Nuffnang

Monday, September 3, 2012

Prosedur Borang Nikah. Done! :)


 Assalammualaikum B2B, Ex-B2B n Silentreader!!

Hari isnin yang blues je ea. Hikhik. Tapi tak bagi cha, ececeh eksaited kemaen sebab pagi tadi p JAIS setelkan borang nikah. Pheuwww! Alhamdulillah lega gila semua dah setel. ni important part sebab nya if tak de borang, acane nak nikah kan. Jurunikah pun tak tahu nama pengantin. hikhik. Okeh la sini cha cerita sedikit prosedur untuk hantar borang nikah. insyaAllah mungkin boleh membantu B2B yang agak blur2 jugak mcm cha. Ngeh3. Okeh lets start! Fokusssss ye! *ehem2 mcm cikgu..

Orait 1st of all, anda semua kena ada borang la. Prosedur borang ni sama je LELAKI n PEREMPUAN tau. For cha yang duduk area SELANGOR, sekarang borang boleh isi on9 je. Isi2 n terus print. Tak comot, tak de liquid2. So yang berada di Selangor boleh p SINI   Korang kena daftar dulu, then login. After that korang kena isi la ikut borang yang available. Thats mean if anda adalah bakal pengantin perempuan, automatik borang yg available kat situ borang yang related dengan perempuan je. Tade pening2 sgt. Then dah isi semua kasi lengkap, anda boleh print. Macam ni contohnya..


Okeh DIINGATKAN ye, semua B2B ni kebanyakkannya perempuan kan, PASTIKAN part lelaki dah setel dulu ye baru proceed borang kita. Jadinya part LELAKI if dah siap, dia akan pergi jumpa PENOLONG PENDAFTAR NIKAH (PPN) atau Imam masjid area umah dia dengan bawa bersama dua orang saksi. Bawak borang, n sign depan PPN or Imam. Maksudnya 3 orang, BAKAL PENGANTIN LELAKI (BPL) dan 2 ORANG SAKSI yang namanya dah ditulis dalam Borang. 

After dah sign, PPN akan tulis diluluskan n BPL akan pergi ke Pej Agama Islam Daerah (PAID) untuk hantar borang dan bayar RM10. Lepas bayar, PAID akan bagi 1 surat Kebenaran Berkahwin Lelaki mcm ni, 


and ambil balik semua borang dan prosedur lelaki dah setel. BPL akan bagi borang n surat kebenaran berkahwin tu kepada BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN (BPP) untuk proses sterusnya. BPP juga perlu print borang mcm 1st tadi, then bawak bersama semua borang yang BPL bagi tu untuk jumpa PPN dengan membawa WALI dan 2 ORANG SAKSI. Macam cha, PPN tu kenal saksi tu, jadinya cha p dengan ayah je jumpa PPN n sign saksi cha p uma saksi tu. Mudahkan? Alhamdulillah. Sebabnya nak cari masa yang cha, ayah n 2 orang saksi bersama2 p uma PPN tu mcm susah je kan. heeeeee.. 

Okeh after dah sign, BPP akan pergi ke PAID Ex: JAIS juga untuk ambil surat kebenaran berkahwin PEREMPUAN mcam ni.

 Ni yang cha p pagi tadi ni, kat JAIS. Then tunggu la kat kaunter tu stat kol 8 lebih, and orang tu check la semua dokumen2 tu. n sama jugak kena bayar RM10 dan dapat surat kebenaran berkahwin. And lepas tu ape lagi? boleh kahhhhhwwwiiiinnnn.. wakakaka. eh bukan2 sabar2, amek balik borang tu n ada 1 borang yang kita kena isi lagi untuk memudahkan time nikah nanti mcm ni

 pastu bagi balik pada PPN tu. PPN tu mcm cha jumpa kat rumah dia je, sama mcm kanda. So senang after setel semua tadi, terus boleh bagi kat rumah PPN. n pastu apa lagi? tungguuuuuuuuuuuuuuuu la saat anda dinikahkan. Paham idok? hehehe. diingatkan yg nak isi ON9 make sure korang dah take note siapa wali, siapa saksi no ic dorang semua tau, sbb tak ley print if tak isi semua tu.

Kebetulan masa cha jumpa PPN ari tu, dalam diari PPN tak de lagi orang book tarikh 10-11-12 tu. kata PPN, ramai call tapi tak de yang dtg hantar borang lagi. Jadi dia akan proceed bila borang dah ada di tangan. Alhamdulillah, mudahnya urusan cha. Plussss PPN boleh nikah kan cha dirumah! Sebab ada yg cakap if ramai kawen on that day, kena nikah kat masjid n beramai2.. wuuuuu.. (Y__Y) tapiiiiii cha dapat nikah kat rumah. So sesape yang lmbat daftar tu, nasiblah ye. Hikhik. InsyaAllah cha akan dinikahkan pukul 11 pagi di rumah sendiri. 

Kenapa cha buat pagi? sbab senang, lepas nikah terus lunch *dasar pelahap.. hahaha n dah boleh tarik nafassss lega. tak kacau waktu zohor nak solat semua. Petang dah ley rest sekejap sementara tunggu malam untuk majlis berinai. Betul tak?? Let say cha buat lepas Asar, then kalau PPN lambat ke, ada masalah ke, abis2 nikah je dah nak maghrib, penat make up nikah tak abis, nak mekap berinai plak kan. hahaha.. Then orang tanya kenapa tak nikah kat Masjid? kan rumah Allah, bukan cha tanak nikah kat masjid, tapi memandangkan pengalaman cha p majlis nikah kat masjid, hadirin yang datang tak tutup aurat tu semua, alahaiii buat cha rasa segan nak invite ke tempat suci. Yela, itu rumah Allah kan, kadang2 org lain tak fikir, kita ni baru nak memulakan idup dengan perkara yang baik2 dan diberkati, tapi buat tambah dosa pada kita sebab hadirin yang datang tak tutup aurat semua tu. Cha tanak semua tu jadi pada wedding cha, sebab kita sebagai tuan rumah tanggung dosa. Terpulang pada masing2 la k. Pendirian seseorang tu. Please respect. Planning kena terbaik! hikhi.. 

Ooiittt dah merapu dah kau ni chacha.. Okeh harap membantu.. if anything cha tertinggal or nak tanya, please do not hesitate to email me okeh.

Notakakisecomeltuanbelog: Khamis ni kanda balik dari Kursus! Yeay!! Takpena tak jumpa more than a week. .Rinduuuu...   


13 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, setel dah.. boleh pk hal lain pula ni syg... lega otak.. hehehe

      Delete
  2. thanks for the info cha! haish dup dap dup dap hati ini membacanya.. kita hujung bulan ni baru nak kasi setel suma.. mintak dipermudahkan aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome zila... uikkss jgn la dup dap sgt.. cha ni dup dap kuasa lapanpuluhlapan okeh.. hehehe.. aminnnn semoga urusan zila dipermudahkan juga dear..

      Delete
  3. TQ cik cha.. sebagai panduan cik bie. Sebab Cik Ode orang selangor juga :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome sayang!! certain negeri kadang2 prosedur lain kan.. Good luck utk buat borang nanti.. hikhik

      Delete
  4. bestnya dahs settle.. hukhuk.. saya pun nak kawin kat rumah juga.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setel... hope tade apa2 dah, tunggu nikah je nanti.. wahhh mau kawen di rumah juga ea dear... yeayyy!!

      Delete
  5. tarikh nikah kita beza sehari je, tp sy x proceed lagi borang nikah..huhuhu! harap2 semuanya lancar..jgn ada halangan sudah la..huhuhu! thx sbb share :))

    ReplyDelete
  6. hai dear! may i know, berape bulan sebelum tarikh kite nikah tu yg sesuai utk kite settlekan borang2 ni ye? tq~

    ReplyDelete
  7. as salam,
    nk tnye sikit la..
    kalau perempuan dgn llk ddk state berbeza, mcm sy selangor, tunang sy alamat ic kl (tp ddk putrajaya), pihak lelaki nk pegi PPN mana?

    sy pulak eventhough ddk kajang, majlis nikah buat dkt hulu langat.. so kene cari PPN dkt Hulu langat la kan?

    ReplyDelete

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “