap ikut logik akal la tp yg ni memang tak boleh goreng la babe. Mati hang kena benam kat situ nanti. bhahaha. Last pergi interivew Penolong Akauntan ni 3 tahun lepas kot, masa tu dapat juga interview Penolong Juruaudit. Nak tergelak rasanya fikir pengalaman interview ni semua. Tapi bak kata husband, untunglah dapat pergi Interview banyak kali even gagal, orang lain tak dapat peluang tu kan. :) 

So minggu ni kena la gigih study sikit even rasa tahap stress dah menular ke kepala. Dengan kak ipar nak kahwin minggu depan. huwaaaaaaa. {nangisbucukatil}. Susah nak berharap dengan jawatan ni, sedih pun ada jugak sebab dah 2 jawatan cha simpanan je. sobbb sobbs! Tapi kita cuba la selagi mampu kan. Semoga ada rezki. Ameen! 

Nanti update lagi. Doakan cha ea korang! muah3.

Lots of Love,

Chacha

11 comments:

  1. Tahniah terpilih untuk interview cha. good luck k! Buat yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. thanks imah. in sha Allah. Doakan cha ea. muah3

      Delete
  2. tahniah kak.. smoga brjayaa. sy pn dpt jgk.. ermm blh tak nnti akak bg tips apa yg dia tnya kt akak? heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dik. Legaaa gila. akak ada share tips n soalan kat post baru. Good luck utk awak pula ye. :)

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah cikmah. Thanks tau. doakan semoga ada rezki cha. Ameen!

      Delete
  4. hihi betul la kan dee. ameen! thanks dee! dah lepas dah. hoyeahhhh!

    ReplyDelete
  5. tahniah saya pun dapat interview 23hb aritu di seremban..tp mcm xcnfident..huhu

    ReplyDelete
  6. tahniah saya pun dapat interview 23hb aritu di seremban..tp mcm xcnfident..huhu

    ReplyDelete

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “