Nuffnang

Wednesday, September 26, 2012

Review: Table Centerpiece

Assalammualaikum B2B dan Ex B2B sekalian...

Kemaen malas cha nak update lately ni. Hehehe.. Semalam busy sikit dengan validasi subjek n tutor dgn lecturer. Maklum lah PJJ Student go thru on9 je dgn lecturer kan. Heeee.. Sebenarnya ari ni tade mood, sebabnya time nk p keje pagi tadi realise yg sebelah earring cha hilang. Tak sempat nak carik atas bedsheet sebab dah lambat. Sedih2 sebab earring tu cha baru beli 3 hari. Cakap kat kanda, sedih earring hilang n dia suruh carik balik nanti. Kalau tak jumpa cemana? anggap la tiada rezki dan kena la p beli lagi sepasang kan. Duit lagi. setakat 3 pasang soplo hengget tu tak kesah, tapi earring emas mana dapat. Huhuhu.. Doakan balik nanti cha jumpa la ea. 

Okeh la, letak blakang cter earring n sekarang cha share tentang Centerpiece. Actually cha malas nak buat centerpiece ni, sebabnya hari tu igtkan meja kat khemah cha jenis meja 4 segi yg panjang tu kan, sekali ayah ckp tanak, dia nak guna meja bulat. So utk tak nak nmpk kosong je meja tu, hari cha terpk nak DIY centerpiece. Cha nak buat sesimple yang boleh. Barang2 pun amek yang mana hado je kat rumah n rumah bakal-mak-mertua. hehehe.. 

Barang2 yang diperlukan,

 
1) Botol jar kaca @ tin @ pasu kenit
2) polisterin
3) Lidi
4) Dolly Paper
5) Tag atau sticker
6) Ribbon
7) Cellotape , Double side tape

Mari start berDIY. hehehehe.. Botol jar tu adalah ihsan dari rumah bakal-mak-mertua sebenarnya. Kanda jenis suka kumpul2 if p mana2 uma org kawen kan, jadinya cha dapat la dalam 17 biji. So i need another 13 kot. Sbb cha mungkin buat dalam 30 Meja. Tak termasuk meja VIP.


 First thing korang design dulu sticker atau artwork kot yg bulat tu ikut size dolly paper yang korang beli. Mcm cha nye dolly paper size 5.5" kalau tak silap. Cha n kanda design ari tu guna AI kat rumah kanda. Berpinar juga mata ni. Tapi alhamdulillah dapat la design simple dan memuaskan hati. Cha nak letak date tapi kanda tanak sebb dia nak guna letak rumah dia pulak nanti. Cha ckp letak la dua2 date, degil kanda ni tanak jugak. hahaha.. Print je atas kertas A4 biasa or nak senang print atas kertas sticker. Cha gne A4 biasa je, Macam ni.. hehehehe

 

After that, korang lekat la sticker tu atas kertas dolly tadi n lekatkan...


After that, potong sikit polisterin letak dalam jar, n cha penuh kan jar tu dgn plastic lebihan pen yang diberi oleh Bakal-Mak-Mertua cha. Dia kecik2 je, buatkan jar tu berat. Macam ni.. 

 

Hahaha. Jimat kan?  ngeeeee..Anda semua boleh gantikan dgn anything dengan apa2 yg boleh mcm polisterin yg hancur2 mcm dalam bantal tu ke or else..  After that cover up the jar dgn dolly n ikat guna getah n ribenkan tepi getah tu dgn riben lah. 

 
 Yang ni cha pending lagi sebabnya nak beli riben kale grey. Hehehe. Then cucukkan dolly yg dah dilekat dgn lidi tadi tu kat tengah2 polisterin tu.. N tadaaaaaa! dah siapp...


Actually dibahagian bawah tu cha nak letak bunga carnation DIY mcm engagement hari tu, guna tissue paper. Tapi ianya memerlukan kesabaran yg tinggi sebab 1 centerpiece ada dalam 4 kuntum sila darabkan dgn 30. Jadinya mcm tak sempat nak buat, assignment pun dah banyak, jadi sesimple ni je la cha buat ea. Hahahaha... Oh ya, sticker tu lekat cha lekat depan belakang untuk lagi cantik. Okeh la kot kan.. or any idea lagi untuk bagi nampak comel dan sweet dan tak memerlukan byk masa?? hahahaha... Bubye sumorang!

Monday, September 24, 2012

Kasut Nikah.. Patut beli ke tak??

 

Assalammualaikum semorang....

Harap2 tiada yg Monday Blues hari ni. Hehehe.. Cha busy sikit hari ni sebabnya pagi tadi teman future Mother-In-Law ada appointment kat spital cha. (sejak bila cha ada hospital) ngeh3. Actually mak ada appointment kat klinik oftal tempat cha kerja. Heee.. So teman la jap dengan kanda. Kira date sekali dengan kanda bersama mak. hehehehe.. Okeh berbalik pada tajuk. Cha sekarang ni confius sebenarnya. 

Cemana nak memulakan cerita ea. Okeh cha ari tu nak beli kasut nikah dgn kanda. Tetiba kanda cakap kenapa tak pakai je kasut hantaran time tunang hari tu. Dah la beli memahal tapi tanak pakai.. (Y____Y) Which is colour mcm kulit jugak n masuk jugak kot dgn baju nikah we all which is soft gold. Kasut hantaran cha mcm ni...




Then cha cakap kasut tu mcm formal utk p ofis je. Then bila dah p kuar survey2 cha tgk range harga kasut lebih kurang RM70-RM100 utk sepasang. Oh mennn! mahalnyaaaaaa...melayang lagi duit. By then kuar dgn ibu plak ckp nak beli kasut nikah, situasi yg sama mcm dgn kanda. Agagaga.. Lagi plak, cha ni nikah kat rumah je memang tak pakai kasut la kan, cuma mungkin nak p outdoor tu sekejap je.. then balik. Tu yg kanda queries kalau beli mahal2 nanti lepas tu pakai tak..? Kalau pakai, so belilah, dia tak kesah. Tapi kalau beli sekali je pakai, membazir je. Woootttt2.. tergamam daku.. ngeh3.. Kasut yg cha tgk tu heels 3 inci kot. Then cha jawab balik, alaaaaaaa kasut tu nanti boleh sewakan kat orang len.. *tunang dia ni kuat menjawab... hahaha

Kalau korang cemana?? korang akan beli tak?Ada option mcm ni:

1) dah ada kasut hantaran mcm kat atas tu, jadi pakai je apa yang ada (bak kata kanda n ibu)
2) Kalau jumpa 1 kasut yg cantik tapi rege dalam RM35 je..
3) Takpayah pakai kasut time outdoor.. Rare tu.. bhahahahaha....
  
Give me solution please. Byk perkara lagi nak fikir ni. Ngeeee... bye lovelies!.

Friday, September 21, 2012

Baju Tidur & Baju Honeymoon :)

Assalammualaikum dan Salam Jumaat Bakal-bakal pengantin!!

Sekejap je dah jumaat kan. Pagi tadi bangun2 je dah teringat, eh jumaat? Minggu depan last week of september.. Terus sembam muka balik kat teddybear.. tanak pk. hahaha.. Okeh hari ni rasa nya nak share perkara yang ringan2 je. If sempat petang karang mengarang lagi entry yang heavy sikit. Ngeh2. 

Berbalik kepada tajuk, ehem2 baju tidur? baju honeymoon? Hehehe,. tentang baju tidur tu rasanya semua B2B pun mesti fikir akan beli juga nanti kan. Yela kecantikan utk suami. Betul tak? hehehe. Btw cha ni mmg sejak bujang (mcm sekarang ni) memang tidur pakai baju tidur. Sebab selesa sgt plus cha dok sorang kan, so tak de rasa segan ke ape. Dalam lemari tu mmg byk baju tidur, tak kira la suar ke, yg skirt ke, yg sopan, yg seksi ke, mmg cha selalu pakai. hehehe. Tapiiii idaman hati cha sekarang ni nak baju yang ada robe tu. Sebab senang sarung je if baju tidur tu seksi kan. So hari tu cha dapat grab satu baju tidur siap robe. Dah sampai semalam.. Tara!!!

 

Sangattttt comel dan sweeettt. Sukaaa sangat2.. gambaran baju tidur tu lebih kurang cm ni la.. 


Comey kan kan kan.. Hikhik. Cha ni pesen suka tidur pakai baju tidur sebab kain dia sejuk. kalau satin tu lagi sejuk. So tak la rasa kekok if nak pakai baju tidur pas dah kawen nanti kan. Eh kenapa cakap pasal tidur2 ni. hahaha. Okeh cerita pasal baju jugak, cha dah ada beli beberapa baju yang cha nak pakai pas kawen nanti. Awal2 lagi cha dah beli baju ni sebenarnya, sebabnya kanda pun suka je pakai baju sesama.. sweet katanya. hahaha.. Ari tu ada beli baju ni,


i love my wife and i love my husband. Memang kena pakai after kawen la kan. So cha dah siap2 basuh n lipat elok2. Nak bawak p honeymoon nanti. Ngeh3. Ni ada lagi yg cha beli time jenjalan kat JUSCO ari tu.Tetiba nampak Padini buat sale, so terus la grab.. amek round neck shirt, cha nye size S, and kanda size M. Dapatlah lagi sepasang. hehehe

And hari tu cha ada beli couple set kat on9, baju kemeja lelaki n dress utk perempuan. Santek n comel, Konon2 nak bawak p honeymoon jugak, yela dress mcm tu sesuai bawak p tepi pantai, verangan2 lebih. hahaha. Then hari tu ktorang pakai time dinner ofis yg tema nye bebas. jadi ktorang buat la tema santai. Wakaka.. men belasah aje. Ni la baju nyer.. comey tak.. hehehe



Tapi cha tak bawak kot bju ni p honeymoon, sbb rasa nak pakai shirt je. Senang malas gosok2. hahaha. Okeh la, stop dulu cerita pasal baju. kOrang semua ada juga tak beli baju2 cm ni.. Share jum!! Take care si gadis berdarah manis... (@____@)

Thursday, September 20, 2012

Guestnote Ganti Guestbook... :)


Assalammualaikum gorgeous!!

Ehemmm2.. hari ni actually tak busy sgt, doctor p meeting. Jadinya busy ke sana sini. Merewang. wakaka.. bosan dok tmpat cha tu, sensorang aje. Ngeh2. Okeh hari ni cha nak share pasal Guestnote. Ape dia guestnote? alalala dia mcm guest book jugak, tapi disebabkan cha kurang bajet untuk guestbook tu, jadi cha amek idea kak kina dalam entry INI. Hehehe.. memang totally tiru la kan, eh silap amek idea kak kina. Dia bagi! ngeeeee.. So dengan semangat cha design cm tu jugak tapi cha letak gambar chandelier besar kat belakang tapi opacity dia paling light la. hehehE. Rasanya semua orang kenal kan Kak Kina ni, ex-b2b yg sgt kretip, seronok tgk. Untung dia kretip + rajin. Cha ni kretip je tapi tak rajin. Eh2.. ngeeee. Okeh meh tgk design yg cha buat. Tara!!!!! 


Pas design terus cha print atas kertas putih yg tebal sikit. Kat opis ada. so amek jela sbb dorg tak guna sgt. ngeh3.  Cha pk ada logik juga buat ni sebab nya orang tak perlu nak beratur panjang2 tunggu turn nak tulis kan. *bajet ramai nak tulis. Ngeh2. Okeh then hari tu cha keluar dengan kanda p Mines p carik Peti Surat.

 

 Pas orang tulis masuk dalam petisurat. Then p Daiso plak p carik pen kaler2. 

 

hahahaha.Okeh total damage utk buat Guestnote ni

Kertas Putih tebal: FREE
Peti surat : RM 12
Pen Magic color: RM5 (untuk 30 batang) 
Frame Ikea: RM 4.90 (hiasan)

TOTAL: +- RM21.90.. 

sO boleh jimat dalam 5 kali ganda kot kalau guna GUESTBOOK kan? hehehe. Korang tau ke konsep nye cemana? alalala orang datang n tulis n masuk kan kat dalam Peti surat. Mcm tulis2 surat cinta tu. hehehe.. Then pengantin iaitu saya dan suami akan baca sambil gelak2 after that simpan dalam album gambar yg sticky tu. InsyaAllah cha nak sediakan token kepada yg menulis. Sekadar suka2 je.. yg less than RM1 ke kan. Nanti dah ada cha review ea. Cha dah suruh adik yg blaja kat puncak alam tu utk reserve beberapa kawan dia utk jaga guestnote corner tu. Yela kawan2 cha semua dah kawen n ada anak cemana nak jaga kan. Ngeee.. Orait nak tanya pape bole email je okeh... Thanks to kak kina sebab bagi idea utk B2B yang bajet mcm cha ni.. hehehe.. 

Wednesday, September 19, 2012

3 in 1 : Kad Kahwin, Bilik Pengantin, Baju Nikah.. :)

Assalammualaikum semoranggggg!!!

haiiii.. haiii... chaaa rindu kat belog. Pelop2 meyh. HIKHIK.. siyes busy gila minggu lepas. Hantar rombongan meminang cousin nye, pastu semalam Interview nye. Alhamdulillah, everything goes well. Cuma ada jugak beberapa soklan yg tak dapat jawab. Weehuuu.. Sistem perakaunan kerajaan mana lah cha tahu sgt, cha ni uat admin okeyh. hehehe. Takpelah, dah usaha kan? sekarang doa dan tawakal. If ada rezki nak kahwin ni, alhamdulillah. If not, kita cuba lagi. Heeeee..

Rasa mcm lama je dah tinggalkan belog. Tengok tickers pon dah tinggal 52 hari. Woooo.. apesal masa sgt  mencumbui eh silap mencemburui kita. NGEH2. Actually entry kali ni cha nak update beberapa perkara tentang wedding. 3 in 1, dah mcm Nescafe lah. Kira QUICKIE UPDATE la ea. hehehe

KAD KAHWIN

okeh seperti yang sedia maklum, kad kahwin cha dah lama siap. Last month lagi. Tapi tetiba 2 minggu lepas, ayah cakap mcm tak cukup je 1000pcs tu. Dia suruh order lagi 500 pcs. Makkk aih.,. ayah ni nak jemput sapa lah gamaknya. Cha dah jadi down sikit, sebabnya kena tempah lagi n bila tempah sikit, harga jadi mahal.. (Y____Y) hari tu ayah cakap cukup, tetiba tak cukup. 

Jadinya terpaksa cha tempah lagi. Niat hati nak tempah je kad lain yg rege range 20sen, tapi tak sedap hati plak beza2 kan kad kat tetamu. kalau boleh semua nak sama. Jadinya cha berbalik ke vendor kad cha, try quote harga reprint utk 500 pcs dah lebih kurang if cha tempah 1000pcs. Jadinya, sebagai konklusi, cha tempah je 1000pcs lagi. Haaaa.. sonang koje. So tak payah nak takut2 tak cukup kad. Cha akan bagi dalam 200 pcs kat kanda extra. Total kad cha 1800pcs. Ni la kalau masak sendiri, suka2 hati tetamu tu nak jemput berapa. Hahahaha. This week cha amek balance kad, naseb baik awal ckp, so guna artwork yg sama aje. Ngeeee..

BILIK PENGANTIN

Okehhh, pasal perkara ni sgt jeles tengok semua orang beria2 post kan. Tapi cha rilek2 aje kan. Hahaha. Sebabnya ibu yang nak uruskan semua hiasan bilik pengantin tu. Hari tu cha bagi idea, tetiba kena reject. huhuhu.. sedih. Jadinya malas nak selisih faham bagai.*korang ada tak rasa macam ni.  So, cha serah bulat2 segi empat kat ibu nak deco. Malas nak pening2 kepala. Dan yang bestnya, deco bilik pengantin tu my auntie nak sponsor. Dia akan transfer duit utk beli cadar n hiasan tu semua. Alhamdulillah, rezeki lagi. Syukur2.. Thank you auntie!! hehehe.. Ni idaman hati cha utk bilik pengantin.. huuuuuuu



BAJU NIKAH

Haaaaa.. ni baru amek ukuran jumaat lepas. Lambat tak? lambat kan. wakakaka.. sebabnya busy lah. Tapi tak pe, insyaAllah boleh siap by October. Tailor yang buat baju nikah cha ni adalah my bestfren ever since darjah 5. Heeeee.. Dia bukan tailor pun, cuma amek part time sebab dia ni dulu degree in fashion designer skrang jadi cikgu. HAahahaha. Baju nikah stick pada entry before this, cuma ada sedikit perubahan part kain tu kot.Hari tu nak kain flowy2 kan, mcm ni... 



then memang guna banyaaakkkkk kain. Dalam 5-6m chiffon. tambah lagi dalam RM200++ utk part kain je.. Weeehuu.. lap peluh. Jadi decide utk tmbah dalam sikit je, So cha cakap je kat bff cha utk buat jela jenis kain mcm mana pun asalkan lain dari yg duyung or kipas. See? senang kan cha ni, tak suka nak semak kepala. Tapi bff cha cakap dia nak buatkan kain pecah 6, flowy jugak tapi tak byk sgt. Mebi mcm ni kot,


or mcm ni.. 

Mcm ni la kot sketch yg bff cha lukiskan. Sbb katanya kain tu nanti buat flowy2 sgt pakai sekali je sbb nanti segan nak pakai g jenjalan. Betul jugak. Ah persetankan segala rasa nak bermegah2, asal majlis tu selamat sudah dan baju tu siap tak de koyak2. hikhik. Tak sabar nak tgk hasil, semoga segalanya baik2 aje kan.. hehehehe 


Okeh itu jela utk hari ni. Entry tanpa gambar. Tak de orang nak baca punya. Boring! hahahaha. Esok insyaAllah cha update pasal Guestcard. Kalau tak busy la. Hehehe. Eh thanks kat Diyana untuk contact no org kompang tu, n yg silentreader kot yg email tanya pasal photobook ari tu, harap dapat membantu. Dan yang mendoakan untuk interview cha hari tu, thank youuu so much!.. Sharing is caring kan? tu yg sayang semua b2b ni.. Take care darling!!

*semua picture credit to google.


Friday, September 14, 2012

Temuduga SPA. Pray for me :)


Assalammualaikum semorangg!! 

wah kemaen lama cha tak update ni. Hehehe.. Semalam busy dgn jamuan raya bagai, tak sempat nak ngadap pc. Kalau boleh nak update hari2. Hehehe.. *bajetadaorangbaca.. wakaka.. Eh ari ni cha busy plak untuk preparation interview next week, hari Selasa. Last month dah dapat tahu dah untuk interview, tapi biasa la kemaen busy. hahahaha.. 


Alhamdulillah hari tu cha lulus peperiksaan khas dan ni 2nd step untuk dapat jawatan tu. Cuba yang terbaek kan, mana tahu ada rezki nak kawen ni. Kalau tak dapat pun tak pe, Alhamdulillah cukup gaji sekarang even tak besar mana kan. Syukur ada keje, government juga.. hehehe. Tapi if dapat, alhamdulillah lagi sebab boleh bantu2 suami nanti kan. hikhik. So dari pagi tadi cha dok mengupdate resume sebab lama gila tak p interview ni, plus cha nyer resume sume dalam english, so kena translate semua ke BM.. yang kelakarnya siap guna ni.. 

 

 hahaha.. susah nak cakap certain term account in malay. bila di BM kan jadi kelakar pulak. hahaha. dan hari ni kanda suruh baca ni plak, berkaitan dengan akauntan negara..


Mak oiii pitam!. Malam tadi study dengan kanda pun pening. Mentang2 kanda orang kewangan, so senang la dia nak mengajar. Tunang dia ni orang admin, agak lambat sikit la. 1st time tgk dia mengajar, gila serius!! takut nak pandang muka. hahaha.. Okeh la, insyaAllah minggu depan cha update pasal Guestcard. Dah siap dah! Yeay! Korang2 doakan yang terbaik untuk cha ea. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah. 


Jumpa lagi Rabu depan. InsyaAllah.. 

Wednesday, September 12, 2012

Alhamdulillah, 7 Months Engagement :)


 Assalammualaikum semorang..

heeeee. ari ni mood nak update preparation ke laut lagi. mY bff tak bersalin lagi untuk keluarkan baby dia yang meninggal dalam kandungan. I'm feel so sympathy, but i can't help. Hari ni dah induce 2 kali tak buka lagi jalannya. Praying for her okeh darl? huuuuuuuu.. Hari ni nak share la, hari ni kan kite punye 7th monthsary engagement tau. *nada gedik. hahahaha. 

Alhamdulillah, rasa mcm semalam je baru bertunang.. mcm baru semalam je bertungkus lumus utk majlis. ni  dah 7 bulan?? agagaga..  byk yg cha belajar sepanjang pertunangan ni. plus cha pun baru kenal kanda dalam 6 bulan n terus tunang. So waktu pertunangan ni la masa untuk ta'aruf diri masing2. Kira kami ni bercinta lepas tunang le. b4 dis pun tak couple2, just kawan baik je. Indah juga bercinta time tunang ni, lagi2 msa buat preparation nak kawen. hehehehe.. Cha ni memang jenis pesen akan wish tiap2 bulan, siap berebut2.. hahaha. 


Happy 7th Monthsary engagement honey. 
Hope our love will remain till Jannah. InsyaAllah. 
Another 2 months to be your wife. 
Wehheeeeuu.. Excited+nervous!  
Semoga segala urusan kami dipermudahkan.. Aminnn..  

Tuesday, September 11, 2012

Kompang real atau kompang CD??


Assalammualaikum semua..

Harap2 semua sihat ye. Ekceli semalam nak update, tapi tak de mood plak sebab dirundung kesedihan. Pagi semalam cha dapat tahu my ex roomate aka my bff baru je kehilangan anak dalam perut. Meninggal dalam kandungan sabtu lepas. dah la nak due 15hb ni, cha baru je pegang2 perut dia jumaat lepas ckp cepat2 kuar nanti ley p wedding auntie, semalam dapat tahu dia dah tak de. Sedih nya.. (Y____Y) first baby okeh, n my fren was very2 excited waiting this baby. Today baru induce utk keluarkan baby n kebumikan. Lama kan nak tunggu kuarkan baby. i can't imagine how if im in her shoes. Kendong baby for a few days yang tahu dalam tu tak bernyawa lagi. (Y_____Y) and one more thing kena berpantang macam orang bersalin but without baby kat sebelah. Ini lagi sedih.. (Y___Y) semalam dah nanges2, tapi hari ni ok dah. cha kena tunjuk semgt dpn dia, if kita sedih, dia beribu kali sedih kan. huhuhu. Al fatihah buat arwah. Tunggu ibu dan ayahmu di syurga ye sayang. Semoga tenang disana..

Okeh dear, itu anak orang if anak sendiri cemana. huhuhu. Itu takdir yg tertulis utk kawan cha kan, kita doakan yang terbaik utk dia dan kuatkan semangat dia. Mungkin ada rezki yang lebih di masa depan. Oh ya, hari ni nak tanya la pendapat korang. Pasal kompang di majlis perkahwinan. Cha konfius sekarang ni. Sebab nya hari tu kan cha quote harga pasal harga kompang ni sekali dia amek RM450 untuk majlis bersanding if sekali majlis berinai RM600. Mahal kan? Please cakap mahal sebab memang mahal pun!!. 

Tak ada ke yang RM200 ke skrang. Rasa mcm membazir plak cha rasa nak spent RM 600 tu semata2 utk kompang yg tak sampai sejam tu. Cha n ibu decide nak guna je kompang CD. senang keje sebab nya dah sekali dengan DJ and PA System kan. ape pendapat korang? oke tak guna je CD or kena pakai real kompang baru feel lebihhhhh? or sapa2 tahu kompang yang murah area shah alam bole tolong suggest... hehehe thanks darl...!

Friday, September 7, 2012

GA - Thephotoboothcorner : I'm the Winner!! :)

Assalammualaikum semua B2B dan sumoranggg!!

wah kemaen lagi cha ni. Tak menyempat2. Hahaha. Hari ni byk perkara buatkan cha gembira. Pertamanya, pagi tadi tetiba kanda datang ofis ajak breakfast sesama. Alahai kemaen rindu tunang dia ni 2 minggu tak jumpa. Tak menyempat tunggu Ahad. Hehe. Okeh 1 more thing, masa nak tunggu kanda sampai tadi, cha login le ape yg patut. Then tetiba nampak kat Dashboard tulis the winner utk GA Thephotoboothcorner. Okeh then berdebar jugak nak buka, tah kenapaaaa, kelakar gila time tu. padahal tak la expect apa2 pun sebab b2b lain lagi hebat2 belaka., Pantang masuk pape GA mesti menang. Rezki mereka. Hikhik.. Yang cha ni 1st tyme masuk, saje2 je kan nak cuba nasib. Mana tahu rezki. N nowwwww nahhhhhh.. ini dia bila cha bukak.. tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!


hehehehe.. tetiba mcm ternampak nama cha kat situ. Weeeheeee... Alhamdulillah.. Canvas Idaman hati dapat secara PERCUMA. tadi dah email Diba claim adiah. Hehehe. So decide nak buat pic ni...


agagagag comel takk.. comel takk.. plisss ckp comel. kalau tak nanges guling2.. hehehe..  This picture would be my favorite picture at all for time being la. Tunggu pic kawen lagiiiiiiiiii bykkk kot favourite picture kan. Hahaha. Okeh till then tunggu 2 weeks lagi baru dapat kot. So cha terfikir nak letak canvas printing ni whether kat depan khemah tapi bila pk balik kan, nanti angin tiup sure jatuh dgn easel2 tu. Jadinya mcm mahu letak kat dalam bilik pengantin atas bedframe. wAHHH gitu.. tah ape rupa. hehehe. after majlis bawak balik letak kat uma putrajaya pula. Kan kan kan.. Menarik2. 

Alhamdulillah another FREE GIFT for my wedding. Kemaen teruja cha ckap kat kanda pasal ni, tetiba dia ley tanya Canvas printing tu ape, mcm  bunting ke. Hahaha. ape2 je la syg. TUnggu hasilnya nanti. Pagi tadi cha bagi kanda our Pre-Wed Photobook dan bg syarat tgk kat sini je sbb cha nak bawak balik uma tjk kat adik dan dia telah seludup bawak balik uma. Katanya nak tatap puas2. hahaha. Sbar jelah, naseb baik la bakal-suami. Hikhik. OKEH nak say BIGGGG THANKSSSSS to thephotobookcorner for the GIFT and the owner DIBA. Semoga jodoh Diba dan Saiful kekal sampai syurga. InsyaAllah. Congratzzz juga pada Ayongatikah dan Cik Mah sebab menjadi sebahagian daripada 3 pemenang GA ni. Congratzzz koranggg!! Congratz juga kat semua participant sbab dapat gift voucher kann.. syokkkk!!  semua orang adalah pemenang. Thumbs up! Jumpa lagi sayangggs!

notahati: kanda risau sebab makin gelap balik dari kursus. siap suruh beli fair&lovely n tkt tak smpt putih b4 wedding. hahaha.. klakar pula rasanya.



Wednesday, September 5, 2012

REVIEW: Pre-Wedding Photobook by Pixajoy

  
Assalammualaikum B2B, ExB2B and my silentreader..

Ececeh, konon byk sgt orang baca entry kau ye chacha. Sila lupakan! Anda bukan full time blogger yang org kenal time 2008-2009 dulu okeh. Hikhik.. Actually ada yg perasan ttg kewujudan cha dulu dalam dunia blogger. hahaha. Siap email tanya ni Cik Cha yang dulu tu ea. hahaha. Masih ada yg mengingati. Alhamdulillah. Memang cha dah lama berblogging sejak 2008 guna personal belog lagi satu. Dulu time cha blogging dgn Cik Epal, Cik Yana and ada beberapa blogger femes skrang. Untungglahh dorang dah femes, cha tetap mcm ni. Ahaks! Cha dulu full time blogger n 2010 tu dah stop blogging atas sebab2 membawa diri. Dah private belog lagi satu and now bangun dengan B2B Belog yang dapat share perjalanan menuju bahagia. Tak ramai follower pun takpe, sebab tak harap. Just nak ada kenangan preparation n share info. ye tak? hikhik. Eh dah kenapa melalut ni chacha hoitt... hahaha. Okeh ni nak share dengan sumorang tentang Photobook untuk pre wed yang cha cite kat SINI. Dah sampai tau!! seeeee??


Kemaen teruja nak bukak n tengok, kat opis lagi dah belek2. hahaha. Cuma apa yang cha nak cakap, even photobook ni murah tapi kualitinya sangattttttttttttttttttt TERBAIK! Thumbs up! Sebabnya mungkin kualiti gambar yang bagus, angle yang menarik ditambah dgn model yg comel.. *ini tipu. sila tutup mata. hahaha. Photobook ni berharga RM55, Size A4 n ada 30 pages. Dah sanggaaatt2 buat cha puas hati. Tak sabar nak tunjuk kat kanda esok dia balik dari kursus. Yeayyy!!

  

 

Total gambar dalam ni cha kira2 ada 122 picture. hehehe. Ok la tu dari cha nak print 4R=100pcs=RM40. Tmbah sikit je dapat yg santekkkk mcm ni. Kertas dia pun best, if kena air ke tak basah, tak kembang n tak mcm2 lah. Cha sangat puas hati. Bak kata DIYANA nak letak pic honeymoon. hahahaha.. Cha nak tunggu lagi offer dari Groupon dari PIXAJOY ni. nanti boleh print lagi. Siyes jimattt! lagi pulak packaging dia sangat teliti, yela takut album tu rosak ke hape ke kan. So thumbs up again utk security and packaging dari Pixajoy. wah wa kemaen puji melambung ni, mcm ada share dgn Pixajoy. Wakaka. Thanks juga kepada Photographer yang tak jemu2 melayan kerenah cha n kanda dan memberikan outcome yang terbaik even buat Pre-Wedding Photoshoot ni secara PERCUMA... Macam cha citer kat SINI. Ini adalah satu penghargaan untuk Matsu Photoshoot atas kesungguhan mereka. Thank you again! jumpa lagi sayanggg!

Tuesday, September 4, 2012

Bunga penanggah & Tuala Good Morning!

 

Assalammualaikum semoranggg!!

Hari ni nak post tentang bunga penanggah n tuala good morning. Pernah dengar tak word penanggah?? bukan penanggal ye. bhahaha.. Penanggah tu adalah orang yang datang tolong2 kat rumah kita time majlis. Yang datang merewang. Eh tau rewang tak? bukan rawang ye.. Rewang tu adalah salah satu acara dimana orang sekeliling, jiran2 n sedara mara datang tolong potong bawang, memasak and so on. Macam majlis rumah cha, tak guna catering. Masak sendiri yang diimport dari belakang rumah iaitu Makcik Syam. Ibu dan ayah akan bayar upah masak la kat dia, kitaorang beli barang2 basah semua. Bila memasak. maksudnya perlu la ada org datang bantu2 atau rewang kan dan orang yang rewang tu dipanggil penanggah. Orang dulu2 ada la buat sekarang. Orang sekarang jarang kot disebabkan byk catering yang tumbuh bak cendawan.HEehehehe..

Okeh cha ada beberapa reason sebab guna masak sendiri ni. 

1. Sebab majlis cha bukan lah sekadar resepsi ahad tu je. if satu majlis, cha akan hired caterer je. Tapi disebabkan cha ada kenduri doa selamat jumaat malam sabtu, nikah pagi sabtu, berinai sabtu malam ahad dan resepsi ahad nya maka jika guna catering berpuluh2 ribu habisssssss.. (Y__Y) Ayah n ibu decide upah masak mcm kat kampung2 tu. Jimat pun jimat Rm15K boleh guna beli barang basah untuk 4 majlis. Kalau catering sekarang RM9/pax utk 1 majlis. if 2000 pax dah RM18K. untuk 1 majlis je. See??

2. Jiran2 cha semua request kat ayah suruh buat mcm ni sebab dorang nak berkumpul ramai2. Tolong2 semua sebab kat shah alam ni jarang jumpa dah mcm ni. Saudara mara pun datang berkumpul n boleh spent byk masa bersama. kira gotongroyong. at least dorang ada juga kerja sebab bila catering dorang tak reti nak buat ape, duduk je tak best. hehehe

seeeee? ada banyak juga kebaikannya kan. even satu perkara yg perlu digigihkan adalah kita akan rasa sangaaaaaattt penattt.. itu je. Ayah n ibu cakap tak pela kak, penat utk sekali ni je untuk anak kahwin, hehehe. OKeh berbalik kepada penanggah, cha n ibu dah sediakan bunga n tuala good morning mcm yang org dulu2 tu buat. mcm ni..


hehehe.. dulu orang akan bagi bunga letak duit singgit kan. Ni ibu buatkan letak RM2. Cha nak buat tapi ibu beria nak buat. So lega.. hahaha.. then tuala good morning tu function nye utk lap2 peluh kot. Entah tak tahu specific reason tapi mmg akan diberi kepada penanggah sebagai tanda penghargaan.

  

 Bila dah siap, cha ikat both jadi mcm ni...


 simple but nice kan. oke la tu. Bunga penanggah n tuala ni cha buat 100 pcs. InsyaAllah cukup untuk semua adik2 yg bakal basuh pinggan. Hikhik. Cha igt nak buat lucky draw utk semua penanggah, tulis no kat tuala tu kan, ala hadiah kecik2 je mcm tupperware ke, sudu ke. Best juga tu, at least gembirakan dorg yg sedang bekerja. Ada sapa2 nak sponsor ke. Hehehe.. Tak sabar rasanya nak tengok rumah meriah dgn ramai orang. Mengembalikan suasana mcm kat kampung tu kan., Hehehe.. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dapat dipermudahkan. InsyaAllah.Oh ya, nak tahu kad cha tu ayah cakap tak cukup, kena tambah lagi 500-700pcs. Inilah dia kalau bukan catering, kemaen lagi senang nak + kan. Anak dia dah pening dah ni.. total kad 1700pcs. Phewwwwwww... Chill darlsss!

Monday, September 3, 2012

Prosedur Borang Nikah. Done! :)


 Assalammualaikum B2B, Ex-B2B n Silentreader!!

Hari isnin yang blues je ea. Hikhik. Tapi tak bagi cha, ececeh eksaited kemaen sebab pagi tadi p JAIS setelkan borang nikah. Pheuwww! Alhamdulillah lega gila semua dah setel. ni important part sebab nya if tak de borang, acane nak nikah kan. Jurunikah pun tak tahu nama pengantin. hikhik. Okeh la sini cha cerita sedikit prosedur untuk hantar borang nikah. insyaAllah mungkin boleh membantu B2B yang agak blur2 jugak mcm cha. Ngeh3. Okeh lets start! Fokusssss ye! *ehem2 mcm cikgu..

Orait 1st of all, anda semua kena ada borang la. Prosedur borang ni sama je LELAKI n PEREMPUAN tau. For cha yang duduk area SELANGOR, sekarang borang boleh isi on9 je. Isi2 n terus print. Tak comot, tak de liquid2. So yang berada di Selangor boleh p SINI   Korang kena daftar dulu, then login. After that korang kena isi la ikut borang yang available. Thats mean if anda adalah bakal pengantin perempuan, automatik borang yg available kat situ borang yang related dengan perempuan je. Tade pening2 sgt. Then dah isi semua kasi lengkap, anda boleh print. Macam ni contohnya..


Okeh DIINGATKAN ye, semua B2B ni kebanyakkannya perempuan kan, PASTIKAN part lelaki dah setel dulu ye baru proceed borang kita. Jadinya part LELAKI if dah siap, dia akan pergi jumpa PENOLONG PENDAFTAR NIKAH (PPN) atau Imam masjid area umah dia dengan bawa bersama dua orang saksi. Bawak borang, n sign depan PPN or Imam. Maksudnya 3 orang, BAKAL PENGANTIN LELAKI (BPL) dan 2 ORANG SAKSI yang namanya dah ditulis dalam Borang. 

After dah sign, PPN akan tulis diluluskan n BPL akan pergi ke Pej Agama Islam Daerah (PAID) untuk hantar borang dan bayar RM10. Lepas bayar, PAID akan bagi 1 surat Kebenaran Berkahwin Lelaki mcm ni, 


and ambil balik semua borang dan prosedur lelaki dah setel. BPL akan bagi borang n surat kebenaran berkahwin tu kepada BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN (BPP) untuk proses sterusnya. BPP juga perlu print borang mcm 1st tadi, then bawak bersama semua borang yang BPL bagi tu untuk jumpa PPN dengan membawa WALI dan 2 ORANG SAKSI. Macam cha, PPN tu kenal saksi tu, jadinya cha p dengan ayah je jumpa PPN n sign saksi cha p uma saksi tu. Mudahkan? Alhamdulillah. Sebabnya nak cari masa yang cha, ayah n 2 orang saksi bersama2 p uma PPN tu mcm susah je kan. heeeeee.. 

Okeh after dah sign, BPP akan pergi ke PAID Ex: JAIS juga untuk ambil surat kebenaran berkahwin PEREMPUAN mcam ni.

 Ni yang cha p pagi tadi ni, kat JAIS. Then tunggu la kat kaunter tu stat kol 8 lebih, and orang tu check la semua dokumen2 tu. n sama jugak kena bayar RM10 dan dapat surat kebenaran berkahwin. And lepas tu ape lagi? boleh kahhhhhwwwiiiinnnn.. wakakaka. eh bukan2 sabar2, amek balik borang tu n ada 1 borang yang kita kena isi lagi untuk memudahkan time nikah nanti mcm ni

 pastu bagi balik pada PPN tu. PPN tu mcm cha jumpa kat rumah dia je, sama mcm kanda. So senang after setel semua tadi, terus boleh bagi kat rumah PPN. n pastu apa lagi? tungguuuuuuuuuuuuuuuu la saat anda dinikahkan. Paham idok? hehehe. diingatkan yg nak isi ON9 make sure korang dah take note siapa wali, siapa saksi no ic dorang semua tau, sbb tak ley print if tak isi semua tu.

Kebetulan masa cha jumpa PPN ari tu, dalam diari PPN tak de lagi orang book tarikh 10-11-12 tu. kata PPN, ramai call tapi tak de yang dtg hantar borang lagi. Jadi dia akan proceed bila borang dah ada di tangan. Alhamdulillah, mudahnya urusan cha. Plussss PPN boleh nikah kan cha dirumah! Sebab ada yg cakap if ramai kawen on that day, kena nikah kat masjid n beramai2.. wuuuuu.. (Y__Y) tapiiiiii cha dapat nikah kat rumah. So sesape yang lmbat daftar tu, nasiblah ye. Hikhik. InsyaAllah cha akan dinikahkan pukul 11 pagi di rumah sendiri. 

Kenapa cha buat pagi? sbab senang, lepas nikah terus lunch *dasar pelahap.. hahaha n dah boleh tarik nafassss lega. tak kacau waktu zohor nak solat semua. Petang dah ley rest sekejap sementara tunggu malam untuk majlis berinai. Betul tak?? Let say cha buat lepas Asar, then kalau PPN lambat ke, ada masalah ke, abis2 nikah je dah nak maghrib, penat make up nikah tak abis, nak mekap berinai plak kan. hahaha.. Then orang tanya kenapa tak nikah kat Masjid? kan rumah Allah, bukan cha tanak nikah kat masjid, tapi memandangkan pengalaman cha p majlis nikah kat masjid, hadirin yang datang tak tutup aurat tu semua, alahaiii buat cha rasa segan nak invite ke tempat suci. Yela, itu rumah Allah kan, kadang2 org lain tak fikir, kita ni baru nak memulakan idup dengan perkara yang baik2 dan diberkati, tapi buat tambah dosa pada kita sebab hadirin yang datang tak tutup aurat semua tu. Cha tanak semua tu jadi pada wedding cha, sebab kita sebagai tuan rumah tanggung dosa. Terpulang pada masing2 la k. Pendirian seseorang tu. Please respect. Planning kena terbaik! hikhi.. 

Ooiittt dah merapu dah kau ni chacha.. Okeh harap membantu.. if anything cha tertinggal or nak tanya, please do not hesitate to email me okeh.

Notakakisecomeltuanbelog: Khamis ni kanda balik dari Kursus! Yeay!! Takpena tak jumpa more than a week. .Rinduuuu...   


“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “