Nuffnang

Tuesday, September 4, 2012

Bunga penanggah & Tuala Good Morning!

 

Assalammualaikum semoranggg!!

Hari ni nak post tentang bunga penanggah n tuala good morning. Pernah dengar tak word penanggah?? bukan penanggal ye. bhahaha.. Penanggah tu adalah orang yang datang tolong2 kat rumah kita time majlis. Yang datang merewang. Eh tau rewang tak? bukan rawang ye.. Rewang tu adalah salah satu acara dimana orang sekeliling, jiran2 n sedara mara datang tolong potong bawang, memasak and so on. Macam majlis rumah cha, tak guna catering. Masak sendiri yang diimport dari belakang rumah iaitu Makcik Syam. Ibu dan ayah akan bayar upah masak la kat dia, kitaorang beli barang2 basah semua. Bila memasak. maksudnya perlu la ada org datang bantu2 atau rewang kan dan orang yang rewang tu dipanggil penanggah. Orang dulu2 ada la buat sekarang. Orang sekarang jarang kot disebabkan byk catering yang tumbuh bak cendawan.HEehehehe..

Okeh cha ada beberapa reason sebab guna masak sendiri ni. 

1. Sebab majlis cha bukan lah sekadar resepsi ahad tu je. if satu majlis, cha akan hired caterer je. Tapi disebabkan cha ada kenduri doa selamat jumaat malam sabtu, nikah pagi sabtu, berinai sabtu malam ahad dan resepsi ahad nya maka jika guna catering berpuluh2 ribu habisssssss.. (Y__Y) Ayah n ibu decide upah masak mcm kat kampung2 tu. Jimat pun jimat Rm15K boleh guna beli barang basah untuk 4 majlis. Kalau catering sekarang RM9/pax utk 1 majlis. if 2000 pax dah RM18K. untuk 1 majlis je. See??

2. Jiran2 cha semua request kat ayah suruh buat mcm ni sebab dorang nak berkumpul ramai2. Tolong2 semua sebab kat shah alam ni jarang jumpa dah mcm ni. Saudara mara pun datang berkumpul n boleh spent byk masa bersama. kira gotongroyong. at least dorang ada juga kerja sebab bila catering dorang tak reti nak buat ape, duduk je tak best. hehehe

seeeee? ada banyak juga kebaikannya kan. even satu perkara yg perlu digigihkan adalah kita akan rasa sangaaaaaattt penattt.. itu je. Ayah n ibu cakap tak pela kak, penat utk sekali ni je untuk anak kahwin, hehehe. OKeh berbalik kepada penanggah, cha n ibu dah sediakan bunga n tuala good morning mcm yang org dulu2 tu buat. mcm ni..


hehehe.. dulu orang akan bagi bunga letak duit singgit kan. Ni ibu buatkan letak RM2. Cha nak buat tapi ibu beria nak buat. So lega.. hahaha.. then tuala good morning tu function nye utk lap2 peluh kot. Entah tak tahu specific reason tapi mmg akan diberi kepada penanggah sebagai tanda penghargaan.

  

 Bila dah siap, cha ikat both jadi mcm ni...


 simple but nice kan. oke la tu. Bunga penanggah n tuala ni cha buat 100 pcs. InsyaAllah cukup untuk semua adik2 yg bakal basuh pinggan. Hikhik. Cha igt nak buat lucky draw utk semua penanggah, tulis no kat tuala tu kan, ala hadiah kecik2 je mcm tupperware ke, sudu ke. Best juga tu, at least gembirakan dorg yg sedang bekerja. Ada sapa2 nak sponsor ke. Hehehe.. Tak sabar rasanya nak tengok rumah meriah dgn ramai orang. Mengembalikan suasana mcm kat kampung tu kan., Hehehe.. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dapat dipermudahkan. InsyaAllah.Oh ya, nak tahu kad cha tu ayah cakap tak cukup, kena tambah lagi 500-700pcs. Inilah dia kalau bukan catering, kemaen lagi senang nak + kan. Anak dia dah pening dah ni.. total kad 1700pcs. Phewwwwwww... Chill darlsss!

18 comments:

  1. menarik2...mesti best kalau ade cbtn bertuah..semngt nk wat keje..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul tu cik mah. cha pernah jadi penanggah juga yg dapat lucky draw.. kemaen semangggaatt even dapat tuala je time tu.. hahahaha...

      Delete
  2. hehe saya pun kena wat benda yg sana utk majlis b'tandang...
    thanks bg idea (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee most welcome dee.. buat pelan2 la kan.. eahhhh?? majlis bertandang pun kene take over kah sayanggg???

      Delete
    2. patut nya xmasuk campur.... tp time bahagi2 kerja antara family BS saya tu... dia yg kena settlekan hal2 penanggah ni...
      klu dah part cik Abang yg kena settle kan... mmg dia suh org laen yg uruskan bg pihak dia... mangsa nya sapa lagi... hoho

      Delete
    3. hahaha same situation mcm cha la dee.. mcm part sticker utk majlis bertandang.. kemaen kanda nak jimat print sendri atas kertas sticker, last2 nanti siapa nak tolong potong kalau tak chaaaa ni.. mak ooiii kemaen byk. hahahaha.. naseb baik majlis sendiri.. hikhik

      Delete
    4. kan~
      bukan dorg nak buat benda remeh temeh tu konon nya...
      haha

      Delete
    5. hahahaha tau tak pe.. alasan selalu kanda bagi.. sebab tu wanita dicipta utk melengkapkan lelaki, perkara2 remeh mcm ni kita bole handle. dorang tak boleh.. agagaga... layankan jela..

      Delete
    6. 2 laa pasal... grrr~
      xpe2.. kita bg dorg kerja yg xremeh plak utk disettle kan...
      keje berat2.. baru adil~

      Delete
  3. best kalau ada jiran-jiran yang sangat bekerjasama. lagi best kalau ada saudara mara yg dtg tolong. meriah. tapi tak bagi side Nana. :(

    Jiran-jiran tak mesra, saudara mara dah tak tolong sebab kebanyakkannya dah berumur. so, family Nana decide buat catering and kat dewan aje. Tak penat and tak menyusahkan org. Kang klu dah penat org bercakap. *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya pemikiran nana sama mcm cha.. hari tu cha pujuk juga ayah buat catering, sbb cha tanak susahkan sesapa.. nanti org mengata belakang plak lagi2 sedara, tapi ayah n ibu cakap itu golongan minoriti sedara cha je, rest of it oke je. plus family cha ramai, adik bradik ayah je 8 orang, ibu 10 orang. kezen pun ada ramaii. hopefully dorang dapat tolong. dah brief time raya hari tu.. jiran2 pun alhamdulillah mmg ada mcm team untuk penanggah tu.

      if tak de orang jugak pengantin le cuci pinggan. hehehe.. harap2 semuanya dipermudahkan... aminn

      Delete
    2. Alhamdulillah kalau semuanya oke.

      pengantin cuci pinggan, sental periuk. itu tradisi. kalau kat dewan dah tak boleh nak buat sume tu kannn?? hehe.

      Delete
  4. hari tu masa kahwin.... ada juga buat semua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh yeke.. nanti review plisss... mana tahu give idea lagi.. heeeeeee

      Delete
  5. selagi org nak membantu..sy ni umah atas..jadi tira terpaksa la catering jugak..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa lah tu... nak buat macm mana. terpaksa. mana2 pun oke sebenarnya.. asalkan semua orang dapat makan dengan cukup.. hahahaha

      Delete
  6. aq nk taw cha...tp kije tman ko je..hahhahaa

    ReplyDelete
  7. salam...cha xde cara nk bt bunga penggah tu ke..sgt menarik...

    ReplyDelete

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “