Nuffnang

Showing posts with label kad kahwin kandadinda. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin kandadinda. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

3 in 1 : Kad Kahwin, Bilik Pengantin, Baju Nikah.. :)

Assalammualaikum semoranggggg!!!

haiiii.. haiii... chaaa rindu kat belog. Pelop2 meyh. HIKHIK.. siyes busy gila minggu lepas. Hantar rombongan meminang cousin nye, pastu semalam Interview nye. Alhamdulillah, everything goes well. Cuma ada jugak beberapa soklan yg tak dapat jawab. Weehuuu.. Sistem perakaunan kerajaan mana lah cha tahu sgt, cha ni uat admin okeyh. hehehe. Takpelah, dah usaha kan? sekarang doa dan tawakal. If ada rezki nak kahwin ni, alhamdulillah. If not, kita cuba lagi. Heeeee..

Rasa mcm lama je dah tinggalkan belog. Tengok tickers pon dah tinggal 52 hari. Woooo.. apesal masa sgt  mencumbui eh silap mencemburui kita. NGEH2. Actually entry kali ni cha nak update beberapa perkara tentang wedding. 3 in 1, dah mcm Nescafe lah. Kira QUICKIE UPDATE la ea. hehehe

KAD KAHWIN

okeh seperti yang sedia maklum, kad kahwin cha dah lama siap. Last month lagi. Tapi tetiba 2 minggu lepas, ayah cakap mcm tak cukup je 1000pcs tu. Dia suruh order lagi 500 pcs. Makkk aih.,. ayah ni nak jemput sapa lah gamaknya. Cha dah jadi down sikit, sebabnya kena tempah lagi n bila tempah sikit, harga jadi mahal.. (Y____Y) hari tu ayah cakap cukup, tetiba tak cukup. 

Jadinya terpaksa cha tempah lagi. Niat hati nak tempah je kad lain yg rege range 20sen, tapi tak sedap hati plak beza2 kan kad kat tetamu. kalau boleh semua nak sama. Jadinya cha berbalik ke vendor kad cha, try quote harga reprint utk 500 pcs dah lebih kurang if cha tempah 1000pcs. Jadinya, sebagai konklusi, cha tempah je 1000pcs lagi. Haaaa.. sonang koje. So tak payah nak takut2 tak cukup kad. Cha akan bagi dalam 200 pcs kat kanda extra. Total kad cha 1800pcs. Ni la kalau masak sendiri, suka2 hati tetamu tu nak jemput berapa. Hahahaha. This week cha amek balance kad, naseb baik awal ckp, so guna artwork yg sama aje. Ngeeee..

BILIK PENGANTIN

Okehhh, pasal perkara ni sgt jeles tengok semua orang beria2 post kan. Tapi cha rilek2 aje kan. Hahaha. Sebabnya ibu yang nak uruskan semua hiasan bilik pengantin tu. Hari tu cha bagi idea, tetiba kena reject. huhuhu.. sedih. Jadinya malas nak selisih faham bagai.*korang ada tak rasa macam ni.  So, cha serah bulat2 segi empat kat ibu nak deco. Malas nak pening2 kepala. Dan yang bestnya, deco bilik pengantin tu my auntie nak sponsor. Dia akan transfer duit utk beli cadar n hiasan tu semua. Alhamdulillah, rezeki lagi. Syukur2.. Thank you auntie!! hehehe.. Ni idaman hati cha utk bilik pengantin.. huuuuuuu



BAJU NIKAH

Haaaaa.. ni baru amek ukuran jumaat lepas. Lambat tak? lambat kan. wakakaka.. sebabnya busy lah. Tapi tak pe, insyaAllah boleh siap by October. Tailor yang buat baju nikah cha ni adalah my bestfren ever since darjah 5. Heeeee.. Dia bukan tailor pun, cuma amek part time sebab dia ni dulu degree in fashion designer skrang jadi cikgu. HAahahaha. Baju nikah stick pada entry before this, cuma ada sedikit perubahan part kain tu kot.Hari tu nak kain flowy2 kan, mcm ni... 



then memang guna banyaaakkkkk kain. Dalam 5-6m chiffon. tambah lagi dalam RM200++ utk part kain je.. Weeehuu.. lap peluh. Jadi decide utk tmbah dalam sikit je, So cha cakap je kat bff cha utk buat jela jenis kain mcm mana pun asalkan lain dari yg duyung or kipas. See? senang kan cha ni, tak suka nak semak kepala. Tapi bff cha cakap dia nak buatkan kain pecah 6, flowy jugak tapi tak byk sgt. Mebi mcm ni kot,


or mcm ni.. 

Mcm ni la kot sketch yg bff cha lukiskan. Sbb katanya kain tu nanti buat flowy2 sgt pakai sekali je sbb nanti segan nak pakai g jenjalan. Betul jugak. Ah persetankan segala rasa nak bermegah2, asal majlis tu selamat sudah dan baju tu siap tak de koyak2. hikhik. Tak sabar nak tgk hasil, semoga segalanya baik2 aje kan.. hehehehe 


Okeh itu jela utk hari ni. Entry tanpa gambar. Tak de orang nak baca punya. Boring! hahahaha. Esok insyaAllah cha update pasal Guestcard. Kalau tak busy la. Hehehe. Eh thanks kat Diyana untuk contact no org kompang tu, n yg silentreader kot yg email tanya pasal photobook ari tu, harap dapat membantu. Dan yang mendoakan untuk interview cha hari tu, thank youuu so much!.. Sharing is caring kan? tu yg sayang semua b2b ni.. Take care darling!!

*semua picture credit to google.


Thursday, August 23, 2012

Kad Kahwin Done! =)

Assalammualaikum B2B, Ex B2B..

wAHHH kemaen cha ni, wish raya pun belum kat sini kan. Gila kentang! ngeeee.. Okeh lah, disini cha ingin menyusun sepuluh jari kepada anda semua, if cha ada tersalah cakap, terkasar bahasa, terperasan sendiri or apa2 je yang mengguris hati anda semua. Maaf zahir dan batin ye kawan2. Ngeee.. Nah amek satu pic raya..


Okies dokies, 3 hari sebelum raya hari tu, cha sesaje je call Kanda & Dinda Wedding Card as i appoint to be my wedding card vendor. Tanya kad dah siap ke belum sebab cha lupa bila time patut ambil. Actually lambat lagi kan, ada 2 bulan lagi, tapi cha nak setelkan awal2 utk ambil kad semua sebb bulan 9 cha dah stat kelas. So takut bz dgn esaimen n klas semua dgn interview nye, kanda p kursus nya, byk masa dah habis kat situ. jadinya mahu setel awal2. Ngerti kamu?? hahahaha.. Okeh berbalik pada citer, cha call tetiba dia cakap:

KDWC: Kak, boleh sy confirmkan nama akak dan pasangan? 
me: sure... bla bla bla bla...
KDWC: Okeh kak, kad akak dah siap, boleh datang bila2. Kedai bukak sampai pukul 5 ye.
me: Yeke ???  wahhh best. oke dik, thanks!!

terus cha tengok jam, 3.15 ptg? mcm boleh lari jap ni. Call kanda kebetulan cuti sebab p pejabat agama anta borang n he agreed! berdesup la bawak kete pick up him and terus redah je puchong tanpa tau kat mana.. Hikhik. Alhamdulillah kami sampai tepat 4.30ptg. Whoooo takut gila sampai2 je kedai tutup. Frust ler! hikhik. Dah sampai bg no invois semua n taraaaa! kad dah siap! syokkkk gila. Ini lah hasilnya..



Cantik tak? plis cakap cantik or cha nanges nanti. ahaks! *paksaan. Ekceli cha sangaaaaaaaaaaattt puas hati dengan hasilnya. Yela dengan harga RM0.32 cha dapat kad 230gsm dgn finishing yang awesome. Ibu n ayah pun dah tengok n sukaaa.. Kenapa pilih colour gold?sila tanya kanda. Beliau yang kemaen lagi mahu kale ni. Layankan je, sebab kebanyakkan decision lain cha buat. Tapi not bad kan kale gold. Nampak kelasss! *kata kau je cha.. hehehe..

Okeh u olls, Alhamdulillah, kad dah setel. So tak payah risau2. TUnggu bulan October dah boleh edar. Cha sekarang tgh buat guest list utk post, senang nak estimate. Keje kena lah plan kan. Hehehe. Oh ya nak cakap baju raya kanda tahun ni adalah baju NIKAH yang tak jadi nak buat tu. Kemaen lagi seronok mamat ni. Hehehe. Jadinya bak kata DIYANA yang cakap pasal baju BUKAK HADIAH time wedding, insyaAllah cha pakai baju ni la. 


Tak membazir kan yunk? hikhik. Baju cha tak siap lagi, tunggu dgn baju nikah sekali. Lagipun segan nak pakai lace time raya. Hikhik.. Orait dah byk sgt menulis ni, nanti update lagi. InsyaAllah. Jumpa lagi sayangs! 

p/s: tickerspath kat sebelah buat cuak la. Another 79 days? Pheuwww!

Sunday, July 8, 2012

Teaser Kad Kahwin :)


Assalammualaikum B2B, 

Wehhhhhhuuuu.. selamat sudah final exam untuk semester ni. Syok2. dah boleh buat fully preparation utk wedding. Hikhik. Kemaen lagi. Btw, entry ni nak cerita pasal kad kahwin cha. Actually cha dah survey ari tu n hantar quotation. Alhamdulillah, ada yang menepati citarasa. Nak yg simple and background mcm lace kat belakang tu. NGeeeeee.. ce teka berapa harga kad cha? ngeeee.. hari tu cha bagi range harga not more than 50sen kan? so yang ni cha dapat dgn harga RM 0.32 je. 230gsm, 2 fold, 2 belah pihak. Cha tempah 1500 pcs. Ok la tu. I make it as simple as i can. Kanda pun stuju. Yang atas ni teaser je selepas dah nak 5 kali kot tukar and buat perubahan. Naseb baik org tu tak bising. Cha tempah kad kahwin dekat KANDA DINDA WEDDING CARD. So far service terbaik melayan kerenah cha yang byk kerenah ni. Wakakaka

So this is the finalised. Tunggu kanda check and approved dulu, and insyaAllah will proceed for printing. Cha ni suka well prepared sikit. even ada lagi 4 bulan. Tapi dah oke rasanya untuk buat printing, takut ada apa2 come out bila masa dah suntuk nanti kan. Who knows. Ngeeee.. Orait darls, setel satu mende. Esok cha update lagik hokeh. Muah3

"*pssst, next sem time final dah ada orang teman study. Hoyeah!!

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “