Nuffnang

Tuesday, August 28, 2012

HIV Test :)


 

Assalammuaikum B2B dan eX B2B..

Hikhik nampak sangat tak de koje kemaen update. Agagaga. Alah ada masa 1 jam lagi nak balik, ape kata update kan. Ngeeee.. Okeh nak share pasal hari tu cha p buat HIV Test. Hari tu dah berbulan lepas tak silap bulan jun rasanya. awal tak? hahaha tapi within 6 months before wedding kan. Ok lattew. Maaf la ea siyes lupa nak snap picture utk tatapan semua. Kat semua ni semua ihsan google aje. Ngeh3. 

Orait proses nk buat HIV test ni berbeza ikut Klinik kot. Ada yang kena buat appointment dan ada yang boleh walk-in je. Mcm cha hari tu igt nak buat kat Klinik Kesihatan (KK) Putrajaya, try call sekali kena buat appointment. Dah la tu, sebulan selepas tarikh cha call tu. Mak aih! orang nak setel awal2 lambat plak. So cancel. Cha try call KK Bangi plak, tanya latest date utk buat HIV test adalah next weeknya. Ok la tuh kan, terus make appointment. Kalau tak, cha p dgn kanda, tapi kanda tak dapat nak off petang sbb busy masa tu akhir bulan, dia kena submit byk report. (Y___Y) jadinya cha p sorang. Kanda p a day after kat KK dekat dgn masjid negara tu. 

 Al kisahnya masa cha p, as usual kena datang kat kaunter then dia suruh tulis detail kita kat dalam satu buku besarrrrrrrrrrr utk rekod kot. (certain klinik tak de rasanya) then dia bagi borang utk diisi dan nombor giliran n kena p bayar RM1.


Hahaha bila nak bayar ni teringat masa discuss psl nk p buat HIV test ni cha tanya kanda bole pakai GL ke. Berdekah2 kanda gelak, siap ckp bayar jela sayangggggg.. singgit je. *gila jimat daku ni. bhahaha. ok back to story, lepas tu kita letak borang dalam kotak tu n tunggu no giliran. By that time, ada couple la sebla cha ni, yang gegirl tu pandang2 je kat cha. apa dia igt cha ni nak kawen sorang2 kot tak bawak couple. hahaha. lantak kau. 

Then bila no cha dipanggil, cha pun masuk la. Weyh nebes tetiba. Kuar la drama yg tah hape2 dlm pale otak ni tau. Kan selalu tercucuk jarum la, ter+ dgn darah org len la bole dpt HIV.. hehehe. byk kepulan2 asap atas pale ni.. ngee.. Then Medical Assistant (MA) tu perkenalkan diri dia n ckp dia akan buat ujian HIV kat cha. Cha hangguk2 je la. Then tetiba dia nampak tag ofis cha. (punya semangat smpi lupa tnggal tag>) haiy0o0o0.. 

MA: Oh keje Kementerian Kesihatan Jugak ye?
Cha: heee.. aah la.. *malu2 then terus bukak tag
MA: kenapa tak buat kat spital?
Cha: tak boleh sebab result hospital detail sgt, sbb buat ujian darah anta lab n tak de borang. hee
MA: Oh yela kan, semua nk hantar klinik. Ok, cik aishah ada risiko utk dijangkiti HIV?
Cha: (blurrrr sekejap) oh tak ada encik.
MA: kalau tak ada, ok kita buat juga test ni ea.. bagi jari manis cik.
Cha: (blurrrr lagi) jari manis? eh yg ni kan? *sengal gila time ni lupa jari
MA: *GELAK2. haih jari manis pun tak igt mana, mcm mana mak mertua nak sarung cincin.. bla bla bla
Cha: *senyum simpul... (sambil dengar MA ni bebel2) tiba2...
 

pappp! terasa sakit kat jari, mak oiiii.. pedih gila. rasa nak nanges. 

Cha: Ouuuchh sakit nya..
MA: Sakit? sikit je ni. tak sakitlah..
Cha: (sakitlahhhh hoiiii* dalam hati). amek darah pun tak sakit cm ni..
MA: OK dah siap, tunggu result kat luar ye Cik dalam 10 minit.
Cha: Mata berkaca.. thanks!

Sambil tunggu kat luar, tgk balik jari. Mungkin sakit sebab jari kan kulit nipis, tu yg sakit. huhuuhu. Terus call kanda cakap MA tu buat sakit. hahaha.. *ngada. Then tunggu Staffnurse (SN) tu panggil nama. Tetiba dia panggil.. 

SN: Cik Siti Noraishah..
Cha: ye saya..
SN: Cik dah tahu ke keputusan cik? *dengan muka siyes gila..
Cha: Erkkk.. belum lagi, kenapa nurse? ada problem ke.. (cuak gila, gigil lutut)
SN: Oh tak de apa. Keputusan Cik negative. Tahniah.. Senyum2
Cha: oh terima kasih. (mak aiiii, nurse ni boleh buat drama plak..)
hahaha.. gila tak gila. Muka SN tu siyes woiii.. Mana tak cuak. Masa tu cha terpk ape, dah le keje spital, mana tahu ter+ darah patient ke, hape ke. Siyesla, tergelak2 bila igt balik drama2 yg bermain dipikiran. Wakakaka.. Terus call kanda, citer n berdekah2 ktorang gelak. Jerit kat kanda, yeayyy! dah boleh kahwin. hehehe.. Untuk yg duduk area Bangi/Serdang/Putrajaya/Seri Kembanga/ Balakong if nak buat walk in HIV Test bole p KK Seri Kembangan, kat situ ada buat dari pukul 2pm till 5pm. Okeh itu la proses HIV Test, senang je. Tapi tak tahu la dalam masa beberapa bulan ni ada perubahan. sEKARANG cha tengah proses borang nikah. Part kanda nye borang dah setel, tinggal part cha. Nanti dah setel cha review okeh darlings. Till meet again!! 

My Pre-Wedding Photobook


Assalammualaikummmmm semorangggggg...

 Hari ni boleh update dengan suka ria, sebab doctor p meeting. Ngeee.. Bila pk2 balik mcm byk lagi tak share ni. Tapi bila dah menaip, terus idea kelaut! hahaha. Hari ni cha nak share pasal hari tu cha beli voucher kat Groupon utk Photobook. 

 
Actually cha beli sebab nak print gambar kawen nanti, sebab harga photobook ni RM 55 je compared harga sebenar RM 100++. Dengan OP memang ada Photobook nye package, tapi as usual lah kan, nak dapat hasilnya makan bulan kot! nak tengok gambar kawen sendiri pun berkurun lama. hahaha.. Jadinya cha decide untuk print je 1 dulu yang ada letak semua dalam tu. Stat dari Nikah, Sanding, Berinai dan Bertandang. Pappp! gedebuk semua dalam tu. Sebab yang kat OP nye photobook tu sure akan byk gmbar2 yang terbaik je kan. ngeee

Tapi disebabkan sifat daku yang kurang penyabar ni, cha cakap dengan kanda if boleh buat tak utk our Pre-Wedding photoshoot hari tu. Sebab hari tu ktorang nak cuci gambar kat kedai gambar, 4 R utk 100pcs RM40. Beli album sticky lagi dalam RM15. Jadinya total dah RM50++ kan. So cha pujuk kanda, apa kata kita cubaaaaa dulu guna. Yela 1st time beli voucher utk Photobook kan, tengok la if kena tipu ke tak. Ngeeee.. Kanda setuju! yessss!! 


Yang celonoknya, kita DIY sendiri photobook tu. Letak la bape byk yang kita nk. Cha nye voucher ni utk 30 pages je size A4. heeee.. ok la tu kan. Dah donlod software semua, start la buat. Tapiiiii yang paling chaaaa geram, dah siap buat kat ofis, nak hantar je ada firewall ape jadah kat ofis ni. Tak boleh nak hantar. Cha try save dalam pendrive, try hantar guna wifi kat uma, tengok2 kosong.. kosong.. kosong... *nada najwa latif. Sakit jiwa den. Buat balik dengan penuh rasa geram dan idung kembang kempis. hahahaha. Biasa la bila dah buat kali ke 2, tak secantik yg pertama. Lantak la, asal hadoooo gambar den. Ngeeee.. So last week dah upload, isnin minggu depan baru dapat. Sebab dia deliver hari khamis, Jumaat kan cuti.. (Y__Y) hehehe.. tak sabarrrr! At least kami ada Photobook pertama yang sweet2 aje compare guna kertas kodak biasa tu kan. Harga lebih kurang sama je, so y not pilih something better. Nanti dah sampai cha reveal okeh hasilnya. Kalau korang nak tengok online my e-clip photobook, p tgk SINI .. Tapi jangan gelak sebab buruk.. ahahahaha.. See yar darlings!

notahati: semalam nanges2 time kanda call dari terengganu. Dah rindu.. Cepatlah masa 2 minggu berlalu.. :'(

Thursday, August 23, 2012

Kad Kahwin Done! =)

Assalammualaikum B2B, Ex B2B..

wAHHH kemaen cha ni, wish raya pun belum kat sini kan. Gila kentang! ngeeee.. Okeh lah, disini cha ingin menyusun sepuluh jari kepada anda semua, if cha ada tersalah cakap, terkasar bahasa, terperasan sendiri or apa2 je yang mengguris hati anda semua. Maaf zahir dan batin ye kawan2. Ngeee.. Nah amek satu pic raya..


Okies dokies, 3 hari sebelum raya hari tu, cha sesaje je call Kanda & Dinda Wedding Card as i appoint to be my wedding card vendor. Tanya kad dah siap ke belum sebab cha lupa bila time patut ambil. Actually lambat lagi kan, ada 2 bulan lagi, tapi cha nak setelkan awal2 utk ambil kad semua sebb bulan 9 cha dah stat kelas. So takut bz dgn esaimen n klas semua dgn interview nye, kanda p kursus nya, byk masa dah habis kat situ. jadinya mahu setel awal2. Ngerti kamu?? hahahaha.. Okeh berbalik pada citer, cha call tetiba dia cakap:

KDWC: Kak, boleh sy confirmkan nama akak dan pasangan? 
me: sure... bla bla bla bla...
KDWC: Okeh kak, kad akak dah siap, boleh datang bila2. Kedai bukak sampai pukul 5 ye.
me: Yeke ???  wahhh best. oke dik, thanks!!

terus cha tengok jam, 3.15 ptg? mcm boleh lari jap ni. Call kanda kebetulan cuti sebab p pejabat agama anta borang n he agreed! berdesup la bawak kete pick up him and terus redah je puchong tanpa tau kat mana.. Hikhik. Alhamdulillah kami sampai tepat 4.30ptg. Whoooo takut gila sampai2 je kedai tutup. Frust ler! hikhik. Dah sampai bg no invois semua n taraaaa! kad dah siap! syokkkk gila. Ini lah hasilnya..



Cantik tak? plis cakap cantik or cha nanges nanti. ahaks! *paksaan. Ekceli cha sangaaaaaaaaaaattt puas hati dengan hasilnya. Yela dengan harga RM0.32 cha dapat kad 230gsm dgn finishing yang awesome. Ibu n ayah pun dah tengok n sukaaa.. Kenapa pilih colour gold?sila tanya kanda. Beliau yang kemaen lagi mahu kale ni. Layankan je, sebab kebanyakkan decision lain cha buat. Tapi not bad kan kale gold. Nampak kelasss! *kata kau je cha.. hehehe..

Okeh u olls, Alhamdulillah, kad dah setel. So tak payah risau2. TUnggu bulan October dah boleh edar. Cha sekarang tgh buat guest list utk post, senang nak estimate. Keje kena lah plan kan. Hehehe. Oh ya nak cakap baju raya kanda tahun ni adalah baju NIKAH yang tak jadi nak buat tu. Kemaen lagi seronok mamat ni. Hehehe. Jadinya bak kata DIYANA yang cakap pasal baju BUKAK HADIAH time wedding, insyaAllah cha pakai baju ni la. 


Tak membazir kan yunk? hikhik. Baju cha tak siap lagi, tunggu dgn baju nikah sekali. Lagipun segan nak pakai lace time raya. Hikhik.. Orait dah byk sgt menulis ni, nanti update lagi. InsyaAllah. Jumpa lagi sayangs! 

p/s: tickerspath kat sebelah buat cuak la. Another 79 days? Pheuwww!

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “