Nuffnang

Showing posts with label temuduga. Show all posts
Showing posts with label temuduga. Show all posts

Thursday, November 26, 2015

Temuduga Penolong Akauntan W27 :)




Assalammualaikum Blogger kesayangan. hihi

Okey lah ni selang sehari update. harap2 bukan hangat2 tahi ayam la kau ni cha. bahahha. Actually kan nak update semalam, tapi tak sempat. Gelabah dapat mesej dari SPA untuk panggilan temuduga. Ingatkan dia panggil next year ke kan sekali tahun ni. Miahahaha.

Gigih check tarikh sebab tengok tarikh kawan yang dapat interview ni mostly 23/12/2015, ada yang 21/12/2015 macam tu. so dengan konfiden nya rasa, 'oh turn aku mesti lebih kurang mcm tu' rileks ah. Bila nak check kat phone, dengan line lembap nya gigil jugak nak tengok tarikh tu. Sekali nahhhhh 2 Disember 2015 weh. Nasib kau lah cha. hahahaha. Seminggu lagi. Oh mannnn! nak prepare apa ni even tahun ni masuk kali ke 3 pergi interview SPA. 

Frankly speak, kalau interview Penolong Akauntan W27 ni memang akan buat aku debor habis. Entahlah ea maybe sebab dia spesific kot compare yg cha pergi tahun ni Penolong Pegawai Antidadah S27 dengan Penolong Pegawai Penerangan S27 hari tu. Yg lain haritu boleh cakap ikut logik akal la tp yg ni memang tak boleh goreng la babe. Mati hang kena benam kat situ nanti. bhahaha. Last pergi interivew Penolong Akauntan ni 3 tahun lepas kot, masa tu dapat juga interview Penolong Juruaudit. Nak tergelak rasanya fikir pengalaman interview ni semua. Tapi bak kata husband, untunglah dapat pergi Interview banyak kali even gagal, orang lain tak dapat peluang tu kan. :) 

So minggu ni kena la gigih study sikit even rasa tahap stress dah menular ke kepala. Dengan kak ipar nak kahwin minggu depan. huwaaaaaaa. {nangisbucukatil}. Susah nak berharap dengan jawatan ni, sedih pun ada jugak sebab dah 2 jawatan cha simpanan je. sobbb sobbs! Tapi kita cuba la selagi mampu kan. Semoga ada rezki. Ameen! 

Nanti update lagi. Doakan cha ea korang! muah3.

Lots of Love,

Chacha

Friday, September 14, 2012

Temuduga SPA. Pray for me :)


Assalammualaikum semorangg!! 

wah kemaen lama cha tak update ni. Hehehe.. Semalam busy dgn jamuan raya bagai, tak sempat nak ngadap pc. Kalau boleh nak update hari2. Hehehe.. *bajetadaorangbaca.. wakaka.. Eh ari ni cha busy plak untuk preparation interview next week, hari Selasa. Last month dah dapat tahu dah untuk interview, tapi biasa la kemaen busy. hahahaha.. 


Alhamdulillah hari tu cha lulus peperiksaan khas dan ni 2nd step untuk dapat jawatan tu. Cuba yang terbaek kan, mana tahu ada rezki nak kawen ni. Kalau tak dapat pun tak pe, Alhamdulillah cukup gaji sekarang even tak besar mana kan. Syukur ada keje, government juga.. hehehe. Tapi if dapat, alhamdulillah lagi sebab boleh bantu2 suami nanti kan. hikhik. So dari pagi tadi cha dok mengupdate resume sebab lama gila tak p interview ni, plus cha nyer resume sume dalam english, so kena translate semua ke BM.. yang kelakarnya siap guna ni.. 

 

 hahaha.. susah nak cakap certain term account in malay. bila di BM kan jadi kelakar pulak. hahaha. dan hari ni kanda suruh baca ni plak, berkaitan dengan akauntan negara..


Mak oiii pitam!. Malam tadi study dengan kanda pun pening. Mentang2 kanda orang kewangan, so senang la dia nak mengajar. Tunang dia ni orang admin, agak lambat sikit la. 1st time tgk dia mengajar, gila serius!! takut nak pandang muka. hahaha.. Okeh la, insyaAllah minggu depan cha update pasal Guestcard. Dah siap dah! Yeay! Korang2 doakan yang terbaik untuk cha ea. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah. 


Jumpa lagi Rabu depan. InsyaAllah.. 

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “