Nuffnang

Thursday, December 31, 2015

Babai 2015 :)


Assalammualaikum Blogger.

hahahaha. mana tah azam nak update blog tetiap minggu ni hoiiii. :) eh apa kabar korang harap korang sihat ye. Cha sebenarnya baru baik dari batuk. tak fully recovered lagi pun still on ubat. :'). Batuk nak dekat 3 bulan weh on off. Sakit dada mak! huhu. So far semalam baru on Prednisolone n buat chest xray kat ofis. Alhamdulillah nothing serius. Dr claim bronchitis. huwaaa. Semalam makan ubat hari ni macam dah okey sikit batuk. Semua jenis petua tak jalan. Lemon dgn madu, teh o pekat, berbotol ubat batuk habis. tp nan hado. Kena telan dadah (pred) jugak baru okey. blerghhhh. yeayyy!.

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2015. Ya Allah cepat masa berlalu kan. Macam2 pengalaman pahit manis suka dan duka cha lalui dalam tahun ni. Ada waktu rasa down sangat dengan perangai manusia ada waktu kita rasa kitalah wanita terbahagia didunia. ecewahhh! hahaha. Kalau dikenangkan balik apa yang orang buat kat kita memang sakit hati, tapi marilah kita berlapang dada. Allah tahu kebenaran dan Allah tahu siapa kita. Mulut orang mana kita boleh tutup kan. :) 

Sekarang rasa much better. Duduk ofis rasa harmoni sangat. Alhamdulillah. Syukur berkat kesabaran, Allah bagi manis pada hujungnya. hihihi. Kalau buat summary untuk 2015 rasanya banyak spent masa bersama keluarga je. Tapi rasanya tahun ni banyakkkk sangat berjalan. Berjalan dalam Malaysia je pun bukan obersea! hahaha. plg kelakar repeat pergi negeri yang sama je weh. PD rasa 3 kali, Melaka 2-3 kali jugak, JB 2 kali, Pahang sekali. Plg banyak pergi Shah Alam n Kajang la. Tiap2 minggu. Kampung la katakan. mihmih.

dan Tahun ni checklist pun semua dah dapat. yeayyyy lagi sekali. hihi

√ One Longchamp bag
√ Tefal

hahaha. yeayyy! Cha paling berterima kasih kat Husband sebab paling banyak dengar masalah, suka duka kat ofis selama ni. dan yang paling banyak support wife dia dalam kata2 semangat untuk terus kuat. hoyeahh! Dan terima kasih juga tunaikan wishlist handbag tu. Alhamdulillah. Semoga makin murah rezki ya sayang! :)

Azam tahun baru? next entry k. Elehhhh ingat orang nak sangat baca entry kau ke chaaaaa! hahaha.

Babai korang! muahciked

#MamaRayyanAfkar

Wednesday, December 9, 2015

Pengalaman Interview Penolong Akauntan W27



Assalammualaikum semuaaaa.

Hai haii. hikhik. Alhamdulillah seminggu lepas dah selesai interview. Sorry tak dapat nak update lebih2. Busy study. Ecewahhh. Kihkih. Eh cha pun tak berapa sihat lately ni. minggu lepas p interview pun dengan batuk2 lagi. Ya Allah memang la rasa stress je. hihihi.

Okey la, cha share sikit apa yang panel tanya. Actually aritu pergi Interview untuk jawatan Penolong Akauntan W27. Even tahun ni dah 3 kali p interview SPA tetap cuak n nebes tu ada. Lagi2 jawatan ini. memang tak boleh nak goreng babe. kihkih. Actually cha pun tak tahu macam mana nak describe soalan2 yang dorang tanya sebab cha nak perkenalkan diri pun tak sempat. haa nampak tak perangai? kahkah. sebabnya masa interview tu panel mcm borak2 santai aje. Dalam hati 'eh bila aku nak perkenalkan diri ni. kang hilang skrip aku. kahkah'

Panel cha sorang tu dari SPA which is Dato' and sorang lagi panel dari Jabatan Akauntan Negara which is Akauntan. Kira dua lah panel kan as usual. Cha nak share soalan pun rasa macam tak tau nak mula macam mana. hihi. Cha share soalan dr panel akauntan (panel b)  tu la ea. Sebab Dato' punya soalan sempoi je. macam borak2. hahaha.

Panel B: Okey puan. apa persediaan puan sebelum interview ni?

Cha: Saya baca lah sikit. *senyum. Nama jawatan pun Penolong Akauntan sure kena tahu siapa Akauntan Negara kita.

Panel B: ha siapa Akauntan Negara kita?

Cha : Dato' Haji Che Pee bin Samsudin

Panel B: (Angguk) Okey lagi apa awak baca?

Cha: Saya baca siapa KSU Perbendaharaan Malaysia. Lepastu sistem perakaunan sekarang dan sistem perakaunan akruan.

Panel B: Ha okey siapa KSU Perbendaharaan tu n terangkan kat saya beza sistem akruan dgn sistem sekarang.

Cha: (explain panjang berjela).

Pastu kebanyakan nye mcm borak2 je. Dia tanya boleh ke awak marah2 org bawahan kalau dpt jadi ni. tanya husband keje mana. sanggup tak kalau dapat Sabah/Sarawak. Pastu cha ada tanya soalan kat Dato' berkenaan sistem pemilihan calon2 simpanan ni macam mana sebab cha kan ada 2 calon simpanan. hahahaha. Dato' gelak je dengar. hihihi

Alhamdulillah my interview kali ni mmg best lah. sempoi je dapat panel mcm ni. kira soalan dia berdasarkan apa yang kita baca. Kau tanya kau jawab. gittew. hahaha. Lega gila dah settle even dpt notis seminggu je sebelum interview kan. Gelabah habis sebabnya selalu dpt panggilan sebulan sebelum interview. Panel kalau mcm ni kalau tak dapat kerja ni pun kita rasa relief je. Bukan macam haritu cha pergi siap gaduh lagi. Tak suka! hahaha. Tanya pasal politik je, cuba bagi soalan ekonomi ke kan. Molek sikit nak jawab. Hal dalam Malaysia bukan hanya tumpu politik je. Ada pernah sekali dpt panel Dato' jugak memang bagus lah. humble je. 

In sha Allah kita dah usaha kan. So kita berdoa dan bertawakal pada Allah. Ada rezeki Alhamdulillah. Kalau tak de takpela. Allah sebaik2 perancang. :)

Okey korang. Siapa yang bakal kena interview tu, Good Luck okey. Semoga ada rezki untuk kita semua. In sha Allah. :)

Lots of Love,

#MamaRayyanAfkar 







Thursday, November 26, 2015

Temuduga Penolong Akauntan W27 :)




Assalammualaikum Blogger kesayangan. hihi

Okey lah ni selang sehari update. harap2 bukan hangat2 tahi ayam la kau ni cha. bahahha. Actually kan nak update semalam, tapi tak sempat. Gelabah dapat mesej dari SPA untuk panggilan temuduga. Ingatkan dia panggil next year ke kan sekali tahun ni. Miahahaha.

Gigih check tarikh sebab tengok tarikh kawan yang dapat interview ni mostly 23/12/2015, ada yang 21/12/2015 macam tu. so dengan konfiden nya rasa, 'oh turn aku mesti lebih kurang mcm tu' rileks ah. Bila nak check kat phone, dengan line lembap nya gigil jugak nak tengok tarikh tu. Sekali nahhhhh 2 Disember 2015 weh. Nasib kau lah cha. hahahaha. Seminggu lagi. Oh mannnn! nak prepare apa ni even tahun ni masuk kali ke 3 pergi interview SPA. 

Frankly speak, kalau interview Penolong Akauntan W27 ni memang akan buat aku debor habis. Entahlah ea maybe sebab dia spesific kot compare yg cha pergi tahun ni Penolong Pegawai Antidadah S27 dengan Penolong Pegawai Penerangan S27 hari tu. Yg lain haritu boleh cakap ikut logik akal la tp yg ni memang tak boleh goreng la babe. Mati hang kena benam kat situ nanti. bhahaha. Last pergi interivew Penolong Akauntan ni 3 tahun lepas kot, masa tu dapat juga interview Penolong Juruaudit. Nak tergelak rasanya fikir pengalaman interview ni semua. Tapi bak kata husband, untunglah dapat pergi Interview banyak kali even gagal, orang lain tak dapat peluang tu kan. :) 

So minggu ni kena la gigih study sikit even rasa tahap stress dah menular ke kepala. Dengan kak ipar nak kahwin minggu depan. huwaaaaaaa. {nangisbucukatil}. Susah nak berharap dengan jawatan ni, sedih pun ada jugak sebab dah 2 jawatan cha simpanan je. sobbb sobbs! Tapi kita cuba la selagi mampu kan. Semoga ada rezki. Ameen! 

Nanti update lagi. Doakan cha ea korang! muah3.

Lots of Love,

Chacha

Monday, November 23, 2015

Chacha is Back :)




Assalammualaikum Korangggggg.

Ya Allah berhabukkkkk belog. Ya Ampun. kihkih.

Alhamdulillah. Cha sihat bertambah sihat. Korang macam mana? Hope sihat jugak. Eh lama tak jenguk belog mesti korang dah beranak pinak kan. hahahaha. Cha masih bertiga. kihkih. Banyakkk sangat nak share cerita. Banyak. Ni pun rasa mcm nak buat intro atau pre azam tahun baru. Nak start balik blogging. hihihi.

Lapar. nanti Update lagi k. Nanti tu harap2 esok. hihihi,

Take care babeh!

*sambil sapu sampah n lap habuk2. hahaha.


Thursday, February 26, 2015

Birthday Party 'Muhammad Rayyan Afkar'



Assalammualaikum,

Hai blog! hahahaha lama gila tak updates. Konon azam tahun baru nak rajin updates. Cheh! haha. Korang sihat? i alhamdulillah sihat. Bertambah2 sihat. Hehehe. 

Alhamdulillah, rasanya semua dah tengok kat IG kot tentang ending my PJJ study. Yahoooooo! selepas 4 tahun wehhh part time student. Dari bujang sampai dah beranak satu. hehehe. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan hidup daku. Tazabar nak konvo dengan anak. 

Dan Alhamdulillah, semalam 25 Februari 2015 genap setahun anakanda beta Muhammad Rayyan Afkar. Sekejap je kan? rasanya baru beberapa entry lepas cerita bersalin. (nampak sangat entry sikit) hahaha. By then, weekend lepas dah celebrate birthday Rayyan bersekali dengan pertunangan adik i yang kedua tu. Jom layan gambar.


Adik ipar n kakak ipar

Nenek su Rayyan 





Rayyan with Mak Usu 

My both family. 





My Heroes. I love you both!




Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar n semua nampak seronok sangat. Budak2 apatah lagi dengan tema Minion nya. Gigih oii mama DIY macam2. hahaha. Syukur dapat kumpulkan both family. Syukur dikurniakan kawan2 yang sentiasa supportive datang n meraikan Rayyan Afkar. 

Okey korang, nak update tu je. Nanti update lagi. hihihi. 

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “