Nuffnang

Wednesday, September 26, 2012

Review: Table Centerpiece

Assalammualaikum B2B dan Ex B2B sekalian...

Kemaen malas cha nak update lately ni. Hehehe.. Semalam busy sikit dengan validasi subjek n tutor dgn lecturer. Maklum lah PJJ Student go thru on9 je dgn lecturer kan. Heeee.. Sebenarnya ari ni tade mood, sebabnya time nk p keje pagi tadi realise yg sebelah earring cha hilang. Tak sempat nak carik atas bedsheet sebab dah lambat. Sedih2 sebab earring tu cha baru beli 3 hari. Cakap kat kanda, sedih earring hilang n dia suruh carik balik nanti. Kalau tak jumpa cemana? anggap la tiada rezki dan kena la p beli lagi sepasang kan. Duit lagi. setakat 3 pasang soplo hengget tu tak kesah, tapi earring emas mana dapat. Huhuhu.. Doakan balik nanti cha jumpa la ea. 

Okeh la, letak blakang cter earring n sekarang cha share tentang Centerpiece. Actually cha malas nak buat centerpiece ni, sebabnya hari tu igtkan meja kat khemah cha jenis meja 4 segi yg panjang tu kan, sekali ayah ckp tanak, dia nak guna meja bulat. So utk tak nak nmpk kosong je meja tu, hari cha terpk nak DIY centerpiece. Cha nak buat sesimple yang boleh. Barang2 pun amek yang mana hado je kat rumah n rumah bakal-mak-mertua. hehehe.. 

Barang2 yang diperlukan,

 
1) Botol jar kaca @ tin @ pasu kenit
2) polisterin
3) Lidi
4) Dolly Paper
5) Tag atau sticker
6) Ribbon
7) Cellotape , Double side tape

Mari start berDIY. hehehehe.. Botol jar tu adalah ihsan dari rumah bakal-mak-mertua sebenarnya. Kanda jenis suka kumpul2 if p mana2 uma org kawen kan, jadinya cha dapat la dalam 17 biji. So i need another 13 kot. Sbb cha mungkin buat dalam 30 Meja. Tak termasuk meja VIP.


 First thing korang design dulu sticker atau artwork kot yg bulat tu ikut size dolly paper yang korang beli. Mcm cha nye dolly paper size 5.5" kalau tak silap. Cha n kanda design ari tu guna AI kat rumah kanda. Berpinar juga mata ni. Tapi alhamdulillah dapat la design simple dan memuaskan hati. Cha nak letak date tapi kanda tanak sebb dia nak guna letak rumah dia pulak nanti. Cha ckp letak la dua2 date, degil kanda ni tanak jugak. hahaha.. Print je atas kertas A4 biasa or nak senang print atas kertas sticker. Cha gne A4 biasa je, Macam ni.. hehehehe

 

After that, korang lekat la sticker tu atas kertas dolly tadi n lekatkan...


After that, potong sikit polisterin letak dalam jar, n cha penuh kan jar tu dgn plastic lebihan pen yang diberi oleh Bakal-Mak-Mertua cha. Dia kecik2 je, buatkan jar tu berat. Macam ni.. 

 

Hahaha. Jimat kan?  ngeeeee..Anda semua boleh gantikan dgn anything dengan apa2 yg boleh mcm polisterin yg hancur2 mcm dalam bantal tu ke or else..  After that cover up the jar dgn dolly n ikat guna getah n ribenkan tepi getah tu dgn riben lah. 

 
 Yang ni cha pending lagi sebabnya nak beli riben kale grey. Hehehe. Then cucukkan dolly yg dah dilekat dgn lidi tadi tu kat tengah2 polisterin tu.. N tadaaaaaa! dah siapp...


Actually dibahagian bawah tu cha nak letak bunga carnation DIY mcm engagement hari tu, guna tissue paper. Tapi ianya memerlukan kesabaran yg tinggi sebab 1 centerpiece ada dalam 4 kuntum sila darabkan dgn 30. Jadinya mcm tak sempat nak buat, assignment pun dah banyak, jadi sesimple ni je la cha buat ea. Hahahaha... Oh ya, sticker tu lekat cha lekat depan belakang untuk lagi cantik. Okeh la kot kan.. or any idea lagi untuk bagi nampak comel dan sweet dan tak memerlukan byk masa?? hahahaha... Bubye sumorang!

Monday, September 24, 2012

Kasut Nikah.. Patut beli ke tak??

 

Assalammualaikum semorang....

Harap2 tiada yg Monday Blues hari ni. Hehehe.. Cha busy sikit hari ni sebabnya pagi tadi teman future Mother-In-Law ada appointment kat spital cha. (sejak bila cha ada hospital) ngeh3. Actually mak ada appointment kat klinik oftal tempat cha kerja. Heee.. So teman la jap dengan kanda. Kira date sekali dengan kanda bersama mak. hehehehe.. Okeh berbalik pada tajuk. Cha sekarang ni confius sebenarnya. 

Cemana nak memulakan cerita ea. Okeh cha ari tu nak beli kasut nikah dgn kanda. Tetiba kanda cakap kenapa tak pakai je kasut hantaran time tunang hari tu. Dah la beli memahal tapi tanak pakai.. (Y____Y) Which is colour mcm kulit jugak n masuk jugak kot dgn baju nikah we all which is soft gold. Kasut hantaran cha mcm ni...




Then cha cakap kasut tu mcm formal utk p ofis je. Then bila dah p kuar survey2 cha tgk range harga kasut lebih kurang RM70-RM100 utk sepasang. Oh mennn! mahalnyaaaaaa...melayang lagi duit. By then kuar dgn ibu plak ckp nak beli kasut nikah, situasi yg sama mcm dgn kanda. Agagaga.. Lagi plak, cha ni nikah kat rumah je memang tak pakai kasut la kan, cuma mungkin nak p outdoor tu sekejap je.. then balik. Tu yg kanda queries kalau beli mahal2 nanti lepas tu pakai tak..? Kalau pakai, so belilah, dia tak kesah. Tapi kalau beli sekali je pakai, membazir je. Woootttt2.. tergamam daku.. ngeh3.. Kasut yg cha tgk tu heels 3 inci kot. Then cha jawab balik, alaaaaaaa kasut tu nanti boleh sewakan kat orang len.. *tunang dia ni kuat menjawab... hahaha

Kalau korang cemana?? korang akan beli tak?Ada option mcm ni:

1) dah ada kasut hantaran mcm kat atas tu, jadi pakai je apa yang ada (bak kata kanda n ibu)
2) Kalau jumpa 1 kasut yg cantik tapi rege dalam RM35 je..
3) Takpayah pakai kasut time outdoor.. Rare tu.. bhahahahaha....
  
Give me solution please. Byk perkara lagi nak fikir ni. Ngeeee... bye lovelies!.

Friday, September 21, 2012

Baju Tidur & Baju Honeymoon :)

Assalammualaikum dan Salam Jumaat Bakal-bakal pengantin!!

Sekejap je dah jumaat kan. Pagi tadi bangun2 je dah teringat, eh jumaat? Minggu depan last week of september.. Terus sembam muka balik kat teddybear.. tanak pk. hahaha.. Okeh hari ni rasa nya nak share perkara yang ringan2 je. If sempat petang karang mengarang lagi entry yang heavy sikit. Ngeh2. 

Berbalik kepada tajuk, ehem2 baju tidur? baju honeymoon? Hehehe,. tentang baju tidur tu rasanya semua B2B pun mesti fikir akan beli juga nanti kan. Yela kecantikan utk suami. Betul tak? hehehe. Btw cha ni mmg sejak bujang (mcm sekarang ni) memang tidur pakai baju tidur. Sebab selesa sgt plus cha dok sorang kan, so tak de rasa segan ke ape. Dalam lemari tu mmg byk baju tidur, tak kira la suar ke, yg skirt ke, yg sopan, yg seksi ke, mmg cha selalu pakai. hehehe. Tapiiii idaman hati cha sekarang ni nak baju yang ada robe tu. Sebab senang sarung je if baju tidur tu seksi kan. So hari tu cha dapat grab satu baju tidur siap robe. Dah sampai semalam.. Tara!!!

 

Sangattttt comel dan sweeettt. Sukaaa sangat2.. gambaran baju tidur tu lebih kurang cm ni la.. 


Comey kan kan kan.. Hikhik. Cha ni pesen suka tidur pakai baju tidur sebab kain dia sejuk. kalau satin tu lagi sejuk. So tak la rasa kekok if nak pakai baju tidur pas dah kawen nanti kan. Eh kenapa cakap pasal tidur2 ni. hahaha. Okeh cerita pasal baju jugak, cha dah ada beli beberapa baju yang cha nak pakai pas kawen nanti. Awal2 lagi cha dah beli baju ni sebenarnya, sebabnya kanda pun suka je pakai baju sesama.. sweet katanya. hahaha.. Ari tu ada beli baju ni,


i love my wife and i love my husband. Memang kena pakai after kawen la kan. So cha dah siap2 basuh n lipat elok2. Nak bawak p honeymoon nanti. Ngeh3. Ni ada lagi yg cha beli time jenjalan kat JUSCO ari tu.Tetiba nampak Padini buat sale, so terus la grab.. amek round neck shirt, cha nye size S, and kanda size M. Dapatlah lagi sepasang. hehehe

And hari tu cha ada beli couple set kat on9, baju kemeja lelaki n dress utk perempuan. Santek n comel, Konon2 nak bawak p honeymoon jugak, yela dress mcm tu sesuai bawak p tepi pantai, verangan2 lebih. hahaha. Then hari tu ktorang pakai time dinner ofis yg tema nye bebas. jadi ktorang buat la tema santai. Wakaka.. men belasah aje. Ni la baju nyer.. comey tak.. hehehe



Tapi cha tak bawak kot bju ni p honeymoon, sbb rasa nak pakai shirt je. Senang malas gosok2. hahaha. Okeh la, stop dulu cerita pasal baju. kOrang semua ada juga tak beli baju2 cm ni.. Share jum!! Take care si gadis berdarah manis... (@____@)

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “