Nuffnang

Wednesday, September 5, 2012

REVIEW: Pre-Wedding Photobook by Pixajoy

  
Assalammualaikum B2B, ExB2B and my silentreader..

Ececeh, konon byk sgt orang baca entry kau ye chacha. Sila lupakan! Anda bukan full time blogger yang org kenal time 2008-2009 dulu okeh. Hikhik.. Actually ada yg perasan ttg kewujudan cha dulu dalam dunia blogger. hahaha. Siap email tanya ni Cik Cha yang dulu tu ea. hahaha. Masih ada yg mengingati. Alhamdulillah. Memang cha dah lama berblogging sejak 2008 guna personal belog lagi satu. Dulu time cha blogging dgn Cik Epal, Cik Yana and ada beberapa blogger femes skrang. Untungglahh dorang dah femes, cha tetap mcm ni. Ahaks! Cha dulu full time blogger n 2010 tu dah stop blogging atas sebab2 membawa diri. Dah private belog lagi satu and now bangun dengan B2B Belog yang dapat share perjalanan menuju bahagia. Tak ramai follower pun takpe, sebab tak harap. Just nak ada kenangan preparation n share info. ye tak? hikhik. Eh dah kenapa melalut ni chacha hoitt... hahaha. Okeh ni nak share dengan sumorang tentang Photobook untuk pre wed yang cha cite kat SINI. Dah sampai tau!! seeeee??


Kemaen teruja nak bukak n tengok, kat opis lagi dah belek2. hahaha. Cuma apa yang cha nak cakap, even photobook ni murah tapi kualitinya sangattttttttttttttttttt TERBAIK! Thumbs up! Sebabnya mungkin kualiti gambar yang bagus, angle yang menarik ditambah dgn model yg comel.. *ini tipu. sila tutup mata. hahaha. Photobook ni berharga RM55, Size A4 n ada 30 pages. Dah sanggaaatt2 buat cha puas hati. Tak sabar nak tunjuk kat kanda esok dia balik dari kursus. Yeayyy!!

  

 

Total gambar dalam ni cha kira2 ada 122 picture. hehehe. Ok la tu dari cha nak print 4R=100pcs=RM40. Tmbah sikit je dapat yg santekkkk mcm ni. Kertas dia pun best, if kena air ke tak basah, tak kembang n tak mcm2 lah. Cha sangat puas hati. Bak kata DIYANA nak letak pic honeymoon. hahahaha.. Cha nak tunggu lagi offer dari Groupon dari PIXAJOY ni. nanti boleh print lagi. Siyes jimattt! lagi pulak packaging dia sangat teliti, yela takut album tu rosak ke hape ke kan. So thumbs up again utk security and packaging dari Pixajoy. wah wa kemaen puji melambung ni, mcm ada share dgn Pixajoy. Wakaka. Thanks juga kepada Photographer yang tak jemu2 melayan kerenah cha n kanda dan memberikan outcome yang terbaik even buat Pre-Wedding Photoshoot ni secara PERCUMA... Macam cha citer kat SINI. Ini adalah satu penghargaan untuk Matsu Photoshoot atas kesungguhan mereka. Thank you again! jumpa lagi sayanggg!

Tuesday, September 4, 2012

Bunga penanggah & Tuala Good Morning!

 

Assalammualaikum semoranggg!!

Hari ni nak post tentang bunga penanggah n tuala good morning. Pernah dengar tak word penanggah?? bukan penanggal ye. bhahaha.. Penanggah tu adalah orang yang datang tolong2 kat rumah kita time majlis. Yang datang merewang. Eh tau rewang tak? bukan rawang ye.. Rewang tu adalah salah satu acara dimana orang sekeliling, jiran2 n sedara mara datang tolong potong bawang, memasak and so on. Macam majlis rumah cha, tak guna catering. Masak sendiri yang diimport dari belakang rumah iaitu Makcik Syam. Ibu dan ayah akan bayar upah masak la kat dia, kitaorang beli barang2 basah semua. Bila memasak. maksudnya perlu la ada org datang bantu2 atau rewang kan dan orang yang rewang tu dipanggil penanggah. Orang dulu2 ada la buat sekarang. Orang sekarang jarang kot disebabkan byk catering yang tumbuh bak cendawan.HEehehehe..

Okeh cha ada beberapa reason sebab guna masak sendiri ni. 

1. Sebab majlis cha bukan lah sekadar resepsi ahad tu je. if satu majlis, cha akan hired caterer je. Tapi disebabkan cha ada kenduri doa selamat jumaat malam sabtu, nikah pagi sabtu, berinai sabtu malam ahad dan resepsi ahad nya maka jika guna catering berpuluh2 ribu habisssssss.. (Y__Y) Ayah n ibu decide upah masak mcm kat kampung2 tu. Jimat pun jimat Rm15K boleh guna beli barang basah untuk 4 majlis. Kalau catering sekarang RM9/pax utk 1 majlis. if 2000 pax dah RM18K. untuk 1 majlis je. See??

2. Jiran2 cha semua request kat ayah suruh buat mcm ni sebab dorang nak berkumpul ramai2. Tolong2 semua sebab kat shah alam ni jarang jumpa dah mcm ni. Saudara mara pun datang berkumpul n boleh spent byk masa bersama. kira gotongroyong. at least dorang ada juga kerja sebab bila catering dorang tak reti nak buat ape, duduk je tak best. hehehe

seeeee? ada banyak juga kebaikannya kan. even satu perkara yg perlu digigihkan adalah kita akan rasa sangaaaaaattt penattt.. itu je. Ayah n ibu cakap tak pela kak, penat utk sekali ni je untuk anak kahwin, hehehe. OKeh berbalik kepada penanggah, cha n ibu dah sediakan bunga n tuala good morning mcm yang org dulu2 tu buat. mcm ni..


hehehe.. dulu orang akan bagi bunga letak duit singgit kan. Ni ibu buatkan letak RM2. Cha nak buat tapi ibu beria nak buat. So lega.. hahaha.. then tuala good morning tu function nye utk lap2 peluh kot. Entah tak tahu specific reason tapi mmg akan diberi kepada penanggah sebagai tanda penghargaan.

  

 Bila dah siap, cha ikat both jadi mcm ni...


 simple but nice kan. oke la tu. Bunga penanggah n tuala ni cha buat 100 pcs. InsyaAllah cukup untuk semua adik2 yg bakal basuh pinggan. Hikhik. Cha igt nak buat lucky draw utk semua penanggah, tulis no kat tuala tu kan, ala hadiah kecik2 je mcm tupperware ke, sudu ke. Best juga tu, at least gembirakan dorg yg sedang bekerja. Ada sapa2 nak sponsor ke. Hehehe.. Tak sabar rasanya nak tengok rumah meriah dgn ramai orang. Mengembalikan suasana mcm kat kampung tu kan., Hehehe.. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dapat dipermudahkan. InsyaAllah.Oh ya, nak tahu kad cha tu ayah cakap tak cukup, kena tambah lagi 500-700pcs. Inilah dia kalau bukan catering, kemaen lagi senang nak + kan. Anak dia dah pening dah ni.. total kad 1700pcs. Phewwwwwww... Chill darlsss!

Monday, September 3, 2012

Prosedur Borang Nikah. Done! :)


 Assalammualaikum B2B, Ex-B2B n Silentreader!!

Hari isnin yang blues je ea. Hikhik. Tapi tak bagi cha, ececeh eksaited kemaen sebab pagi tadi p JAIS setelkan borang nikah. Pheuwww! Alhamdulillah lega gila semua dah setel. ni important part sebab nya if tak de borang, acane nak nikah kan. Jurunikah pun tak tahu nama pengantin. hikhik. Okeh la sini cha cerita sedikit prosedur untuk hantar borang nikah. insyaAllah mungkin boleh membantu B2B yang agak blur2 jugak mcm cha. Ngeh3. Okeh lets start! Fokusssss ye! *ehem2 mcm cikgu..

Orait 1st of all, anda semua kena ada borang la. Prosedur borang ni sama je LELAKI n PEREMPUAN tau. For cha yang duduk area SELANGOR, sekarang borang boleh isi on9 je. Isi2 n terus print. Tak comot, tak de liquid2. So yang berada di Selangor boleh p SINI   Korang kena daftar dulu, then login. After that korang kena isi la ikut borang yang available. Thats mean if anda adalah bakal pengantin perempuan, automatik borang yg available kat situ borang yang related dengan perempuan je. Tade pening2 sgt. Then dah isi semua kasi lengkap, anda boleh print. Macam ni contohnya..


Okeh DIINGATKAN ye, semua B2B ni kebanyakkannya perempuan kan, PASTIKAN part lelaki dah setel dulu ye baru proceed borang kita. Jadinya part LELAKI if dah siap, dia akan pergi jumpa PENOLONG PENDAFTAR NIKAH (PPN) atau Imam masjid area umah dia dengan bawa bersama dua orang saksi. Bawak borang, n sign depan PPN or Imam. Maksudnya 3 orang, BAKAL PENGANTIN LELAKI (BPL) dan 2 ORANG SAKSI yang namanya dah ditulis dalam Borang. 

After dah sign, PPN akan tulis diluluskan n BPL akan pergi ke Pej Agama Islam Daerah (PAID) untuk hantar borang dan bayar RM10. Lepas bayar, PAID akan bagi 1 surat Kebenaran Berkahwin Lelaki mcm ni, 


and ambil balik semua borang dan prosedur lelaki dah setel. BPL akan bagi borang n surat kebenaran berkahwin tu kepada BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN (BPP) untuk proses sterusnya. BPP juga perlu print borang mcm 1st tadi, then bawak bersama semua borang yang BPL bagi tu untuk jumpa PPN dengan membawa WALI dan 2 ORANG SAKSI. Macam cha, PPN tu kenal saksi tu, jadinya cha p dengan ayah je jumpa PPN n sign saksi cha p uma saksi tu. Mudahkan? Alhamdulillah. Sebabnya nak cari masa yang cha, ayah n 2 orang saksi bersama2 p uma PPN tu mcm susah je kan. heeeeee.. 

Okeh after dah sign, BPP akan pergi ke PAID Ex: JAIS juga untuk ambil surat kebenaran berkahwin PEREMPUAN mcam ni.

 Ni yang cha p pagi tadi ni, kat JAIS. Then tunggu la kat kaunter tu stat kol 8 lebih, and orang tu check la semua dokumen2 tu. n sama jugak kena bayar RM10 dan dapat surat kebenaran berkahwin. And lepas tu ape lagi? boleh kahhhhhwwwiiiinnnn.. wakakaka. eh bukan2 sabar2, amek balik borang tu n ada 1 borang yang kita kena isi lagi untuk memudahkan time nikah nanti mcm ni

 pastu bagi balik pada PPN tu. PPN tu mcm cha jumpa kat rumah dia je, sama mcm kanda. So senang after setel semua tadi, terus boleh bagi kat rumah PPN. n pastu apa lagi? tungguuuuuuuuuuuuuuuu la saat anda dinikahkan. Paham idok? hehehe. diingatkan yg nak isi ON9 make sure korang dah take note siapa wali, siapa saksi no ic dorang semua tau, sbb tak ley print if tak isi semua tu.

Kebetulan masa cha jumpa PPN ari tu, dalam diari PPN tak de lagi orang book tarikh 10-11-12 tu. kata PPN, ramai call tapi tak de yang dtg hantar borang lagi. Jadi dia akan proceed bila borang dah ada di tangan. Alhamdulillah, mudahnya urusan cha. Plussss PPN boleh nikah kan cha dirumah! Sebab ada yg cakap if ramai kawen on that day, kena nikah kat masjid n beramai2.. wuuuuu.. (Y__Y) tapiiiiii cha dapat nikah kat rumah. So sesape yang lmbat daftar tu, nasiblah ye. Hikhik. InsyaAllah cha akan dinikahkan pukul 11 pagi di rumah sendiri. 

Kenapa cha buat pagi? sbab senang, lepas nikah terus lunch *dasar pelahap.. hahaha n dah boleh tarik nafassss lega. tak kacau waktu zohor nak solat semua. Petang dah ley rest sekejap sementara tunggu malam untuk majlis berinai. Betul tak?? Let say cha buat lepas Asar, then kalau PPN lambat ke, ada masalah ke, abis2 nikah je dah nak maghrib, penat make up nikah tak abis, nak mekap berinai plak kan. hahaha.. Then orang tanya kenapa tak nikah kat Masjid? kan rumah Allah, bukan cha tanak nikah kat masjid, tapi memandangkan pengalaman cha p majlis nikah kat masjid, hadirin yang datang tak tutup aurat tu semua, alahaiii buat cha rasa segan nak invite ke tempat suci. Yela, itu rumah Allah kan, kadang2 org lain tak fikir, kita ni baru nak memulakan idup dengan perkara yang baik2 dan diberkati, tapi buat tambah dosa pada kita sebab hadirin yang datang tak tutup aurat semua tu. Cha tanak semua tu jadi pada wedding cha, sebab kita sebagai tuan rumah tanggung dosa. Terpulang pada masing2 la k. Pendirian seseorang tu. Please respect. Planning kena terbaik! hikhi.. 

Ooiittt dah merapu dah kau ni chacha.. Okeh harap membantu.. if anything cha tertinggal or nak tanya, please do not hesitate to email me okeh.

Notakakisecomeltuanbelog: Khamis ni kanda balik dari Kursus! Yeay!! Takpena tak jumpa more than a week. .Rinduuuu...   


“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “