Nuffnang

Tuesday, August 28, 2012

HIV Test :)


 

Assalammuaikum B2B dan eX B2B..

Hikhik nampak sangat tak de koje kemaen update. Agagaga. Alah ada masa 1 jam lagi nak balik, ape kata update kan. Ngeeee.. Okeh nak share pasal hari tu cha p buat HIV Test. Hari tu dah berbulan lepas tak silap bulan jun rasanya. awal tak? hahaha tapi within 6 months before wedding kan. Ok lattew. Maaf la ea siyes lupa nak snap picture utk tatapan semua. Kat semua ni semua ihsan google aje. Ngeh3. 

Orait proses nk buat HIV test ni berbeza ikut Klinik kot. Ada yang kena buat appointment dan ada yang boleh walk-in je. Mcm cha hari tu igt nak buat kat Klinik Kesihatan (KK) Putrajaya, try call sekali kena buat appointment. Dah la tu, sebulan selepas tarikh cha call tu. Mak aih! orang nak setel awal2 lambat plak. So cancel. Cha try call KK Bangi plak, tanya latest date utk buat HIV test adalah next weeknya. Ok la tuh kan, terus make appointment. Kalau tak, cha p dgn kanda, tapi kanda tak dapat nak off petang sbb busy masa tu akhir bulan, dia kena submit byk report. (Y___Y) jadinya cha p sorang. Kanda p a day after kat KK dekat dgn masjid negara tu. 

 Al kisahnya masa cha p, as usual kena datang kat kaunter then dia suruh tulis detail kita kat dalam satu buku besarrrrrrrrrrr utk rekod kot. (certain klinik tak de rasanya) then dia bagi borang utk diisi dan nombor giliran n kena p bayar RM1.


Hahaha bila nak bayar ni teringat masa discuss psl nk p buat HIV test ni cha tanya kanda bole pakai GL ke. Berdekah2 kanda gelak, siap ckp bayar jela sayangggggg.. singgit je. *gila jimat daku ni. bhahaha. ok back to story, lepas tu kita letak borang dalam kotak tu n tunggu no giliran. By that time, ada couple la sebla cha ni, yang gegirl tu pandang2 je kat cha. apa dia igt cha ni nak kawen sorang2 kot tak bawak couple. hahaha. lantak kau. 

Then bila no cha dipanggil, cha pun masuk la. Weyh nebes tetiba. Kuar la drama yg tah hape2 dlm pale otak ni tau. Kan selalu tercucuk jarum la, ter+ dgn darah org len la bole dpt HIV.. hehehe. byk kepulan2 asap atas pale ni.. ngee.. Then Medical Assistant (MA) tu perkenalkan diri dia n ckp dia akan buat ujian HIV kat cha. Cha hangguk2 je la. Then tetiba dia nampak tag ofis cha. (punya semangat smpi lupa tnggal tag>) haiy0o0o0.. 

MA: Oh keje Kementerian Kesihatan Jugak ye?
Cha: heee.. aah la.. *malu2 then terus bukak tag
MA: kenapa tak buat kat spital?
Cha: tak boleh sebab result hospital detail sgt, sbb buat ujian darah anta lab n tak de borang. hee
MA: Oh yela kan, semua nk hantar klinik. Ok, cik aishah ada risiko utk dijangkiti HIV?
Cha: (blurrrr sekejap) oh tak ada encik.
MA: kalau tak ada, ok kita buat juga test ni ea.. bagi jari manis cik.
Cha: (blurrrr lagi) jari manis? eh yg ni kan? *sengal gila time ni lupa jari
MA: *GELAK2. haih jari manis pun tak igt mana, mcm mana mak mertua nak sarung cincin.. bla bla bla
Cha: *senyum simpul... (sambil dengar MA ni bebel2) tiba2...
 

pappp! terasa sakit kat jari, mak oiiii.. pedih gila. rasa nak nanges. 

Cha: Ouuuchh sakit nya..
MA: Sakit? sikit je ni. tak sakitlah..
Cha: (sakitlahhhh hoiiii* dalam hati). amek darah pun tak sakit cm ni..
MA: OK dah siap, tunggu result kat luar ye Cik dalam 10 minit.
Cha: Mata berkaca.. thanks!

Sambil tunggu kat luar, tgk balik jari. Mungkin sakit sebab jari kan kulit nipis, tu yg sakit. huhuuhu. Terus call kanda cakap MA tu buat sakit. hahaha.. *ngada. Then tunggu Staffnurse (SN) tu panggil nama. Tetiba dia panggil.. 

SN: Cik Siti Noraishah..
Cha: ye saya..
SN: Cik dah tahu ke keputusan cik? *dengan muka siyes gila..
Cha: Erkkk.. belum lagi, kenapa nurse? ada problem ke.. (cuak gila, gigil lutut)
SN: Oh tak de apa. Keputusan Cik negative. Tahniah.. Senyum2
Cha: oh terima kasih. (mak aiiii, nurse ni boleh buat drama plak..)
hahaha.. gila tak gila. Muka SN tu siyes woiii.. Mana tak cuak. Masa tu cha terpk ape, dah le keje spital, mana tahu ter+ darah patient ke, hape ke. Siyesla, tergelak2 bila igt balik drama2 yg bermain dipikiran. Wakakaka.. Terus call kanda, citer n berdekah2 ktorang gelak. Jerit kat kanda, yeayyy! dah boleh kahwin. hehehe.. Untuk yg duduk area Bangi/Serdang/Putrajaya/Seri Kembanga/ Balakong if nak buat walk in HIV Test bole p KK Seri Kembangan, kat situ ada buat dari pukul 2pm till 5pm. Okeh itu la proses HIV Test, senang je. Tapi tak tahu la dalam masa beberapa bulan ni ada perubahan. sEKARANG cha tengah proses borang nikah. Part kanda nye borang dah setel, tinggal part cha. Nanti dah setel cha review okeh darlings. Till meet again!! 

My Pre-Wedding Photobook


Assalammualaikummmmm semorangggggg...

 Hari ni boleh update dengan suka ria, sebab doctor p meeting. Ngeee.. Bila pk2 balik mcm byk lagi tak share ni. Tapi bila dah menaip, terus idea kelaut! hahaha. Hari ni cha nak share pasal hari tu cha beli voucher kat Groupon utk Photobook. 

 
Actually cha beli sebab nak print gambar kawen nanti, sebab harga photobook ni RM 55 je compared harga sebenar RM 100++. Dengan OP memang ada Photobook nye package, tapi as usual lah kan, nak dapat hasilnya makan bulan kot! nak tengok gambar kawen sendiri pun berkurun lama. hahaha.. Jadinya cha decide untuk print je 1 dulu yang ada letak semua dalam tu. Stat dari Nikah, Sanding, Berinai dan Bertandang. Pappp! gedebuk semua dalam tu. Sebab yang kat OP nye photobook tu sure akan byk gmbar2 yang terbaik je kan. ngeee

Tapi disebabkan sifat daku yang kurang penyabar ni, cha cakap dengan kanda if boleh buat tak utk our Pre-Wedding photoshoot hari tu. Sebab hari tu ktorang nak cuci gambar kat kedai gambar, 4 R utk 100pcs RM40. Beli album sticky lagi dalam RM15. Jadinya total dah RM50++ kan. So cha pujuk kanda, apa kata kita cubaaaaa dulu guna. Yela 1st time beli voucher utk Photobook kan, tengok la if kena tipu ke tak. Ngeeee.. Kanda setuju! yessss!! 


Yang celonoknya, kita DIY sendiri photobook tu. Letak la bape byk yang kita nk. Cha nye voucher ni utk 30 pages je size A4. heeee.. ok la tu kan. Dah donlod software semua, start la buat. Tapiiiii yang paling chaaaa geram, dah siap buat kat ofis, nak hantar je ada firewall ape jadah kat ofis ni. Tak boleh nak hantar. Cha try save dalam pendrive, try hantar guna wifi kat uma, tengok2 kosong.. kosong.. kosong... *nada najwa latif. Sakit jiwa den. Buat balik dengan penuh rasa geram dan idung kembang kempis. hahahaha. Biasa la bila dah buat kali ke 2, tak secantik yg pertama. Lantak la, asal hadoooo gambar den. Ngeeee.. So last week dah upload, isnin minggu depan baru dapat. Sebab dia deliver hari khamis, Jumaat kan cuti.. (Y__Y) hehehe.. tak sabarrrr! At least kami ada Photobook pertama yang sweet2 aje compare guna kertas kodak biasa tu kan. Harga lebih kurang sama je, so y not pilih something better. Nanti dah sampai cha reveal okeh hasilnya. Kalau korang nak tengok online my e-clip photobook, p tgk SINI .. Tapi jangan gelak sebab buruk.. ahahahaha.. See yar darlings!

notahati: semalam nanges2 time kanda call dari terengganu. Dah rindu.. Cepatlah masa 2 minggu berlalu.. :'(

Thursday, August 23, 2012

Kad Kahwin Done! =)

Assalammualaikum B2B, Ex B2B..

wAHHH kemaen cha ni, wish raya pun belum kat sini kan. Gila kentang! ngeeee.. Okeh lah, disini cha ingin menyusun sepuluh jari kepada anda semua, if cha ada tersalah cakap, terkasar bahasa, terperasan sendiri or apa2 je yang mengguris hati anda semua. Maaf zahir dan batin ye kawan2. Ngeee.. Nah amek satu pic raya..


Okies dokies, 3 hari sebelum raya hari tu, cha sesaje je call Kanda & Dinda Wedding Card as i appoint to be my wedding card vendor. Tanya kad dah siap ke belum sebab cha lupa bila time patut ambil. Actually lambat lagi kan, ada 2 bulan lagi, tapi cha nak setelkan awal2 utk ambil kad semua sebb bulan 9 cha dah stat kelas. So takut bz dgn esaimen n klas semua dgn interview nye, kanda p kursus nya, byk masa dah habis kat situ. jadinya mahu setel awal2. Ngerti kamu?? hahahaha.. Okeh berbalik pada citer, cha call tetiba dia cakap:

KDWC: Kak, boleh sy confirmkan nama akak dan pasangan? 
me: sure... bla bla bla bla...
KDWC: Okeh kak, kad akak dah siap, boleh datang bila2. Kedai bukak sampai pukul 5 ye.
me: Yeke ???  wahhh best. oke dik, thanks!!

terus cha tengok jam, 3.15 ptg? mcm boleh lari jap ni. Call kanda kebetulan cuti sebab p pejabat agama anta borang n he agreed! berdesup la bawak kete pick up him and terus redah je puchong tanpa tau kat mana.. Hikhik. Alhamdulillah kami sampai tepat 4.30ptg. Whoooo takut gila sampai2 je kedai tutup. Frust ler! hikhik. Dah sampai bg no invois semua n taraaaa! kad dah siap! syokkkk gila. Ini lah hasilnya..



Cantik tak? plis cakap cantik or cha nanges nanti. ahaks! *paksaan. Ekceli cha sangaaaaaaaaaaattt puas hati dengan hasilnya. Yela dengan harga RM0.32 cha dapat kad 230gsm dgn finishing yang awesome. Ibu n ayah pun dah tengok n sukaaa.. Kenapa pilih colour gold?sila tanya kanda. Beliau yang kemaen lagi mahu kale ni. Layankan je, sebab kebanyakkan decision lain cha buat. Tapi not bad kan kale gold. Nampak kelasss! *kata kau je cha.. hehehe..

Okeh u olls, Alhamdulillah, kad dah setel. So tak payah risau2. TUnggu bulan October dah boleh edar. Cha sekarang tgh buat guest list utk post, senang nak estimate. Keje kena lah plan kan. Hehehe. Oh ya nak cakap baju raya kanda tahun ni adalah baju NIKAH yang tak jadi nak buat tu. Kemaen lagi seronok mamat ni. Hehehe. Jadinya bak kata DIYANA yang cakap pasal baju BUKAK HADIAH time wedding, insyaAllah cha pakai baju ni la. 


Tak membazir kan yunk? hikhik. Baju cha tak siap lagi, tunggu dgn baju nikah sekali. Lagipun segan nak pakai lace time raya. Hikhik.. Orait dah byk sgt menulis ni, nanti update lagi. InsyaAllah. Jumpa lagi sayangs! 

p/s: tickerspath kat sebelah buat cuak la. Another 79 days? Pheuwww!

Tuesday, August 14, 2012

Jamu @ supplement bakal pengantin. Perlu ke?


Assalammualaikum B2B, Ex B2B..

Rajin pula daku nak menulis hari ni. hehehe. btw kan lovelies sekalian, cha nak tanya la kepada bakal-bakal pengantin sekalian. Korang ada tak fikir untuk penjagaan dalaman sebelum kahwin? yela dari segi persediaan kita nak jadi isteri kepada bakal suami kita kan. 1st dulu, cha rasa mcm ignore je kalau nak cerita bab2 cam gini. Mcm tak penting kot, tapi bila nak dekat2 kahwin ni, tetiba kan rasa mcm nak tahu la persediaan berumahtangga. I mean dari segi cara pemakanan dan supplement ke. Macam cha sendiri, dulu tak pernah monitor period datang bila, tak pernah kira n tak pernah amek tahu bila waktu subur ke.. bla bla bla.. Yang tahu datang tiap2 bulan (kot). hehehe. 

Nak dijadikan cerita, bila cha nak amek imunisasi Hepatitis B ari tu, (semua staff hospital wajib amek dah free amek jela)  yang inject cha tu nurse yg rapat la dengan cha. Tetiba dia ckp cm ni:

her: eh cha kau nk amek dos ni, tak boleh mengandung 6 bulan tau.
me: lar kenapa pulak.. kite belum kawen lagi kan, ape la
her: yela, kau kan nak kawen, dos ni kena amek 3 kali dalam masa 6 bulan. tu yg tak boleh nandung.
me: ohh yeke.. sempat la kak.. (*muka confiden)
her: meh akak kira, haaaaa last dos kau 26/11/2012. kau dah kahwin time tu. Boleh ke control tak mengandung. Budak2 muda mcm kau ni, bukan boleh tahan2..
me: haaaa?????? *buat muka tak paham...

hahahaha.. moral of the story, masa ni la kakak tu ajar, mcm mana nak kira waktu subur ke tak. Time bila kalau make love bole dapat bby la.. ape la.. *sumpah b4 ni belaja kat skola tak penah nak take serious.. hehehe.. Jadinya, cha dah reti kira dah.. Yeah!. Then after that cha kira putaran period semua dah normal. Alhamdulillah. Tiap2 bulan sama for past 3 month. Sbb nye cha nak estimate masa nikah n sanding tu clear sebab ada khatam al quran. Rugi la tak boleh baca. ngeeee.. Okeh berbalik pada tajuk, nak tanya korang, perlu tak nak amek jamu ke, or something supplement for dalaman ea? Besfren cha yang dah kawen ari tu tanya, kau tak de makan apa2 jamu ke, or guna feminin wash yang herbs ke untuk semua tu kan. I didn't think that it was the important part, tapiiiiiiiiiii entah la ea. I have no idea at all.. hikhik

For past few days ni, cha ada tengok jamu yang seswai utk bakal pengantin, jamu aku dara lah, susuk dara lah. Tapi cha ni tak tahu la ea. Bole je nak makan, tapi takut. Tah kenapa perasaan mcm tu mesti ada. Kalau bakal-bakal pengantin sekalian kan, ada terfikir ke apa yang cha fikirkan sekarang atau cha ni je yang kemaen take care.. hehehehe.. If ada suggestion or idea or nak sharing sumthing.. Silakan! Chill yar!!

Wedding Outfit.. :)

Assalammualaikum B2B,

Sekejap je dah 14hb kan kan kan.. Another 88 days to go. Nerves plak.. hahaha. By then ari ni entry ringkas mengenai Butik dan baju persalinan cha. Cha pilih butik B Duet Andaman yang terletak kat Teluk Panglima Garang. Jauh kan? hikhik. Nanti cha bagitahu reason kenapa cha pilih butik ni.. :)

Last month cha dgn kanda p la butik untuk tengok2 baju kan. and if berkenan terus je book baju tu. takut orang amek. *gila tamak. hahaha. FYI, cha dan kanda ambil butik yang sama utk our reception. Maksudnya untuk bersanding dan bertandang. Nikah je buat baju sendiri.  paham idok? ngeee.. 

Time ngah pilih2 baju tu, org butik (nama dia Mut) tanya tema cha ape. Dengan rakus nya menjawab PINK & GREY.. hahaha. by then cha nk baju color pink belacan n ada campur grey or silver sikit. Tiba2 ternampak 1 baju. Santekkkkk!! terus try pakai la. Without inner just sarung je..


then suruh kanda pakai utk part laki plak. Alhamdulillah. Fit for both of us. Seronok!!.. Baju cha tu plak mmg ngam2 je. So kakak tu pesan tak boleh besar lagi.. (^_____^)v By then cha cari pula baju untuk malam berinai. Option whether nak pakai dress or gown or jawa or songket. Tapi ibu nak cha pakai songket. So cha try la pakai baju biru ni.Nampak simple sgt. So tak decide lagi nak pakai ke tak. igt nak ambik kuning diraja. kelasss! hikhik


after that, proceed untuk bertandang rumah kanda plak. Mak kanda request nak kami pakai baju kaler merah darah. Puas lah daku memikir cemana merah nya, rupanya Maroon. hikhik. baju yg ni nice la, cha suka part lelaki ni. nampak smart tapi kanda nak pakai sampin. yang part perempuan plak dah cuba, cuma kena p lagi sekali bawak mak kanda sbb dia nak tengok sendiri. *sayang menantu kan? hahahaha.  


syukur sangat baju pink belacan yang cha nak tu ada. Jadinya tak payah tempah baru. Kalau tempah baju baru range rege RM 500 above. Jimat disitu. Hehehe. Masa awal2 cha nak pakai dress, yang mcm trend sekarang tu, yang kain pun flowy tapi bila difikirkan balik bentuk badan cha yang mcm buah pear ni, jadinya kena mengalah lah. dari atas smpai bawah cun je tapi part ass tu memang menonjol. lagi2 pakai dress mana boleh cover sbb 1 pieces dress kan. Jadinya kanda pun mcm tak kasi je, cha pakai la kebaya lace as usual. hikhik.. *kena fikir hati suami. heeeeee.. tapi tak pe, even baju idaman hati yg macam dress tu cha tak dapat, tapi at least baju nikah tu cha dah buat ikut kehendak cha. Dah cukup memadai. cha tak kecik hati pun, sbb asalkan ada kale pink belacan tu. hahahaha.. sukaaaaa!

nak tengok outfit yang sebenar2 tunggu wedding la yer.... Alhamdulillah selesai sikit proses pemilihan baju.Syukur segalanya dipermudahkan. Semalam bunting dan banner pun dah sampai. Syukur. Now tunggu nak ambil kad je siap printing. Bulan 9 cha n kanda dah masuk semester baru. takut busy dengan assignment, tak sempat nak buat preparation kan. Ni pun dah siap sikit2 apa2 yang patut. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. 

notahatiperasaan: kanda will be away for 3 weeks after raya for induction. I'm gonna miss him so badly. :'(

Monday, August 13, 2012

Checklist 89 Hari lagi.. :)



Assalammualaikum B2B, Ex B2B..

Wahhhh mood raya semakin menghampiri ni. Cuaknyaaa dah pertengahan bulan ogos. Hikhik. Eksaited pun ada ni, sedih pun ada ni.. HUuuuu.. Quickie update ni untuk checklist yang terbaru untuk wedding preparation. Ada certain yang masih TO-BE-CONFIRMED! TBC.. Tapi alhamdulillah byk yang done. Heeeee... Cekidaut!

Important Dates
Nikah: 10.11.12 
Berinai: 10.11.12 
Reception: 11.11.12
Bertandang: 18.11.12


Venue
Nikah: 
Bride's Resident
Berinai:
Bride's Resident

Reception:  Bride's Resident
Bertandang: Groom
's Resident

Time 
Nikah:
11.00am
Berinai: after isyak
Reception:
11.00 am - 5.00 pm 
Bertandang:
12.00 pm - 4.00 pm

Theme Color
Nikah: 
Soft Gold
Berinai: Yellow or dark blue

Reception:  Pink & Grey

Bertandang:  Maroon & Cream

Important Things
Duit hantaran: To be given by Groom on Sept
Mas kahwin: Done
Book Jurunikah:
In-progress after submit form next week 
Hantaran (Bride):   Done during Engagement
Hantaran (Groom):
Done during Engagement

Legal Documents
Marriage Course (P): Done
Marriage Course (L): 
Done 
HIV Test: Done          
App Form Groom: Next Week
App Form Bride:
Next Week

Guest
Nikah:
relatives & close friends
Berinai: relatives
Reception: Mum & Dad friends, relatives, all friends
Bertandang:
Future in law relatives and friends

Food
Nikah: Chef booked! done!
Berinai:
Chef booked! done!
Reception: Chef booked! done!
Bertandang: Deposit done!

 
Menu
Nikah: TBC
Berinai: simple dishes. Eg: mee, kuih etc 

Reception: TBC
Bertandang:
TBC

Canopy
Nikah: Deposit done by mummy!
Reception:
Deposit done by mummy!
Bertandang: Consider Done by FMIL

The Cakes
Reception: Not done yet.
Bertandang:

Invitation Card
Nikah: relatives only
Reception: Done by kandadinda wedding card
Bertandang:
Done by kandadinda wedding card

Tentative
Nikah: done
Reception:
done
Bertandang:
done

Guest Lists
Nikah: in progress
Reception:
in progress
Bertandang:
in progress

Make Up Artist
Nikah: Done by B duet Andaman
Berinai: 
Done by B duet Andaman
Reception:   Done by B duet Andaman
Bertandang:
  Done by B duet Andaman

Henna Artist
Nikah: Granny do for me.. :)
Reception:
Granny do for me.. :)
Bertandang: TBC

Dais Theme
Nikah: DIY Dais by me n mom.. :)

Berinai:
Reception: Soft Pink & Grey
Bertandang: Maroon & Cream


Shoes
Nikah: Hantaran shoes
Reception: by B Duet Andaman. (still think to buy another shoes) :)
Bertandang:
by B Duet Andaman

Maid of Honor & Bridesmaids
Nikah: Anita @ Manisa, fiancee neighbour
Reception:
Anita @ Manisa
Bertandang:
Anita @ Manisa

Family Attire
Nikah: TBC
Reception: Pink for sibling, Grey for my parent. 

Khatam al quran: white for all siblings
Bertandang: TBC

Official Photographer
Nikah:  Done by 3Lonline Photographer
Berinai: Done by 3Lonline Photographer
Reception: Done by 3Lonline Photographer
Bertandang: Done by 3Lonline Photographer

Doorgift
Nikah: TBC
Reception: Done!
Bertandang: TBC

 
Bunga Pahar
Reception: Doneee!

Handbouquet
Nikah: DIY
Reception: done by B Duet Andaman
Bertandang:
done by B Duet Andaman

Entertainment
PA system: deposit done by daddy
Kompang:
TBC
Playlist: TBC
Bertandang: Sponsor by Future Bro-in-law

Other Stuffs
Signage: TBC
Bunting dan Banner: done!
Guest Book: DIY guest card!
Photo Booth: not necessary
Photo Canvas:
not necessary
Welcome Signage: TBC
Bunga Manggar: TBC
Corsage: In progress
Centerpiece: TBC

Room Deco
Wardrobe: TBC
Bed: TBC
Drapes and Curtains: TBC
Bed Sheets: TBC
Bed Skirt: TBC
Table: TBC
Mattress: TBC


Honeymoon
Date:
20- 22 November 2012
Destination: Langkawi
Transportation: By Air Asia. Done!

Accommodation: TBC

Thursday, August 9, 2012

Happy Two Years Together



Hello B2B! hEllo ex-B2B, Silentreader, my fans.. hahaha.. *bajet retis.. wakaka.. Orait, mesti terkejut tgk title, sebabnya cha dan kanda belum lagi 2 tahun kenal. Baru setahun sebulan o0o0kehh.. hikhik. Btw kan ni adalah GA yang mcm memanggil2 je daku nak join! hikhik. 1st time masuk GA ni.. Puh kanan, puh kiri.. *eh tak baik! hehehehe..

Okeh2 ni adalah GA dari DIBA the owner of the Photoboothcorner or fanpage nye Photoboothcorner. Beliau berbesar hati nak bagi GA sempena loveship beliau dengan kekasih hati.. :) Hadiah utk GA ni menarik u olls. Trust me! cER Baca..

Wishing tree x1 (A3 size, customized design) (worth RM50) + 3 different colour stamp pad (medium size) (colours varies on availability) (worth RM30)  

Canvas printing (16"x24") (worth RM80)

Guestbook x 1 ( A4, 30 pages, customized cover design) (worth RM150)

Ada syarat2 yang perlu dipatuhi.. Seperti berikut.. *ayat nak skema,, heeeee. Ni cha copy dari entry beliau.. hehehehe
 

1. Share our picture (the one with the umbrella, tihihi) on your post (blog,tumblr, wordpress or FB)

2. The title must be "Happy Two Years Together"

3. Tell me why you want the gift. (Hint: promote a bit about photoboothcorner.HEHE)

4. Don't forget to link our fanpage https://www.facebook.com/ThePhotoboothCorner :)

5. Done with it. Do link it at this post. So that I can go to your post back.
DO SHARE IT WITH YOUR FRIENDS :)
owhhh.. I have to tell you guys that postage RM10 will be charge (for the winners (optional)).
The result will be on the end of this month (31 August 2012). Do remember 3 prizes to three (3) winners. :)
any questions?just email me adibahzack6@yahoo.com
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Okeh ladies, start your engine... hehehehe..  

1st Step:
1. Share our picture (the one with the umbrella, tihihi) on your post (blog,tumblr, wordpress or FB)
(DONE!)

2nd Step:
2. The title must be "Happy Two Years Together"
(DONE!)
 
3rd Step:
3. Tell me why you want the gift. (Hint: promote a bit about photoboothcorner.HEHE)
Orait part ni takkan nak tulis DONE je kot. Tak syiokkk la. Hehehe. Actually,    semua hadiah kat atas tu menarikkkkkk sangggaaaatttt... i love all that. But cha sukkkkaaaaaa sangat part canvas tu!. Sebabnya cha teringinnnnn nak ada picture besar cha n kanda untuk canvas. Dah verangan2 nak letak pic yang  cha palinnngggg suka ni,
 
 
 
Nak letak atas bedframe kat rumah. ianya sangaaattt suwitttt.. hehehe... Actually cha dah pilih pic ni utk dibesarkan dan print atas kertas photo biasa. Dah kebetulan GA ni ada offer bagi free, makanya berdesup nak join kan. Hadiah yang lain juga sgt menarik, ada guestbook lagi. Kebetulan cha tak de lagi Guestbook dan sebenarnya cha tak terfikir untuk buat guestbook or photobooth semua ni. Sebab tak termasuk dalam checklist. (kanda tak kasi sebab costing) teheeeeee.. Lagipun betul cakap kanda, guna duit yang mana perlu sebab kita ni bajet tak byk sgt, pas kawen lagi nak guna duit kan.hehehe.. Cha plan for DIY guestcard je tapi peluang ada depan mata, sapa tak nak bila free kan? hikhik.. 

Actually pernah dengar pasal photobooth ni ari tu masa BW kat blog zimie. Rajin p blog zimie sebab nya tgk sticker yang comel2 tu. Dengan signage nye. Geram! Jadi nmpk la time wedding zimie tu ada Photoboothcorner.  

By then bila view blog Photoboothcorner, rupanya banyak lagi service yang ada. Tak sangka. Seperti contoh Canvas Printing la kan. Mcm hadiah GA ni. cantikkkkkkkkkk! Tengok ni.. *start berangan lagi..
 


dan selain itu Wishing tree..

service lain adalah Guestbook!


dan ada juga sediakan shoot for pre wedding

yang part paling best adalah, tak sangka yang Photoboothcorner ni join time my ex boyfie wedding aritu. Meh tengok.. 

 
See? hebat bukan. hehehe.. okeh Awal, i rela u pergi. Tak dapat Awal, i dah dapat Akhir. bhahaha. other service by Photoboothcorner ni ada sewa kamera, sewa easel/ art stand, jual easel/art standing, sewa backdrop, photobook dan DSLR Pakej. hebat bukan? *clap2.. hehehe

 4th Step:

4. Don't forget to link our fanpage https://www.facebook.com/ThePhotoboothCorner :)
(DONE!)

5th Step:

5. Done with it. Do link it at this post. So that I can go to your post back.
(will do after POST)
 
Orait!! doneeee! Harap ada rezki within 3 months before my wedding. InsyaAllah, aminnn.. Kadang2 perkara tak disangka akan datang secara tiba2 kan mcm my FREE PRE WED Photoshoot ari tu.. hehehe.. Alhamdulillah. Btw, Happy 2nd Anniversary to DIBA dan kekasih hati . May your love bless and happily ever after. Semoga cinta sampai ke syurga. :)

notatangan: Makin hari makin rasa bahagia. Thank you Allah.

Wednesday, August 8, 2012

Bunting dan Banner dah setel :)

Assalammualaikum B2B, 

hikhik.. tetibe nak gelak. Sebab mcm dah berhabuk sikit belog ni kan. Ngeee.. Busy sikit la, ni pun curik2 time doctor p meeting. huahua.. Okeh hari ni tersenyum lebarrrr sebab bunting n banner yang cha tempah ari tu dengan vendor yang lain artwork nye dah siap! pheeeeuuuwwwww! sngt puas hati lol dengan kakak tu. siyesssslly. yg vendor lama, sorry to say, kbai! hahahaha.. This is what i want. hehehehe..Sila la compare quality yang sebelum dan selepas.. lu pk la sendiri.. bhahahaha..

 Sebelum
 


Selepas

mesti korang terfikir cepatnya cha buat banner n bunting kan. Sebab malas nak semak kepala. Eh cepat ke, lagi 3 bulan je wo0ooooiittt.. but cha assume tgl 2 bulan je lagi, sbb majlis cha consider awal nov kan. so nov tak dikira sebab time tu tgh sibuk pk hal lain plak. Wakakaka.. 

Well prepared itu penting kot, tak kesah la cepat ke lambat kan. buat lambat karang kelam kabut. next week cha dah nak kena setel pasal borang2 pula. Nasib baik ari tu dah p buat HIV test. Alhamdulillah selesai satu perkara. Ngeee.. Nanti ada masa cha cerita kejadian masa buat HIV test ari tu. ngeee..

Harga bunting n banner cha ni for both RM85 je. Actually regret jugak tak dapat free masa tempah kad kahwin kan, tapi tak pela, dah polisi vendor cm tu. lagi mahal kot satu bunting RM 80. ni dah dapat 2. Hehehehe..bunting n banner yang baru ni kanda yang pilih kaler, what a coincidence theme color cha pulak. hehehe.. banner n bunting dah santek, mari lompat sampai ke bintang. wakaka.. Jumpa lagi!! *bajet ada org baca.. hehehe

notahati: dah seminggu lebih tak jumpa kanda. Selalu selang 2 ari jumpa. Rindu!! malam ni iftar together.. yeaaaayyy!!

Thursday, August 2, 2012

100 days to go & my 1st Wedding Gift :)


Assalammualaikum B2B,

Apa khabar anda hari ni. Semoga dalam keadaan baik dan dilindungi Allah sentiasa. Wahhh tgk tickerpath kat sebelah tu, hari ni genap tinggal 100 DAYS till my wedding day. *dup dap dup dap. tetiba rasa neves.. ngeeee..

Actually persiapan cha alhamdulillah dah 65% my part lah. Part ibu n ayah ada banyakkkk lagi nak setel mcm beli barang2 kering nak masak kan.. Tu tunggu bulan 10 baru beli kot. Btw, ada beberapa item nak review, semalam dah taip tapi tak masukkan gambar. Pasal my guestcard.  And ada review time p pilih2 wedding outfit ari tu. Jap g cha post kan ye. Oh ye, cha dah dapat my 1st wedding gift from doktor. hahahaha.. gila cepat. katanya boleh pakai time raya.. Dia bagi teapot set yang ada 6 pcs cawan n teko. Beli di Riccardo. Mahal hokeh! sayang nak pakai (Y___Y)


Kanda siap pesan tunggu dah kawen baru boleh bukak katanya. Hadiah kawen kan? *jeles la tu.. wakakaka.. Okies darling, mata ni mcm kabur hari ni. lens punya pasal. Grrrr... hikhik. Senyum2 ye bakal2 pengantin sekalian. (*____*)v

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “