Nuffnang

Tuesday, January 26, 2016

Cuti dan Wedding Berpisah Tiada :)


Assalammualaikum koranggg!

Gelakkan diri sendiri sebab dah 26hb baru nak update blog. Busy la kata ko. hikhik. Awal2 tahun mcm busy sikit. Ni baru selesai kerja2 dan ada hati nak update blog setelah sekian lamanya. miahahaha.

Minggu ni syok woo masuk kerja je dah Selasa. Minggu depan pun sama. dan minggu lagi satu pun sama tapi masuk Rabu. Syok kan? meh la kerja Putrajaya. hahahaha. Actually start new year aritu rasanya seminggu cha memang kerja dalam 4hari je. Ada hal tetiap minggu. hikhik. 

Cuti2 macam ni as usual la kan. Orang kahwin banyak. Last week pon pergi cousin's wedding kat A-Park. Tempat abang Sukri Yahya iols tu kahwin. hahaha. Merasa aura abang syuk disitu. auwwww. hihihi.


Nothing much. Just berharap sangat tahun ni memberi berjuta-juta kebahagiaan buat diriku dan sekeluarga. Oh ya dapat juga naik pangkat atau kerja yang lebih sikit dari sekarang ni. Bukan apa, kerja sekarang ni best cuma rasanya mentally rasa tak kuat. Nantilah cerita k. hahaha. Oh husband pun baru lepas pergi interview last week. Neves weh. Kalau dia dapat sure akan pergi training 9 bulan. Nangis tepi bucu katil lah haku nanti. sobbs sobss! Takpe tunggu result lagi 2 bulan k. Mana tahu pengorbanan tu akan memberi 1000 hikmah buat keluarga kami. Siapa tahu kan. 

Okeylah nanti update lagi. Oh ya last week cha ada buat Exam online PTD. Perasaan? Rasa memang tak dapat. Soalan math dia killer habis. Malam tu terus sakit kepala. Kahkah. Minggu ni in sha Allah plan nak short vacay bertiga. Harap menjadi. clue? Op kos nak makan scone febret! hahahaha. 

babai korang!


#MamaRayyanAfkar







Fenomena Koleksi Mermaid Skirt





Assalammualaikum Bloggers! 

Pernah dengar Mermaid Skirt tak? Kalau you all nak tahu, salah satu trend fesyen yang sedang trending buat masa kini dikalangan para penggemar fesyen adalah koleksi mermaid skirt. Atau skirt yang juga dikenali sebagai skirt duyung ini direka dengan potongan yang menyerupai bentuk ekor ikan duyung dimana ia berukuran sedikit ketat pada bahagian pinggul dan loose pada bahagian lutut dan ke bawah. Ia berbeza dengan semua potongan koleksi skirts lain yang rata-rata berukuran loose dari bahagian pinggul ke bahagian bawah paras lutut. Dengan keunikan rekaan skirt ini lah yang membuatkan koleksi mermaid skirt menjadi sebuah fenomena di dalam industri fesyen tanah air kita baru-baru ini. Untuk padanan yang bersesuaian bersama rekaan skirts ini, anda boleh tampil bergaya bersama;


Pemakaian t-shirt seperti berikut. Untuk padanan yang kasual seperti ini, koleksi mermaid skirt cotton adalah pilihan yang paling ideal dan selesa.



Dan jika anda mahukan penampilan yang lebih moden apabila ingin menghadiri undangan perkahwinan misalnya, padankan koleksi mermaid skirt songket bersama dengan koleksi blouse Muslimah kegemaran anda. Ia boleh menggantikan baju kurung yang selama ini menjadi ‘pakaian rasmi’ untuk ke majlis perkahwinan.

Atau jika anda ingin berjumpa seseorang yang istimewa, padankan skirt mermaid ini bersama dengan apa jua tops yang mampu menjadikan penampilan anda kelihatan lebih feminine.


Yang terakhir, gayakan koleksi skirt duyung ini bersama kemeja untuk tampil bergaya dan elegan di tempat kerja! Cantik kan? Tak kiralah anda bertudung atau pun tidak, mermaid skirt ni memang sesuai dipakai tak kira siapa. Oh ya, apa yang lebih menarik, saya suka mermaid skirt ni kerana ianya membuatkan potongan badan saya lebih langsing jika dibandingkan dengan potongan skirt yang lain. 

Tunggu apa lagi? Zalora menawarkan pelbagai pilihan Mermaid Skirt untuk dipilih. 
Jom Shopping! :) 





Thursday, December 31, 2015

Babai 2015 :)


Assalammualaikum Blogger.

hahahaha. mana tah azam nak update blog tetiap minggu ni hoiiii. :) eh apa kabar korang harap korang sihat ye. Cha sebenarnya baru baik dari batuk. tak fully recovered lagi pun still on ubat. :'). Batuk nak dekat 3 bulan weh on off. Sakit dada mak! huhu. So far semalam baru on Prednisolone n buat chest xray kat ofis. Alhamdulillah nothing serius. Dr claim bronchitis. huwaaa. Semalam makan ubat hari ni macam dah okey sikit batuk. Semua jenis petua tak jalan. Lemon dgn madu, teh o pekat, berbotol ubat batuk habis. tp nan hado. Kena telan dadah (pred) jugak baru okey. blerghhhh. yeayyy!.

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2015. Ya Allah cepat masa berlalu kan. Macam2 pengalaman pahit manis suka dan duka cha lalui dalam tahun ni. Ada waktu rasa down sangat dengan perangai manusia ada waktu kita rasa kitalah wanita terbahagia didunia. ecewahhh! hahaha. Kalau dikenangkan balik apa yang orang buat kat kita memang sakit hati, tapi marilah kita berlapang dada. Allah tahu kebenaran dan Allah tahu siapa kita. Mulut orang mana kita boleh tutup kan. :) 

Sekarang rasa much better. Duduk ofis rasa harmoni sangat. Alhamdulillah. Syukur berkat kesabaran, Allah bagi manis pada hujungnya. hihihi. Kalau buat summary untuk 2015 rasanya banyak spent masa bersama keluarga je. Tapi rasanya tahun ni banyakkkk sangat berjalan. Berjalan dalam Malaysia je pun bukan obersea! hahaha. plg kelakar repeat pergi negeri yang sama je weh. PD rasa 3 kali, Melaka 2-3 kali jugak, JB 2 kali, Pahang sekali. Plg banyak pergi Shah Alam n Kajang la. Tiap2 minggu. Kampung la katakan. mihmih.

dan Tahun ni checklist pun semua dah dapat. yeayyyy lagi sekali. hihi

√ One Longchamp bag
√ Tefal

hahaha. yeayyy! Cha paling berterima kasih kat Husband sebab paling banyak dengar masalah, suka duka kat ofis selama ni. dan yang paling banyak support wife dia dalam kata2 semangat untuk terus kuat. hoyeahh! Dan terima kasih juga tunaikan wishlist handbag tu. Alhamdulillah. Semoga makin murah rezki ya sayang! :)

Azam tahun baru? next entry k. Elehhhh ingat orang nak sangat baca entry kau ke chaaaaa! hahaha.

Babai korang! muahciked

#MamaRayyanAfkar

Wednesday, December 9, 2015

Pengalaman Interview Penolong Akauntan W27



Assalammualaikum semuaaaa.

Hai haii. hikhik. Alhamdulillah seminggu lepas dah selesai interview. Sorry tak dapat nak update lebih2. Busy study. Ecewahhh. Kihkih. Eh cha pun tak berapa sihat lately ni. minggu lepas p interview pun dengan batuk2 lagi. Ya Allah memang la rasa stress je. hihihi.

Okey la, cha share sikit apa yang panel tanya. Actually aritu pergi Interview untuk jawatan Penolong Akauntan W27. Even tahun ni dah 3 kali p interview SPA tetap cuak n nebes tu ada. Lagi2 jawatan ini. memang tak boleh nak goreng babe. kihkih. Actually cha pun tak tahu macam mana nak describe soalan2 yang dorang tanya sebab cha nak perkenalkan diri pun tak sempat. haa nampak tak perangai? kahkah. sebabnya masa interview tu panel mcm borak2 santai aje. Dalam hati 'eh bila aku nak perkenalkan diri ni. kang hilang skrip aku. kahkah'

Panel cha sorang tu dari SPA which is Dato' and sorang lagi panel dari Jabatan Akauntan Negara which is Akauntan. Kira dua lah panel kan as usual. Cha nak share soalan pun rasa macam tak tau nak mula macam mana. hihi. Cha share soalan dr panel akauntan (panel b)  tu la ea. Sebab Dato' punya soalan sempoi je. macam borak2. hahaha.

Panel B: Okey puan. apa persediaan puan sebelum interview ni?

Cha: Saya baca lah sikit. *senyum. Nama jawatan pun Penolong Akauntan sure kena tahu siapa Akauntan Negara kita.

Panel B: ha siapa Akauntan Negara kita?

Cha : Dato' Haji Che Pee bin Samsudin

Panel B: (Angguk) Okey lagi apa awak baca?

Cha: Saya baca siapa KSU Perbendaharaan Malaysia. Lepastu sistem perakaunan sekarang dan sistem perakaunan akruan.

Panel B: Ha okey siapa KSU Perbendaharaan tu n terangkan kat saya beza sistem akruan dgn sistem sekarang.

Cha: (explain panjang berjela).

Pastu kebanyakan nye mcm borak2 je. Dia tanya boleh ke awak marah2 org bawahan kalau dpt jadi ni. tanya husband keje mana. sanggup tak kalau dapat Sabah/Sarawak. Pastu cha ada tanya soalan kat Dato' berkenaan sistem pemilihan calon2 simpanan ni macam mana sebab cha kan ada 2 calon simpanan. hahahaha. Dato' gelak je dengar. hihihi

Alhamdulillah my interview kali ni mmg best lah. sempoi je dapat panel mcm ni. kira soalan dia berdasarkan apa yang kita baca. Kau tanya kau jawab. gittew. hahaha. Lega gila dah settle even dpt notis seminggu je sebelum interview kan. Gelabah habis sebabnya selalu dpt panggilan sebulan sebelum interview. Panel kalau mcm ni kalau tak dapat kerja ni pun kita rasa relief je. Bukan macam haritu cha pergi siap gaduh lagi. Tak suka! hahaha. Tanya pasal politik je, cuba bagi soalan ekonomi ke kan. Molek sikit nak jawab. Hal dalam Malaysia bukan hanya tumpu politik je. Ada pernah sekali dpt panel Dato' jugak memang bagus lah. humble je. 

In sha Allah kita dah usaha kan. So kita berdoa dan bertawakal pada Allah. Ada rezeki Alhamdulillah. Kalau tak de takpela. Allah sebaik2 perancang. :)

Okey korang. Siapa yang bakal kena interview tu, Good Luck okey. Semoga ada rezki untuk kita semua. In sha Allah. :)

Lots of Love,

#MamaRayyanAfkar 







Thursday, November 26, 2015

Temuduga Penolong Akauntan W27 :)




Assalammualaikum Blogger kesayangan. hihi

Okey lah ni selang sehari update. harap2 bukan hangat2 tahi ayam la kau ni cha. bahahha. Actually kan nak update semalam, tapi tak sempat. Gelabah dapat mesej dari SPA untuk panggilan temuduga. Ingatkan dia panggil next year ke kan sekali tahun ni. Miahahaha.

Gigih check tarikh sebab tengok tarikh kawan yang dapat interview ni mostly 23/12/2015, ada yang 21/12/2015 macam tu. so dengan konfiden nya rasa, 'oh turn aku mesti lebih kurang mcm tu' rileks ah. Bila nak check kat phone, dengan line lembap nya gigil jugak nak tengok tarikh tu. Sekali nahhhhh 2 Disember 2015 weh. Nasib kau lah cha. hahahaha. Seminggu lagi. Oh mannnn! nak prepare apa ni even tahun ni masuk kali ke 3 pergi interview SPA. 

Frankly speak, kalau interview Penolong Akauntan W27 ni memang akan buat aku debor habis. Entahlah ea maybe sebab dia spesific kot compare yg cha pergi tahun ni Penolong Pegawai Antidadah S27 dengan Penolong Pegawai Penerangan S27 hari tu. Yg lain haritu boleh cakap ikut logik akal la tp yg ni memang tak boleh goreng la babe. Mati hang kena benam kat situ nanti. bhahaha. Last pergi interivew Penolong Akauntan ni 3 tahun lepas kot, masa tu dapat juga interview Penolong Juruaudit. Nak tergelak rasanya fikir pengalaman interview ni semua. Tapi bak kata husband, untunglah dapat pergi Interview banyak kali even gagal, orang lain tak dapat peluang tu kan. :) 

So minggu ni kena la gigih study sikit even rasa tahap stress dah menular ke kepala. Dengan kak ipar nak kahwin minggu depan. huwaaaaaaa. {nangisbucukatil}. Susah nak berharap dengan jawatan ni, sedih pun ada jugak sebab dah 2 jawatan cha simpanan je. sobbb sobbs! Tapi kita cuba la selagi mampu kan. Semoga ada rezki. Ameen! 

Nanti update lagi. Doakan cha ea korang! muah3.

Lots of Love,

Chacha

Monday, November 23, 2015

Chacha is Back :)




Assalammualaikum Korangggggg.

Ya Allah berhabukkkkk belog. Ya Ampun. kihkih.

Alhamdulillah. Cha sihat bertambah sihat. Korang macam mana? Hope sihat jugak. Eh lama tak jenguk belog mesti korang dah beranak pinak kan. hahahaha. Cha masih bertiga. kihkih. Banyakkk sangat nak share cerita. Banyak. Ni pun rasa mcm nak buat intro atau pre azam tahun baru. Nak start balik blogging. hihihi.

Lapar. nanti Update lagi k. Nanti tu harap2 esok. hihihi,

Take care babeh!

*sambil sapu sampah n lap habuk2. hahaha.


Thursday, February 26, 2015

Birthday Party 'Muhammad Rayyan Afkar'



Assalammualaikum,

Hai blog! hahahaha lama gila tak updates. Konon azam tahun baru nak rajin updates. Cheh! haha. Korang sihat? i alhamdulillah sihat. Bertambah2 sihat. Hehehe. 

Alhamdulillah, rasanya semua dah tengok kat IG kot tentang ending my PJJ study. Yahoooooo! selepas 4 tahun wehhh part time student. Dari bujang sampai dah beranak satu. hehehe. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan hidup daku. Tazabar nak konvo dengan anak. 

Dan Alhamdulillah, semalam 25 Februari 2015 genap setahun anakanda beta Muhammad Rayyan Afkar. Sekejap je kan? rasanya baru beberapa entry lepas cerita bersalin. (nampak sangat entry sikit) hahaha. By then, weekend lepas dah celebrate birthday Rayyan bersekali dengan pertunangan adik i yang kedua tu. Jom layan gambar.


Adik ipar n kakak ipar

Nenek su Rayyan 





Rayyan with Mak Usu 

My both family. 





My Heroes. I love you both!




Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar n semua nampak seronok sangat. Budak2 apatah lagi dengan tema Minion nya. Gigih oii mama DIY macam2. hahaha. Syukur dapat kumpulkan both family. Syukur dikurniakan kawan2 yang sentiasa supportive datang n meraikan Rayyan Afkar. 

Okey korang, nak update tu je. Nanti update lagi. hihihi. 

Sunday, December 14, 2014

Updates 14.12.14 :)


Assalammualaikum korangggg.. hehehe. Allah. berhabuk, bersawang blog. Tengah buat report untuk final year ni. Baru teringat blog. Nasib ingat lagi password kan? hahaha Over betul busynya. In sha Allah, it will be my last semester, last year for my PJJ Journey. 

Doakan tau!. in sha Allah a lot to update. Daripada nak share pengalaman bersalin sampai la ni pending kat draft. hikhik. Lepas ni mebi boleh lepak lama sikit kat sini sebab no assignment. No More! hihihi.

Updates? Alhamdulillah. Alhamdulillah masih bertiga. Dan bahagia. 
Syukur. Alhamdulillah. Banyak nak cerita.
Nanti ea. :) (acah2 retis kau ye)

Till-we meet-again.

Rindu awaaaaa. Saiaaa taaa kuaddd. hehehe :) 



Sunday, March 9, 2014

♥ Lahirnya My Little Caliph ♥


Assalammualaikum sumorangg. Alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah. Diberikan masa dan nafas untuk hidup di bumi Mu lagi. 

Tengok previous post rasa nak tergelak pun ada. Last post december. Dasar malas betul. N betul la budak2 ni ckp sure posr entry lepas bersalin. Hahaha. Exactly. Ngeh3. 


Alhamdulillah. SubhanAllah. Allahuakbar. Syukur sangat cha dah selamat deliver my first little caliph pada 25 Februari 2014 di Hospital Putrajaya pukul 0950 am secara normal. Perasaan semua ada. Memang nak share dengan korang. Next entry okey. Ni pun taip entry kat henpon je. Hewhew. Terkedek2 gak la. 


Oh ye, introducing my little caliph 




Muhammad Rayyan Afkar 

*hey budak kecit, pandang slek nampak. Hehe

Jumpa next entry ye auntie2. Muah3. 

Monday, December 16, 2013

Little Caliph 3D/4D Scan :)

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ

Assalammualaikum koranggggggg!. Haiiii haiii. ingat kita lagi tak? hikhik. Alhamdulillah, SubhanaAllah. Syukur masih diberi peluang bernafas lagi pada hari ni. Korang sihat tak? harap2 sihat ye. ecehhhh! mcm tulis PM kat fb je ni. hehehe. Kesian senonya tengok belog berhabuk. dan byk sangat cerita tersimpan di gerobok minda. tak terdaya nak menyimpannya. ngeh3.

Okey la, this time cha nak share pasal buat 3D/4D kat Hospital Umra, Shah Alam. Amboii citer basi dah ni nak dekat 2 bulan dah. hahaha. Takpe2, harap menjadi ingatan untuk si ibu dan little caliph ni. Okey la cha sebenarnya tak nak buat pun 3D ni sebabnya kat ofis ni ada dah mesin 3D. so anytime boleh buat. Masa baru 16 weeks pun cha dah jadi pesakit tipu2 nak try machine baru, boleh tengok 3D my little caliph lagi masa ni. hehehe. Alhamdulillah rezki kan. Tapi nak gak buat kat private sbb kat ofis bila buat kita syok sendiri je, papa dia tak dpt tengok. So peluang la ni, bagi papa dia tengok. hehehe


Untuk appointment kat Umra ni, cha buat melalui online je. Haaa senang kan. semua di hujung jari anda. ngeh2. Cha buat appointment hari Ahad lepas balik kelas dalam pukul 2.45pm macam tu. Dah sampai je, daftar n tengok2 sonographer yang buat tu Jezzlyn nama dia. Pernah google2 gak yang Jezzlyn ni memang best. So rezeki la masa tu kan. Dah sampai je, hospital staff suruh naik atas penimbang, pastu cek BP. semua okey masa tu. Alhamdulillah. Oh ya masa cha buat 3D ni pregnancy baru mencecah 22 weeks. So time terbaik la untuk buat. hehehe. 

Dah siap check sume, tunggu la kejap. Then bila masuk je bilik ultrasound tu, terus je baring n husband duduk dengan berdebarnya. Ecehh.! Then, Miss Jezzlyn tu tanya la semua detail kita kan, anak 1st ke. bla bla blaa. Then masa di tunggu tiba. Kenkonon buat muka eksaited la tak pernah tgk kan, padahal dah pena buat. Tapi intai tgk muka husband, ya Allah seronok hati ni. Muka eksaited nak tengok anak dia. Kemaen tak kelip2 mata. hehehe. After that baby terus nyorok2. Miss Jezzlyn ni pujuk2 sikit naaahhh, anak mama tunjuk muka. Tapi kemaen asik menguap je. Ikut papa lattewww! hikhik. 

Alhamdulillah masa ni, tengok baby okey je n masa ni baby nmpak macam kurus je. Sebabnya tisu2 lemak belum terbentuk lagi kan. So my baby nampak a little bit skinny. hehehe. Bismillah, wahai anak izinkan mama tunjuk gambar awak disini ye.




Tengok tu, kemaen lagi dagu. Ikut papa. Sorry kalau ikut mama sure double chin. har har har. Buat 3D/4D ni tak lama sangat pun dalam 30-40 minit. After siap, tunggu kejap n ada doctor akan review kita. Masa ni cha terlupa bawa buku pink. Tak tahu plak ada Doctor siap review. ngeh3. Tapi dr cakap everything okey. In sha Allah. After dah dapat CD and sekeping gambar, baru p bayar. Harga RM120 je. okey la. berbaloi dengan service. Highly recommended. Balik rumah apa lagi, asik la menengok gambar anak. Tak kira la suami ke isteri. hahahaha. Alhamdulillah syukur sangat dapat melihat kebesaran Allah. Terpikir kita dulu kecik2 mcm ni dalam perut ibu kita kan. heeee. 

After 2 weeks, rezeki cha datang lagi. Kebetulan kat ofis ada training untuk ultrasound then they need pregnant women. haaaa so tadah je la perutttt oi. ngeh3. Alhamdulillah kali ni dapat tengok my little caliph dah berisi sikit. Tak sangka! dalam masa 2 minggu dah bam bam anak mama ni. Tengok....




Masa training ni mebi baby tengah tido. Then kene kejut dia bangun jap, After a few minutee terus dia terlangkup tak nak tunjuk muka. Hahaha pemalu okey anak i ni. Plus kebanyakan gmbar dia kali ni byk tutup telinga. Azan ke sayang? hikhik. Pastu banyak tutup muka, pemalu ikut papa diaaa je ni. eh papa dia pemalu ke? confius jap. hehehe. Pakar2 yg buat training tu ckp mmg mcm tu, sbb bila buat ultrasound ni bising untuk baby. Sbb tu dia tutup telinga. Oh faham. hehehe

And again last week, minta dr scan lagi sekali untuk tengok berat baby. Sebabnya risau berat cha tak naik lepas 2 minggu. after 28 weeks kan check up every 2 weeks. so nurse ckap berat kena naik jugak. Lepas mintak dr cha scan kan, alhamdulillah berat baby dah cecah +-1.3kg. Tengok babycenter so far berat sama dgn usia dia. Alhamdulillah. Syukur. Pas da tgk berat, saja la doctor cha ckp jum kita buat 3D plak. Try2, nmpak sikit, pastu baby mengantuk sangat kot, terus dia terlangkup. Sudahhhhh. Nmpk tulang belakang je. hahaha. Protes ye sayang. hikhik. Tapi lepas scan kemaen lagi aktif ha. Balas dendam kat mama ye kacau awak tido. hehehe. 

Alhamdulillah, bila dah scan hati ni lega seleganya. Bukan apa. bila p check up kat KK asek tgk berat ibu je, anak tak plak nak tengok. Dah tu last scan kat KK masa 13 weeks weh. Kalau tak p private or kat ofis tak scan cemana nak tahu perkembangan baby kita kan. haishhhh. haishhh. 

Okey rasa mcm dah taip karangan plak ni, boss cuti tu sempat update sikit. ecehhh! Jumpa next entry plak ea, cerita preparation barang anak. hehehe. So far semua dah beli. Bila dah mcm ni tgk perut berombak kan, rasa mcm nak ada perut transparent je tau. nak tgk apa si kenit ni buat kat dalam tu. hehehehe. Jumpa lagi korang! in Sha Allah. :)

Wednesday, October 30, 2013

New Office - Institut Kanser Negara, Putrajaya

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ

Assalammualaikum bloggers.

Ermmm ermmm buat muka tak bersalah sebab lama dah tak update belog. hahaha. Well said im such a busy women lately ni. Dengan pindah ofis nya, environment baru nye, dengan masalah dengan orang yang suka dengkinya. haishhh haishhh macam2 hal.

Alhamdulillah cha masih lagi bernafas dimuka bumi Allah. Masih berdua membawa our little caliph ke sana sini. hikhik. Husband yang dok ngendeng je, "baby bila nak update belog. ni dah nak masuk 3rd trimester dah" hahaha stalker terhebat daku ni. ngeeee.

Hari ni nak cerita pasal ofis la. Awal september hari tu cha dah berpindah ke Institut Kanser Negara. Ekceli dah masuk core team kat ofis sementara kat Presint 11, so ni baru masuk building sebenar sbb JKR serah kunci. hikhik. So far facility best la sebab baru kan. cuma dulu duduk kat cubicles tapi skrang mcm tersorok sikit. So nak comunicate dgn org rasa mcm susah je. Pintu tengah antara cha n boss ada la. hahaha. borak dengan bos je la ea. ngeee. 







Kawan2 kat ofis baru mmg awesome. Alhamdulillah. Tak kira department tak kira jawatan mmg best la. Syukur rasanya mungkin hikmah nak transfer ni dipermudahkan. Reason nak transfer dekat dengan rumah. yela 2km je weh siapa tak nak transfer. plus rasa nk ubah plak tempat bekerja, lagi2 tempat baru nak establish. Tak terasa janggal berada di tempat baru. September hari tu ada penyerahan projek antara KKM dan JKR. Guess whattt? im the "tray lady" on that day okey. hahaha. Cemana bole terpilih tidak lah daku tahu. Perut pun tak nmpk sgt time tu. Tak caya tgk ni. hehehehe








Merah gittew. kan tak nmpk perut. plus lagipun masa tu baru 4 bulan rasanya. ngeh3. Cha berada di jabatan yang sama kat IKN ni. So hari tu nak try machine ultrasound yang baru, im the one yang jadi specimen untuk try. Alhamdulillah masa tu rezeki anak la kan. Usia baby baru 16weeks, pastu dr offer buat ultrasound 3D/4D nak trained all the medical officer how to use the machine. hikhik. Masa tu baby dalam perut kecit je. Omey je. sebab tulang2 dan semua organ baru terbentuk. Tapi syukur sangat bukan senang nak dapat free kan. Sebab cha plan nak buat 3D masa 22-24 weeks. Tapi dapat buat awal plus free. Siapa taknak. ngeh3.




Tengok, my little caliph tengah angkat phone agaknya. hikhik. Kecit je kan. Masa buat 4D nampak dia gerak2. Amboi sangat siap gaya sikat rambut lagi. Semua doctor gelak je time tu. Masa ni all doctors sume teruja gila nak tahu gender. Masa ni dah nmpk dah. hehehe. Alhamdulillah cha dah siap buat repeat 3D/4D scan kat Hospital Umra last 2 weeks. Bagi daddy dia tengok plak. nanti kita citer kat entry lain ye. hiks. Last but not least, ini gmbar latest kononnya. Masa 1st meeting kat department. haaa dah betul nampak baby bump sbb baju kurung dah ketat. ngeh3. 




Okey dearies, curi2 masa je ni. Next entry cha cter pengalaman buat 3D/4D kat Hospital Umra ye. Besttttt. hikhik. Then boleh cerita preparation for our little ones. In sha Allah jika masa mengizinkan. Skrang busy dgn assignment plak. hehehe. Semoga semuanya dilindungi dan dipermudahkan urusan kita. Eh November is coming. A lot of memories in November. I just can't wait. :)

notacomel: minggu ni dah nak masuk 3rd Trimester. How time flies. 

Tuesday, August 27, 2013

Alhamdulillah, melepasi 1st Trimester dengan JAYA nya. :)


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ


Assalammualaikum sumorangggg!. Selamat Hari Raya. *kerling kalendar. hikhik. Masih berbaki kan Hari Raya kita. Ngeh2. Okey la cerita raya tahun ni nak cerita panjang2 karang muntah korang tgk gambar je. so kita bagi teaser je la. hahaha teaser bagai, mcm wedding plak. ngeh3.

Family-In-Law

1st Raya hari tu rumah mak mertua la. 1st raya bersama suami kan. hikhik. so far Alhamdulillah okey je. seghonokkkk okey. mak mertua buat semua. wakakaka. mmg style MIL cenggitu. kita ni dia suruh duduk je. wakaka. Mesti korang tertanya2 kan, tak rasa homesick ke. hahaha. tak rasa sgt. tp a day before balik tu dlm kete dah meleleh air mata. yela dok terbayang family kita berkumpul without kita kan. gila tak nanges. tapi lama2 dah smpai uma in law. amboii mcm lupa diri. mcm jumpa family sendiri. ngeh3. lepas semayang raya. terus hubby ajak balik rumah family cha plak. hikhik




So far, pengalaman raya pertama kali bersama keluarga mertua mmg awesome. seghonokk okey. hikhik. okey la berbalik pada tajuk. Alhamdulillah, cha sudah melepasi 1st trimester dengan JAYA nya. haa nampak tak urop besar tu. heheheehe. BERJAYA okey. masa puasa hari tu skip 2 hari sbb morning sickness yang teruk benar. bukan sekadar morning je, evening, night semua ada. mmg makan je muntah. makan je muntah. so berat turun 3kg okey. serius cuak. sbb masa 1st check up ari tu jujur sgt ckp brt turun, nk p 2nd check up pun cuak gak sbb tkt nurse marah berat makin turun. hehehe.

Tapi raya ari tu ngam2 je lepas 1st trim, dan nafsu makan semakin membuak2. waaah wahhh. kemaen lagi. time ni cuak plak overweight. hahaha. pitammm! minggu lepas 2nd check up. perasaan sangat2 cuak. kena repeat scan untuk confirm kan EDD. masa 1st check up hari tu kebetulan nmpak dah heartbeat dia kan dan masa tu dr tak boleh nak confirmkan sebab baru 8 weeks. Bila sampai je kat Klinik Kesihatan Putrajaya letak buku pink n amek number.

Lepas tu as usual, amek urine, amek darah pastu tunggu jumpa nurse. masuk bilik nurse tu je hati dah berdebar, lagi2 tang nak timbang. hikhik. timbang je alhamdulillah tak turun banyak sangat dalam 1.3kg. Nurse kata tak pe, sikit je. kalau pasni kalau terus turun kita check berat baby plak ye. pastu kena baring, check tinggi rahim, tgk thyroid, bengkak kaki. kali ni tak check breast sbb masa 1st check up dah check. Kalau tak malu ittew. hikhik. Alhamdulillah semuanya okey. Its time to see doctor plak. ni part paling berdebar, dah pesan kat husband suruh tunggu kat luar nanti nak scan nurse panggil. hikhik. Masuk je, doctor cakap kita repeat scan ye. Dan terus panggil husband. Dah baring tu, selawat n baca bismillah banyak2. Doctor letak je tempat scanner tu, 

Dr: Puan tengok, dah nampak dah tu. Kepala dia. Tu tulang belakang dia.
Cha: Senyum. (Alhamdulillah, i saw it. Pandang husband muka blur)
Dr: Encik nampak tak? ni dia. (sambil tunjuk screen) ni kepala, ni tulang belakang, ni kaki dia. Tengok dia silang kaki pulak tu. mcm tahu je kita nak scan dia. Ni jantung dia. yang berkelip2 tu.
Husband: Senyum, sengih2. 

Alhamdulillah, seronokkkk sangat dapat tengok. Dapat tengok jantung awak berkelip2 tu.  Menitik air mata. Syukur dengan nikmat Allah beri. i know you were there honey. Lepas dr bagi advice semua dia suruh amek ubat lagi. So tunggu next TCA. Balik rumah tak sudah2 si suami isteri ni menilik gambar. 


Alhamdulillah mama dan papa seronok sangat tengok awak sayang. semoga awak membesar dengan sihat dalam rahim mama ye. papa dah tak sabar nak tengok awak tu. :)

Kalau 1st trimester, asal makan je muntah. Sekarang plak, asal lapar je muntah. haaa korang nampak tak permainan nya. hahaha. Tak pela, asal semuanya baik2 sahaja. in sha Allah, doakan ye semoga 2nd trimester ni lebih menyeronokkan. Thanks kepada geng2 ex B2B yang share mcm2 kat page Mom-to-Be FB tu. sangat berinfo bagi orang yg nerd mcm daku ni. hikhik. Satu persatu ex-B2B dapat good news. Alhamdulillah, syukur kan rezeki kita dah sampai.  nah picture open house hari tu. 

 Do you see my baby bump? hikhik. Itu banyak makan je. Baby nye kecit je. ngeh3. Take care tau koranggg!


Monday, August 5, 2013

Tahun ni beraya masih berdua. :)

Assalammualaikum dan salam Ramadhan yg ke 27 semuorang. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menaip disini. Tiap kali nak taip mesti je ada halangannya. Haishhh. Dan cha plak sekarang ni baru je bertukar ofis daripada Hospital Serdang ke institut kanser Negara. So quiet busy. Nanti cha cerita more bout IKN okey.

Alhamdulillah this year first time beraya as husband and wife. Dan first time juga beraya di rumah mertua. Tk payah nak sesedih sangat uma mertua iolls kat Kajang je n umah ibu kat Shah Alam je. Hikhik. Berdesup je pergi ulang alik. Ngeh3. Kesihatan alhamdulillah semakin okey dari morning sickness yang boleh tahan teruk gak. Berat dah turun 3kg okey. Huhuhu. Hope you're fine my little peanut. :)

Banyak kerja sebenarnya ni, got to go darlings. Nanti update lagi ye. Tkut tak srmpat update, nak wish awal2, Selamat Hari Raya Aidilfitri my lovelies reader. Maaf zahir dan batin from Cha and husband & little 'S'. Jemput datang rumah ea. Much love!

Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah, i am Mommy-to-be :)


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ

Assalammualaikum dan salam Ramadhan korang.

Alhamdulillah, dah masuk 8 hari kita berpuasa. Dan alhamdulillah minggu lepas dah settle paper terakhir untuk semester ni. Yeayyy! Jumpa semester depan yauww. hikhik. Okey la, tengok pada tajuk pun orang dah tahu kan. As i mention dalam last entry pun pasal good news tu mesti ramai dah syak. Tapi ramai ex- B2B dah tahu pasal cha pun. Kat fb n IG ramai dah suspect. hahahaha.

Alhamdulillah, cha dah pregnant. Baru je masuk 8weeks 4 days hari ni. Masa 1st dapat tahu hari tu pun dalam 4-5weeks rasanya. Tak berani nak bagitahu sapa2 sebab takut pape jadi. Tapi rasa nak menulis juga coretan kat belog supaya ada kenangan nak baca dikemudian hari. Orang ramai cakap jangan cakap kat sesiapa yang kita ni preggy, sebab kita tak tahu apa nak jadi dikemudian hari kan, tapi semuanya terletak pada takdir dan rezeki dari Allah sebenarnya. Cha pun just bagitahu family je. Kawan2 yg tak rapat mungkin dapat tahu bukan dari mulut cha. Biasa la berita2 macam ni tak boleh nak sorok. Lagi2 bab perubahan badan kan. hahahaha.

Okeylah nak cerita detik2 masa first dapat tahu. Cha ni tak berapa nak eksaited sangat bila period delay sebabnya lepas kahwin hari tu period cycle sume jadi ting tong. Nanti cha cerita pasal ni next entry k. Masa dah lewat period dalam 3 weeks tu cha dah rsa lain macam. Padahal kat rumah tu UPT kemaen beli sekali borong 20pcs tahu tak. tiap kali lambat sure buat. tapi this time lewat 3 minggu pun tak semangat nak buat. ahaha.

Bermula kisah pagi Jumaat tu cha buat la UPT for first urine kan. Masa tu tak berharap apa2 pun sebabnya past 6 months lewat pun tiap2 bulan buat mmg kuar 1 line ke. :( Pastu dah celup n biarkan la kat situ mandi2 n masa nak amek wuduk tgk kat sink. Ermm okey, 1 line je. Dah agak da. Pastu nak amek stick tu utk buang, cha tenung betul2, tgk mcm ada faint line je. Sampai pening okey tenung upt tu. Pastu mmg tenunggg lagi eh mcm ada je. pastu simpan n terus g kerja. Lewat masuk hari tu gara2 tgk upt okey. wakaka.


Pastu p kerja dok terngiang2 la tgk upt tu. tak tenang rasanya. tak sabar nak balik rasa nak buat lagi sekali. Dah sampai rumah, baru cerita kat husband, pagi tu buat upt pastu nmpak macam ada double line. Husband tak caya n suruh cha buat lagi sekali ptg tu. Cha pun buat la, n nmpk macam faint line lagi tp letak kat tmpat bercahaya baru nampak. Then hubby tanya,

Hub: Baby ada lagi tak upt ni?
Wife: err ada. kenapa?
Hub: Meh bagi kat b satu. Biar b try plak. nak tengok kalau negative, faint line ni nmpk gak tak if dekat cahaya.
wife: haaaa? biar betul. mana pena lelaki buat upt. kalau positive macam ne? *gelak2
Hub: hahahaha, kalau positive i mengandong anak u la. *sambung gelak.

Then cha bagi la husband satu upt n dia buat. Terang2 la negative nye kan. tapi berdebar gak tunggu line tu naik, buatnya positive tak ke konfius? wakaka. then husband compare kan cha punya upt n dia punya. n he said yg mmg nmpk 2 line cuma kabur sgt. Masa tu hati berbunga tapi tak simpan harapan sebab kdg2 terjadi chemical pregnancy. :'( Then decide nak guna digital clearblue tu je. Sbb dah beli bulan lepasnya. Mmg niat nak guna if keadaan mcm ni la. Kalau nak guna saja2 mmg tak la. Mahal woii. RM29.90 tu. Tapi sangat accurate. Ikutkan hati nak je buat malam tu, tapi sabarkan hati nak buat pagi sabtu tu.

Dah pagi tu terasa nak p toilet, terus tadah urine. Tak lena tido weh malam tu wa cakap lu. haha. lawak gila. Pastu terus amek UPT clearblue tu n celup. Dia kena tunggu dalam 3 minit macam tu baru keluar 'Pregnant' or 'Not Pregnant' n baru keluar brape weeks dah pregnant. Haa canggih na. hikhik. Dah tunggu 3 minit, masa tu tgh gosok gigi n cuci muka, tetiba keluar 'Pregnant'. ya Allah, Tuhan je tahu perasaan time tu. Syukur sangat. pastu tunggu plak dia keluar 2-3 weeks. 

Apa lagi, masa tu terus solat subuh n sujud syukur sangat atas pemberian ni. Pas solat cha p kat hall sekejap n buat menda ni. hikhik.


Comel kan? hahaha. Perasan!. Masuk bilik je, pastu husband terjaga n tanya. 

Hubs: Dah kencing? Dah try buat? *sambil tutup mata ni.
Wife: Oiitt ngigau ke apa. hahaha. 
Hubs: *buka mata. Dah buat upt ke syg? so cemana result?
Wife: Dah.. *nada lemah je kenkonon tak semangat. Pergilah tengok kat luar (hall)
Hubs: Negative ke? *bangun terus ke hall.

Selepas beberapa saat, Yesss! Alhamdulillah. Masuk bilik sambil peluk n cium isteri dia ni. hehehe. Indahnya saat itu. Kemaen senyum memanjang. Balik kampung terus la bagitahu ibu. Semua terkejut n seronok lagi2 adik beradik cha yg tak sabar2 nak anak buah. erghhh. In sha Allah, anak ni bakal menjadi cucu pertama untuk kedua2 belah keluarga. Mana tak eksaited. hikhik. Pastu korang nak tahu, cha ni addict gila nak buat upt kalau boleh tiap2 minggu sampai ke appointment doctor. dah obsessed kepada Pee-on-Stick (POS). maklum la upt tu ada banyak lagi. hahaha. Upt pun iolls beli kat groupon okey. hikhik.

 

Nampak kan beza dari 1st time buat upt yg ada faint line n sampai nmpk betul2 double line nya. yg bawah sekali tu korang tak payah tgk lebih2 sebab itu husband punya upt, terang2 negative. hahahaha. Semalam appointment pertama cha dgn klinik n dah buat buku pink!

Then p semalam supposedly cha dah 11weeks ++ tapi bila scan baby baru 8 weeks 3 days. Doctor bgtahu ini mungkin sbab irregular period dan tak tahu bila waktu subur. so EDD lagi terkedepan la kan. Alhamdulillah, semalam dapat tengok my little peanut with the heartbeat. Seronokkk sangat. Semoga awak baik2 je dalam rahim mama ye. Mama n papa love you baby :). Dr cakap semuanya okey, kantung okey, baby okey, heartbeat okey. in sha Allah okey. Dr n nurse baikk sangat. 1st check up satu badan dia check.  :)

Alhamdulillah atas satu lagi perasaan yang tak terungkap. one moment yg paling indah selepas nikah. ini lah dia dan hari2 mendatang akan membawa seribu moment pada bakal2 ibu kan. Kepada yang mendoakan cha, terima kasih banyak2. in sha Allah sesiapa yang sedang ber TTC tu im spreading the baby dust to all of you. Semoga ada rezeki kita semua melalui moment2 terindah dalam kehidupan. in sha Allah. Doakan baby dan mama sentiasa dilindungi dan diberkati sehingga akhir perjalanan hidup kami. Ameen.

notacomel: Macam tak percaya i am Mommy-to-be :)

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “